Siaran Langsung Malaysia Vs Indonesia 19.12.2021 Piala AFF Suzuki 2020

Pasukan Malaysia telah berjaya melayakkan diri untuk menyertai kejohanan yang berprestij dalam rantau Aisa Tenggara iaitu Piala Suzuki AFF 2020. Pada peringkat ini, Skuad Harimau Malaya telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama pasukan yang lain iaitu Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia.

Perlawanan seterusnya bagi Kumpulan B, pasukan Malaysia akan menentang Indonesia. Perlawanan dijadualkan berlangsung pada hari Selasa, 19 Disember 2021, jam 8.30 malam, bertempat di Stadium Nasional Singapura, Kallang Road, Singapura. Perlawanan ini dijangka menjadi perlawanan yang menarik kerana bakal menentukan pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir.

Pasukan Harimau Malaya akan ditemani sorakan padu oleh penyokong-penyokong tempatan yang berkelana di Singapura. Justeru setiap pemain negara perlulah menunjukkan semangat yang tinggi dan fokus dalam memberikan persembahan terbaik serta tidak terlalu beremosi ketika menentang Indonesia. Meskipun terdapat beberapa insiden yang berlaku dalam pasukan negara seperti kecederaan pemain dan ada yang dijangkiti COVID-19.

Skuad Harimau Malaya dibawah bimbingan Tan Cheng Hoe perlu memanfaatkan rehat selama satu minggu sebelum perlawanan untuk menyusun strategi dan taktikal terbaik seblum turun ke padang perlawanan. Semoga skuad bola sepak negara dapat mempamerkan aksi yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

malaysia indonesia live aff suzuki cup

Malaysia Vs Indonesia Piala AFF Suzuki Cup 2020

Perlawanan keempat peringkat kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 melibatkan Malaysia dengan Indonesia akan berlangsung di Stadium Nasional Singapura pada 19 Disember, Ahad bermula pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Berikut ialah keputusan semasa bagi perlawanan antara Malaysia dan Indonesia yang akan dikemas kini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh. Turut disertakan adalah senarai penuh kesebelasan utama dan senarai pemain gantian bagi kedua-dua pasukan

Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia Piala AFF Suzuki Cup 19.12.2021

KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA VS INDONESIA PIALA AFF SUZUKI 2020 19.12.2021
Malaysia
1
4
Indonesia
-Kogileswaran 13′FulltimeIrfan Jaya 36′, 43′
Arhan 50′
Elkan 82′

Kesebelasan Pemain Malaysia Vs Indonesia Kelayakan Piala Dunia 2022

MALAYSIA: 21.Khairul Fahmi (GK), 16.Rizal Ghazali, 2.Dion Cools, 5.Junior Eldstal, 4.Syahmi Safari, 8.Baddrol Bakhtiar (K), 15.Kogileswaran, 20. Syafiq Ahmad, 11. Safawi Rasid, 24. Faisal Halim, 13. Arif Aiman

Subs: Khairul Azhan (GK), Kalamullah (GK), Shahrul Saad, Dominic Tan, De Paula, Shahrel Fikri, Ariff Farhan, Mukhairi, Arif Fadzillah, Luqman Hakim, Akhyar Rasyid, Quentin Cheng


INDONESIA: Nadeo (GK), Dewangga, Asnawi, Fachruddin, Arhan, Ricky, Irianto, Witan, Ramai, Irfan, Ezra

Subs: Syahrul, Elkan, Edo, Rizky, Ridho, Evan, Rizky Dwi, Yudo, Igbonefo, Kadek Agung, Yabes, Dedik, Saghara

Live Streaming Malaysia Lwn Indonesia Piala AFF Suzuki Cup 2020 19.12.2021

Perlawanan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 di antara pasukan Malaysia menentang Indonesia akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan RTM dan Astro Arena bermula jam 8.30 malam

Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

Info Seterusnya

Klik LinkPiala AFF Suzuki 2020 keputusan jadual carta kedudukan Malaysia

Related : meraih kemenangan, shin tae yong, timnas indonesia, pukul 19.30,