Siaran langsung keputusan Malaysia Vs Thailand 16.6.2021 Kelayakan Piala Dunia 2022

Skuad bola sepak Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih, Tan Cheng Hoe bakal beraksi menentang musuh ketat mereka iaitu Thailand. Pertemuan kali ini merupakan aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2022 serta kelayakan Piala Asia 2023. Secara amnya, lawan Malaysia pada kali ini merupakan musuh tradisi dalam kancah bola sepak Asia Tenggara.

Perlawanan kelapan peringkat kumpulan G dijadualkan akan berlangsung pada hari Rabu, 16 Jun 2021 bertempat di Stadium Al Maktoum. Setakat ini, Malaysia berada di kedudukan keempat dalam saingan kumpulan G dengan berkumpulkan 9 mata. Dengan kemenangan ke atas Thailand nanti akan memberi pasukan Malaysia sekurang-kurangnya kedudukan ranking yang baik dalam FIFA.

Berdasarkan rekod, pertemuan kali terakhir Malaysia dan Thailand pada dua tahun lalu memihak kepada pasukan Malaysia. Namun, kualiti  pasukan Thailand tidak boleh dipandang remeh kerana mereka dibarisi pemain-pemain muda yang berbakat dan serta pemain senior yang berpengalaman bermain di liga luar Asia Tenggara. Pemain seperti Adisak Kraisorn dan Supachai Chaided pastinya menjadi tonggak dalam mencari peluang untuk merobek gawang gol negara.

Diharapkan pemain Malaysia seperti Safawi Rashid, Dion Cools dan pasukan dapat mempamerkan aksi sebenar dalam perlawanan ini. Sekali gus membawa kemenangan ke atas seteru utama sukan bola sepak di Asia Tenggara. Berikut dikongsikan tarikh dan keputusan perlawanan antara Malaysia menentang Thailand yang akan berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai:

Malaysia Vs Thailand Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Perlawanan membabitkan pasukan Malaysia (lwn) Thailand yang akan berlangsung di Stadium Al Maktoum, Dubai pada 16 Jun 2021 pada hari rabu bermula jam 12.45 pagi (Waktu Malaysia)

Berikut adalah keputusan semasa perlawanan antara Malaysia menentang Thailand yang akan dikemaskini bermula daripada tiupan awal wisel perlawanan hingga tamat perlawanan

Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand 16.6.2021 Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Malaysia
1
0
Thailand
Penjaring Gol .Safawi Rasid 52′ (PEN)1245 amPenjaring Gol

Live Streaming Malaysia Vs Thailand 16 Jun 2021 (Rabu)

Perlawanan Kumpulan G di antara pasukan Malaysia menentang Thailand akan disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena 801/ 802 HD DAN RTM1

Sekiranya terdapat pautan video siaran langsung online atau live streaming disediakan di internet untuk aksi perlawanan ini, Gcarian akan sertakan sebelum perlawanan berlangsung

Senarai Kesebelasan Pemain

MALAYSIA: 21. Khairulazhan Khalid (GK); 4. Syahmi Safari, 5. Cools, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak (C), 2. Matthew Davies; 15. Brendan Gan, 8. Nor Azam Abdul Azih, 12. Nazmi Faiz; 16. De Paula, 18. Arif Aiman, 19. Akhyar Rashid.

Subs: 1. Farizal Marlias (GK), 23. Somerville (GK), 3. Rizal Ghazali, 14. Adam Nor Azlin, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 10. Liridon, 6. Dominic Tan, 11. Safawi Rasid, 13. Luqman Hakim, 17. Irfan Zakaria, 20. Syafiq Ahmad

THAILAND: 1. Chatchai (GK), 3. Sathaporn, 4. Manuel Bihr, 7. Supachok Sarachat, 8. Thitiphan (C), 10. Thanawat, 12. Ernesto, 13. Jaroensak, 15. Narubadin Weerawatnodom, 16. Phitiwat, 17. Suphanat.

Subs: 23. Siwarak (GK), 2. Suphan, 5. Pansa Hemviboon, 6. Sarach, 9. Adisak 11. Peeradol, 14. Nattawut, 18. Ekanit, 19. Tristan Do, 20. Jakkaphan, 21. Sumanya, 22. Suphacai

Info Seterusnya