Ringkasan intipati Bajet 2023 belanjawan Malaysia semua sektor

Menjelang akhir tahun, tumpuan umum kini terarah kepada perincian bajet bagi tahun 2023. Bajet tahunan ialah perancangan perbelanjaan kerajaan dalam satu tahun fiskal bagi tujuan projek dan program pembangunan negara menggunakan hasil pendapatan negara seperti cukai dan duti. Bajet 2023 akan dibentangkan di Dewan Parlimen pada tarikh yang akan dikemaskini dan akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga saluran berbayar terpilih.

Pembentangan bajet pada tahun ini merupakan pembentangan yang agak bersejarah kerana ia merupakan pembentangan kerajaan gabungan baharu yang dikenali sebagai perikatan nasional. Pilihan Raya Umum ke-14 telah menyaksikan rakyat memilih menukar kerajaan lama dengan kerajaan baru bagi menguruskan negara dalam tempoh 5 tahun akan datang. Namun berlaku krisis politik sekitar Februari 2020 yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan jatuh dan Perikatan Nasional telah mengambil alih

Jika dilihat pada belanjawan terdahulu, berlaku pengurangan peruntukan dan Bantuan Sara Hidup (BSH) juga telah dipotong secara berperingkat. Berdasarkan Menteri Kewangan, ini disebabkan oleh negara mengalami masalah kewangan akibat beban hutang yang banyak justeru menjadikannya cabaran besar bagi pembentangan bajet tersebut kerana terpaksa mengurangkan peruntukan di samping perlu menjaga kebajikan rakyat.

Diharapkan kerajaan yang baharu ini dapat menguruskan kewangan negara dengan telus dan tanpa unsur rasuah. Besar harapan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional agar dapat membawa aspirasi negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Sama-sama kita nantikan pembentangan yang akan dibuat pada sekitar Oktober atau November akan datang.

Ringkasan Intipati Bajet 2023

Maklumat bagi bajet 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan informasi yang tepat dan padat mengenai Bajet 2021, berikut merupakan ringkasan pembentangan yang akan disiarkan secara langsung melalui RTM pada jam 4:00 petang bertempat di Dewan Parlimen:

intipati bajet

Tema Dan Peruntukan Bajet Untuk Tahun 2023

Jumlah Peruntukan : RM388.1 bilion

Perbelanjaan Operasi : RM289.1 bilion

Perbelanjaan Pembangunan : RM97 bilion

Simpanan Luar Jangka : RM2 bilion

Tema : Membangun Malaysia Madani

Fokus Utama Belanjawan 2023

  1. Pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan
  2. Reformasi institusi dan tatakelola bagi memulihkan keyakinan
  3. Keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan

Isu Utama Bajet 2023

Berikut merupakan isu utama bajet 2023 Malaysia:

  1. Harga tarif elektrik dikekalkan mengikut kadar semasa untuk pengguna domestik dan PKS
  2. Pengakuan secara sukarela cukai LHDN bermula 1 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024 akan diberikan pengampunan penalti sebanyak 100%
  3. Pelepasan Muflis Kecil kepada individu yang diisytihar muflis bagi hutan baawah RM50,000 akan diberikan peluang kedua bermula 1 Mac 2023
  4. Pengurangan cukai pendapatan individu sebanyak 2% kepada pendapatan bercukai RM35,001 sehingga RM100,000
  5. Pengenalan duti eksesais kepada produk cecair/ gel mengandungi nikotin bagi produk vape
  6. Peminjam PTPTN akan diberikan diskaun sebanyak 20% selama 3 bulan bermula 1 Mac 2023. Penangguhan bayaran balik akan diberikan kepada peminjam berpendapatan di bawah RM1,800 untuk tempoh 6 bulan mulai 1 Mac 2023
  7. Tambang percuma bagi perkhidmatan tren bagi golongan OKU serta pelajar tahun 1 hingga Tingkatan 6
  8. Insentif Pas Bulanan Tanpa Had My50 diteruskan
  9. Bayaran ujian lesen memandu percuma bagi motosikal kelas B2, lesen teksi, bas dan e-hailing
  10. i-MADANI KWSP. Kerajaan akan menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP Akaun 1 kurang dariapda RM10,000 sebanyak RM500
  11. Had pelaburan individu ASB dan ASB2 ditingkatkan daripada RM200,000 kepada RM300,000
  12. Bayaran khas RM500 secara one-off kepada guru KAFA, takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut
  13. Kenaikan Elaun guru KAFA daripada RM1,000 kepada RM1,100
  14. Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada semua kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 termasuk lantikan kontrak. Pesara kerajaan akan menerima bantuan sebanyak RM350
  15. Bantuan Musim Tengkujuh diberikan kepada pekebun kecil sebanyak RM200 sebulan selama 4 bulan (November, Disember, Januari dan Februari)
  16. Bantuan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan selama 3 bulan
  17. Kredit e-tunai belia Rahmah sebanyak RM200 akan diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun yang berkelayakan
  18. Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
    • Kategori ditambah untuk bilangan anak melebihi 5 orang
    • Bantuan tambahan bernilai RM600 dalam bentuk bakul makanan atau baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
    • Kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100

