Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Semakan pengkreditan RM 100 untuk Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang dikreditkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat boleh dibuat di ATM Cawangan Bank Rakyat dan laman web perbankan internet i-Rakyat.
Sebagai makluman, BPPT ini akan memberi manfaat kepada 1.2 juta penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT). Ia melibatkan belanja yang besar oleh kerajaan iaitu RM 120 juta kepada pelajar yang layak.
Kerajaan akan mengkreditkan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM 100 ke dalam Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat dengan tujuan meringaankan beban kewangan yang dihadapi pelajar. Kesan daripada peningkatan kos sara hidup, impak yang besar dirasai kepada pelajar yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan. Justeru itu, bantuan ini dapat membantu pelajar untuk setidak-tidaknya membeli barang keperluan belajar.
Peruntukan tersebut telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 24 Februari 2019. Jika pelajar IPT Awam atau Swasta yang layak menerima BPPT ini pelajar boleh membuat semakan di mana-mana ATM Bank Rakyat. Bagi mereka yang baru hendak membuat permohonan sila rujuk syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.
Pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan disalurkan melalui Bank Rakyat berdasarkan padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat dengan data maklumat pelajar yang layak menerima bantuan itu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.
| Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 24 Februari 2019 |
| BPPT tahun 2019 adalah sebanyak RM100 yang akan diberikan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi (IPT) |
| Proses penyaluran bayaran BPPT akan berlaku pada hujung bulan Mac menerusi mekanisme sedia ada yang merupakan penambahbaikan sistem baucar buku sebelum ini iaitu kad debit Bank Rakyat |
| Bantuan dijangka akan memanfaatkan 1.2 juta pelajar mengikut pangkalan data lama (tahun sebelumnya) dengan dana sebanyak RM120 Juta diperuntukkan. |
| Mengenai perincian pelaksanaan BPPT 2019 berserta kriteria kelayakan penerima, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkannya pada masa akan datang |
| BPPT 2019 telah dipersetujui untuk diberikan berikutan cadangan KPM bagi meringankan tekanan kewangan pelajar di IPT serta selaras dengan pemberian BSH 2019 sebanyak RM100 kepada individu bujang oleh kerajaan |
TARIKH SEMAKAN DAN PERMOHONAN BPPT - KAD DISKAUN SISWA BANK RAKYAT | |
| Perkara | Makluman |
| Penerima BPPT Sedia Ada (Semakan) | Bagi mereka yang sudah mempunyai Kad Diskaun Siswa Rakyat, bayaran BPPT akan dikreditkan ke dalam akaun bank rakyat masing-masing dan boleh disemak pada 28 Mac 2019 di mana-mana ATM Bank Rakyat. Bayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat |
| Penerima BPPT Baharu (Permohonan) | Pelajar boleh meyemak kelayakan bermula 28 Mac 2019. Jika pelajar layak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, anda boleh terus membuat permohonan |
SEMAKAN BAYARAN BPPT - KAD DISKAUN SISWA BANK RAKYAT |
| Penerima BPPT sedia ada yang layak, bayaran BPPT akan dimasukkan ke dalam akaun Bank Rakyat masing-masing dan boleh disemak pada 28 Mac 2019. Semakan status BPPT boleh dibuat dengan klik pautan di bawah: |
KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) | ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
| ||||||||||||
PROSES PERMOHONAN KAD DISKAUN SISWA BANK RAKYAT | ||||||||||||
http://www.bankrakyat.com.my/bppt | ||||||||||||
FAEDAH PENGGUNAAN BPPT 2019 DENGAN MENGGUNAKAN KAD DISKAUN SISWA BANK RAKYAT | |
| Pelajar boleh mendapatkan diskaun sekiranya menggunakan kaf tersebut untuk digunakan di premis rakan dagang KPDNHEP. Senarai rakan dagang KPDNHEP adalah seperti dalam pautan berikut: | |
Rakan Dagang KPDNHEP | |
