Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Melalui kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr Wan Azizah, Kerajaan akan melaksanakan Program caruman sukarela insentif suri (i-suri). Beliau mengumumkan pendaftaran akan bermula pada (Tarikh akan dikemaskini) oleh wanita yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka yang layak perlu pergi ke mana-mana 67 cawangan KWSP yang berhampiran untuk membuat pendaftaran.
Antara wanita yang boleh mendaftar adalah mereka yang telah berdaftar di sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 termasuk suri rumah, balu dan ibu tunggal. Mereka yang berkelayakan boleh menyertai i-Suri dengan membuat caruman sebanyak RM5 sebulan. Caruman yang telah dibuat akan dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ahli bagi melayakan mereka menerima insentif sebanyak RM40 sebulan. Seperti ahli KWSP yang lain, individu yang layak mendaftar i-Suri juga akan mendapat manfaat yang sama.
Dr Wan Azizah berkata lagi program ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu kepada tiga fasa. Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk tujuan ini pada fasa yang pertama. Untuk pengetahuan, usaha ini adalah berdasarkan janji Pakatan Harapan pada pilihan raya yang lalu yang menyaksikan Barisan Nasional gagal untuk mengekalkan penguasaan di Putrajaya.
CARA MENDAFTAR i-SURI KWSP - INSENTIF KERAJAAN UNTUK SURI RUMAH
Bagi memudahkan suri rumah di luar sana, kami kongsikan beberapa info penting tentang program i-SURI dengan merujuk kepada maklumat yang dikongsikan di bawah ini.
APA ITU i-SURI KWSP? |
| Insentif Suri atau ringkasnya i-SURI adalah satu program Caruman Sukarela dengan Insentif Khas Kerajaan untuk suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih. Peserta i-SURI adalah layak untuk menerima sumbangan Kerajaan yang berjumlah sebanyak RM40 sebulan atau RM480 setahun tertakluk kepada bayaran caruman minimum RM5 sebulan |
TARIKH PENDAFTARAN i-SURI KWSP |
KELAYAKAN PENDAFTARAN i-SURI KWSP |
SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN e-KASIH | |
Semakan Status Pendaftaran e-KASIH | |
| e-Kasih adalah pusat simpanan data kemiskinan nasional yang menyimpan data kemiskinan bermula dari individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan |
MANFAAT AHLI KWSP |
PEMBAYARAN CARUMAN |
SALURAN PERTANYAAN |
| Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui cara berikut: |
