Cara semak baki Touch ‘n Go TNG online melalui aplikasi telefon

Penggunaan perkhidmatan Touch n Go sudah tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Kebanyakan plaza-plaza tol di lebuh raya kini sudah menghapuskan kaunter bayaran tunai. Oleh itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan memiliki kad Touch n Go bagi memudahkan perjalanan anda. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan Touch n Go ini memudahkan pengguna lebuh raya kerana ia mampu mengurangkan kesesakan jalan ketika di plaza tol. Pengguna hanya perlu memastikan baki wang dalam kad mencukupi dan hanya perlu sentuh kad di plaza tol dan baki nilai kad anda akan ditolak secara automatik.

Dengan adanya kad ini, dapat mengurangkan masa ketika dia plaza tol. Jika dibandingkan dengan menggunakan pembayaran tunai pengguna akan mengambil masa untuk mengeluarkan wang sebelum membuat pembayaran di kaunter. Namun menjadi masalah buat pengguna untuk memastikan baki yang tinggal dalam kad Touch n Go. Sebelum ini, syarikat swasta ini telah memperkenalkan alat Smart Tag di mana anda boleh melihat baki kad anda dengan menggunakan Smart Tag. Namun ia dilihat tidak praktikal kerana harganya mahal dan cepat rosak.

Baru-baru ini, Touch n Go telah mengemaskini dan melancarkan e-wallet bagi membolehkan pengguna untuk memautkan kad Touch n Go anda terus ke telefon pintar masing-masing. Sistem yang baru diperkenalkan pada awal tahun ini bukan sahaja membolehkan  pengguna membuat semakan baki kad anda malah pengguna juga boleh membuat bayaran seperti bil utiliti, kredit prabayar dan pasca bayar, tiket wayang dan juga tiket penerbangan. Pngguna juga boleh mendaftarkan sehingga tiga kad dalam satu akaun di telefon pintar.

Semakan Baki Touch N Go Online Melalui Aplikasi Telefon

Bagi memudahkan semua pengguna lebih raya, berikut dikongsikan cara-cara untuk menggunakan aplikasi Touch n Go yang baru sahaja dilancarkan ini. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Cara Semakan Baki Touch N Go

  1. Muat turun aplikasi Touch n Go di telefon pintar anda kemudian buat pendaftaran jika anda pengguna kali pertama.
  2. Klik pada butang TNG Card
  3. Sila masukkan nombor siri Touch n Go anda kemudian tekan butang hantar. Nombor siri boleh didapatkan dibelakang kad Touch n Go anda. Jika anda menggunakan kad pengenalan sebagai kad Touch n Go, nombor siri boleh didapatkan pada resit setelah tambah nilai dibuat.
  4. Baki kad akan dipaparkan setelah langkah di atas dilakukan.

Info Lanjut

  • Tambahan kad boleh dilakukan sehingga tiga kad dalam satu aplikasi dengan menekan butang add A New TNG Card
  • Semakan baki boleh dilakukan bila-bila masa namun ia mungkin mengambil masa selama satu hari untuk dikemaskini setelah transaksi dibuat
  • Bayaran tol hanya akan direkodkan dalam tempoh 48 jam daripada masa transaksi sebenar dan pengguna boleh melihat transaksi kad Touch n Go anda untuk tempoh 30 hari dengan menekan butang transaction history
    • Melalui kenyataan pihak Touch n Go masih tiada lagi cara untuk membuat tambah nilai melalui online banking