Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan meneruskan saingan di dalam Liga Juara Asia atau Asian Champions League (ACL) 2020 dengan perlawanan kedua menentang pasukan Korea Selatan, Suwon Samsung Bluewings. Selepas mencipta sejarah menjuarai Liga Super buat kali keenam berturut-turut, JDT telah melayakkan diri ke peringkat kumpulan ACL secara automatik bagi tahun 2020.
Perlawanan pusingan pertama perlawanan kedua kumpulan G saingan ACL melibatkan pasukan JDT menentang Suwon Samsung Bluewings di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 3 Mac 2020. Pasukan K-League 1 ini dibarisi pemain daripada Australia, Adam Taggart yang merupakan tonggak penyerang utama dalam skuad kebangsaan Australia dan rakan sepasukannya, Terry Antonis.
Pasukan Harimau Selatan telah melakukan membuka tirai musim 2020 dengan menjulang piala Sultan Haji Ahmad Shah Jumaat lalu. Tambahan pula, JDT telah menandatangani pemain naturalisasi terbaru tanah air, Liridon Krasniqi yang pasti mengukuhkan bahagian tengah dan serangan pasukan tersebut. Keputusan mengekalkan hampir keseluruhan skuad JDT sudah pasti memberikan impak yang baik terhadap persefahaman pasukan yang menjadi ciri penting dalam falsafah permainan JDT.
Bagi musim ini, pasukan JDT telah diundi ke dalam kumpulan G bersama beberapa jaguh Asia yang lain seperti Vissel Kobe (Jepun), Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan) dan Guangzhou Evergrande (China). Ternyata cabaran yang bakal dihadapi pasukan daripada selatan tanahair ini semakin sukar dan JDT sudah pasti akan terus berjuang mencipta sejarah dalam arena bolasepak negara dan rantau Asia.
Live Streaming Keputusan JDT Vs Suwon Bluewings Asian Champions League
Penyokong-penyokong JDT dan arena bola sepak tanah air diseru untuk menyaksikan perlawanan JDT dalam saingan ACL 2020 yang bakal menunjukkan kebolehan pemain tempatan seperti Safawi Rasid beraksi di peringkat tertinggi rantau Asia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan perlawanan JDT menentang Suwon Bluewings yang berlangsung pada 3 Mac 2020 bermula jam 845 malam.
|
| Perlawanan membabitkan pasukan JDT menentang Suwon Bluewings berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 3 Mac 2020, bermula jam 845 malam. |
| Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan AFC Champions League 2020 di antara pasukan JDT lawan (lwn) Suwon Bluewings yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh. |
RESULT JDT VS SUWON BLUEWINGS ACL 2020 | ||||
JDT | 2 | – | 1 | |
| Fulltime | Terry Antonis 51′ | |||
| JDT: Farizal Marlias (C), Afiq Fazail, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Fadhli Shas, Safawi Rasid, Natxo Insa, Maurício dos Santos Nascimento Substitute: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba, Hazwan Bakri, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad, Feroz Baharudin |
| SUWON BLUEWINGS: No Dong-Geon, Doneil Henry, Kim Min-Woo, Kim Gun-hee, Lee Jong-Sung, Adam Taggart, Myeong Jun-Jae, Choi Sung-Guen, Yeom Ki-Hun (C), Hong Chul, Min Sang-Gi Substitute: Yang Hyung-Mo, Yang Sang-Min, Sulejman Krpic, Terry Antonis, Han Eui-Gwon, Han Seok-Hee, Ko Seung-Beom |
| LIVE STREAMING JDT VS SUWON BLUEWINGS ACL 2020 |
| Aksi perlawanan AFC Champions League 2020 di antara pasukan JDT menentang Suwon Bluewings turut disiarkan secara siaran langsung di Astro seawal jam 8 malam bermula dengan siaran pra-rancangan. |
| Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming JDT VS Suwon Bluewings disediakan di internet untuk aksi malam ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung. |
Jadual keputusan dan carta kedudukan AFC Champions League 2020 |
