Liga Malaysia musim 2023 sudah semakin hampir. Setelah beberapa bulan liga Malaysia berehat kini peminat bola sepak tempatan akan kembali ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Bersempena liga yang semakin tiba, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan kalendar pertandingan liga Malaysia untuk tahun 2023. Menurut MFL ini merupakan kali kelima selepas tahun lepas MFL mengeluarkan kalendar liga Malaysia untuk tempoh lima tahun.
Setelah mengambil kira maklum balas daripada penyokong, MFL bersetuju untuk mengambil langkah ini bagi memudahkan para penyokong merancang perjalanan mereka untuk memberi sokongan kepada pasukan. Langkah ini juga bertujuan untuk memudahkan pasukan-pasukan yang bertanding membuat persediaan untuk tempoh jangka masa panjang.
Pihak pengurusan pasukan juga boleh membuat persediaan dalam menyediakan dokumen pendaftaran, perancangan penggunaan stadium, aktiviti komersial, persediaan jendela perpindahan pemain dan promosi sukan. Selain itu, untuk musim 2023 ini kebanyakkan perlawanan diadakan pada hujung minggu. Ini bagi memudahkan penyokong datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan penyokong bagi memastikan kehadiran ke stadium memuaskan.
Menurut MFL susunan jadual liga Malaysia amat mencabar kerana terikat dengan pengesahan pendaftaran pasukan dan pengesahan tempat untuk setiap pasukan yang bertanding. Untuk tahun-tahun berikut jadual perlawanan akan dikeluarkan sebulan sebelum sepak mula liga Malaysia. Di masa akan datang MFL akan memperbaiki sistem jadual liga dengan mengeluarkan jadual lebih awal bagi memudahkan pasukan membuat perancangan.
Kalendar Tarikh Penting Liga Malaysia Musim 2023 Dan Maklumat Jendela Perpindahan Pemain
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh liga dan kejohanan bolasepak Liga Malaysia dan juga tarikh-tarikh penting perpindahan pemain yang telah disusun oleh pihak MFL bagi tahun 2022 sebagai rujukan. Ianya termasuk Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia serta Challenge Cup. Info bagi tahun 2023 akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Kalendar Liga Malaysia 2023
24 Februari 2023 | Piala Sultan Haji Ahmad Shah |
24 Feb – 17 Disember 2023 | Liga Super 2023 |
2 Mac – 5 Nov 2023 | Liga Simpanan (PIALA MFL) |
2 Disember 2022 – 23 Februari 2023 | Jendela Perpindahan Pertama |
Mac – Julai 2023 | Piala FA 2023 |
5 Julai 2023 – 1 Ogos 2023 | Tempoh Jendela Perpindahan kedua |
Ogos – Disember 2023 | Piala Malaysia 2023 |
Sept – Disember 2023 | Challenge Cup 2023 |
Infografik bagi tahun 2023 akan dikemaskini sebaik sahaja dikongsikan oleh MFL. Berikut adalah infografik kalendar Liga Malaysia bagi tahun 2021:
Maklumat Lanjut
Sila layari pautan di bawah untuk muat turun kalendar pertandingan liga Malaysia: