Maklumat terkini telah dikemaskini pada 11 March 2019 jam 11:48 PM oleh GC.editor
Kejohanan Piala Thomas 2018 kini memasuki peringkat Suku Akhir di mana 4 perlawanan dijadualkan berlangsung melibatkan 8 pasukan pada hari Khamis, 24 Mei 2018 di Impact Arena Bangkok, Thailand. Pada peringkat kalah mati ini, Skuad Badminton Malaysia telah diundi bertemu dengan Pasukan Indonesia manakala 3 lagi perlawanan melibatkan pertembungan China vs Chinese Taipei, Jepun vs Perancis dan Denmark vs Korea Selatan.
Untuk rekod, pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark yang sekaligus menemukan Malaysia dengan salah satu juara kumpulan A, B & C (China, Indonesia & Jepun) dengan keputusan undian menyaksikan Malaysia di undi bertemu Indonesia.
Perlawanan Suku Akhir melibatkan Malaysia dan Indonesia dijangka sengit dengan skuad negara dilihat mempunyai sedikit kelebihan pada kategori perseorangan (single) diketuai oleh bekas juara dunia, Datuk Lee Chong Wei. Pasukan Indonesia pula dilihat hebat dalam acara Beregu (Double) dengan membariskan pemain No 1 Dunia, Marcus Fernaldi Gideon/ Kevin Sanjaya Sukamuljo serta beregu kedua berpengalaman, Mohammad Ahsan/ Hendra Setiawan.
Walaupun kelebihan memihak kepada Indonesia, skuad badminton Malaysia mampu memenangi perlawanan ini dengan syarat pemain yang diturunkan dapat beraksi dengan cemerlang tanpa memgira status lawan mereka dengan harapan mata pertama pastinya dari single pertama, Datuk Lee Chong Wei.
Pemenang untuk aksi Malaysia/ Indonesia akan bertemu dengan pemenang China/ Chinese Taipei di aksi peringkat Separuh Akhir yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2018.
| Perlawanan Malaysia menentang Indonesia badminton lelaki sepasukan bagi kejohanan Piala Thomas 2018 akan berlangsung di Impact Arena Bangkok, Thailand pada hari Khamis, pukul 08:00 malam. |
| Berikut merupakan keputusan semasa dan terkini perlawanan yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi perlawanan. |
| Malaysia | 1 | – | 3 | |
| Perseorangan 1 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| 21 | 21 | – | |
| 19 | 16 | – |
| Beregu 1 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| 19 | 22 | 13 | |
| 21 | 20 | 21 |
| Perseorangan 2 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| 15 | 21 | 13 | |
| 21 | 11 | 21 |
| Beregu 2 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| 18 | 21 | 9 | |
| 21 | 10 | 21 |
| Perseorangan 3 | Set 1 | Set 2 | Set 3 |
| - | - | - | |
| - | - | - |
| PAPARAN INFO BERKAITAN |
