Senarai bayaran kadar zakat fitrah 2019 terkini seluruh negeri

Maklumat terkini telah dikemaskini pada Oleh GC.editor

Bulan Ramadhan bulan yang mulia dan istimewa buat umat Islam dan di dalamnya diwajibkan berpuasa dan membayar zakat fitrah.

Zakat fitrah bermaksud zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam sama ada lelaki atau perempuan yang mampu untuk mengeluarkan dan membayarnya dalam bulan Ramadan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Zakat fitrah ini dapat membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Mengikut syarak, zakat fitrah perlu dilakukan sepanjang Ramadan. Waktu untuk mengeluarkan zakat fitrah dihukum harus bermula dari awal sehingga akhir bulan Ramadan.

SENARAI KADAR BAYARAN TERKINI ZAKAT FITRAH TAHUN 2019 / 1440H SELURUH NEGERI

Kadar zakat fitrah di Malaysia ditentukan oleh Majlis Agama Islam di peringkat negeri. Bagi mempermudahkan masyarakat Islam di setiap negeri menunaikan tanggungjawab mereka, amil-amil dilantik di setiap kariah dan kawasan bagi memungut zakat fitrah.

GC-Icon
Kadar-Zakat-Fitrah
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH TAHUN 2019 SELURUH NEGERI
Negeri 2018 2019
Negeri-Perlis Perlis
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Kedah Kedah
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00 / RM-Kecil  14.00 / RM-Kecil  21.00
Negeri-Penang Pulau Pinang
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Perak Perak
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00/ RM-Kecil  14.00 / RM-Kecil  21.00
Negeri-Selangor Selangor
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Sembilan N.Sembilan
RM-Kecil 6.50
RM-Kecil 7.00
Negeri-Melaka Melaka
RM-Kecil 6.70
RM-Kecil 7.00 / RM-Kecil  14.00
Negeri-Johor Johor
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00 / RM-Kecil  10.00
Negeri-Pahang Pahang
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Terengganu Terengganu
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Kelantan Kelantan
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Sarawak Sarawak
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Negeri-Sabah Sabah
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
 (WP)
WP-Kuala-Lumpur Kuala Lumpur
WP-Putrajaya Putrajaya
WP-Labuan Labuan
RM-Kecil 7.00
RM-Kecil 7.00
Nota Beberapa negeri mempunyai lebih daripada satu kadar zakat bergantung kepada jenis beras yang dimakan oleh pembayar zakat tersebut seperti contoh: 
No-1 Kedah
RM7.00 : Beras Super Special Tempatan 5%
RM14.00 : Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Beras Wangi, Herba Poni
RM21.00 : Beras Basmathi, Beras Jepun, Beras Merah
No-2 Perak
RM7.00 : Beras Super Special Tempatan 5%
RM14.00 : Beras Super Import
RM21.00 : Beras Basmathi dan seumpamanya
No-3 Johor
RM7.00 : Beras Super Tempatan
RM10.00 : Selain Beras Super Tempatan iaitu Beras Import seperti Beras Wangi dan Beras Basmathi
No-4 Melaka
RM7.00 : Beras Super Special Tempatan
RM14.00 : Beras Import seperti Beras Basmathi, Beras Wangi dan seumpamanya
Nota Kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2019 adalah dari Sumber Majlis Agama Islam di peringkat negeri dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ).
Marilah kita bersama-sama membayar zakat fitrah seawal mungkin kepada amil bertauliah dan janganlah dilengahkan. Ingatkan juga ahli keluarga dan rakan-rakan kita supaya ibadat yang difardukan setahun sekali ini dapat ditunaikan mengikut tertibnya.
Close