Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) merupakan sebuah peperiksaan yang diadakan untuk murid tahun lima Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kelas agama dan Fardhu Ain Integrasi seluruh Malaysia. UPKK ini dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Antara kepentingan UPKK adalah sebagai syarat untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di sekolah agama kerajaan negeri. Selain itu, ia juga menjadi syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Tahfiz kerajaan negeri.
Ujian ini akan menguji kebolehan pelajar dalam 8 bidang pengajian iaitu Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran, penghayatan cara hidup Islam dan amali solat. Pelajar akan dinilai melalui beberapa aspek seperti lisan, amali dan ujian bertulis.
Antara matlamat UPKK adalah untuk menilai kemahiran pelajar membaca serta hafazan Al-quran. UPKK juga bertujuan untuk menilai kefahaman ilmu fardhu ain pelajar, menilai tahap kefahaman pelajar tentang asas cara hidup islam dan menilai kemahiran pelajar membaca dan menulis jawi.
Setiap tahun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengeluarkan Takwim jadual waktu peperiksaan UPKK di mana JAKIM juga akan menyelaraskan peperiksaan UPKK ini di seluruh Malaysia. Untuk pengetahuan, peperiksaan bertulis UPKK tahun 2020 akan diadakan dari 28 September 2020 hingga 1 Oktober 2020.
| Pengumuman mengenai UPKK oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama pada 17 April 2020: |
| 1) Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2020 dibatalkan |
| 2) Pembukaan sesi kelas KAFA adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia |
JADUAL WAKTU DAN TARIKH PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2020
Berikut merupakan jadual waktu dan tarikh peperiksaan UPKK 2020 sebagai rujukan ibu bapa dan juga pelajar. Turut disertakan beberapa info penting berkaitan UPKK sebagai rujukan.
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPKK 2019 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
SENARAI MATA PELAJARAN YANG DINILAI | ||
Al-Quran | Sirah | |
Jawi dan Khat | Penghayatan Cara Hidup Islam | |
Amali Solat | Asas Luqhatul Qura | |
Adab (Akhlak Islamiyah) | Ulum Syariah (Aqidah & Ibadat) | |
GRED PEMARKAHAN | ||
GRED | MARKAH | |
A (Tahap Cemerlang) | Tahap Cemerlang | |
B (Tahap Baik) | Tahap Baik | |
C (Tahap Memuaskan) | Tahap Memuaskan | |
D (Tahap Kurang Memuaskan) | Tahap Kurang Memuaskan | |
INFORMASI |
| Untuk muat turun jadual penuh peperiksaan UPKK (RASMI) sila klik pautan di bawah: |