Info Lanjut

Teks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2023

Tema Dan Peruntukan Bajet Untuk Tahun 2019-2021

2021

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
322.5 Bilion
Teguh Kita, Menang Bersama

Peruntukan Terperinci

Perbelanjaan Mengurus Perbelanjaan PembangunanSimpanan Luar Jangka
236.5 Bilion69 Bilion17 Bilion

Fokus Utama Belanjawan 2021

  1. Kesejahteraan Rakyat
  2. Kelangsungan Perniagaan
  3. Ketahanan Ekonomi

Isu Utama Bajet 2021

Berikut merupakan isu utama bajet 2021 Malaysia:

  1. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
    • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,200 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/ RM1,800 (2 orang anak atau lebih)
    • Isi rumah berpendapatan bulanan RM2,501- RM4,000 akan menerima bantuan berjumlah RM800 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/ RM1,200 (2 orang anak atau lebih)
    • Isi rumah berpendapatan bulanan RM4,001-RM5,000 akan menerima bantuan berjumlah RM500 (pasangan yang tiada anak sehingga 1 orang anak)/RM750 (2 orang anak atau lebih)
    • Individu bujang berpendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM350
  2. Pengeluaran RM6,000 Wang KWSP Akaun 1P
    • encarum KWSP yang layak dibenarkan mengekuarkan wang KWSP akau 1 RM500 setiap bulan selama 12 bulan bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerja.
  3. Moratorium
    • Bagi peminjam B40 boleh membuat pilihan sama ada menangguhkan ansuran bulana selama 3 bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.
    • Bagi peminjam M40 peminjam dikehendaki membuat pengisytiharan kendiri (self declaration) bagi pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik ansuran
  4. Bonus Penjawat Awam Dan Pesara Awam/ Veteran Tidak Berpencen
    • Bonus sebanyak RM600 akan diberikan kepada kakitangan awam gred 56 dan ke bawah
    • Bonus sebanyak RM300 akan diberikan kepada pesaara dan veteran awam
  5. Program e-Belia
    • Bantuan sebanyak RM50 akan diberikan melalui e-Wallet kepada belia berumur 18-20 tahun 
  6. Elaun Sara Hidup Nelayan
    • Elaun dinaikkan kepada RM300 bermula tahun 2021 
  7. Bantuan Pesara Polis 
    • Bantuan sebanyak RM50o secara one-off
  8. Elaun Khas COVID-19
    • Kakitangan KKM akan diberikan bayaran secara one-off sebanyak RM500

2020

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
 297 Bilion
Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah Kemakmuran Bersama

2019

JUMLAH PERUNTUKAN | TEMA
 314.5 Bilion
Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera

Fokus Utama Belanjawan 2019

  1. Melaksanakan Reformasi Institusi
  2. Memastikan Kesejahteraan Rakyat
  3. Memupuk Budaya Negara Keusahawanan

Strategi Belanjawan 2019

Bagi mencapai fokus utama belanjawan 2019, 12 strategi telah disusun untuk mengembalikan kedudukan ekonomi Malaysia sebagai Harimau Asia iaitu:

  1. Memperkukuh pengurusan fiskal
  2. Menstruktur semula dan merasionalisasi hutang kerajaan
  3. Meningkat hasil kerajaan
  4. Menjamin kebajikan dan kualiti hidup
  5. Meningkat peluang pekerjaan dan kebolehpasaran
  6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan dan perlindungan kebajikan sosial
  7. Meningkatkan pendapatan boleh guna pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
  8. Pendidikan bagi masa hadapan yang lebih baik
  9. Mencetuskan kuasa ekonomi baharu
  10. Merebut peluang dalam menghadapi cabaran global
  11. Mendefinisi semula peranan kerajaan dalam perniagaan
  12. Memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan

Isu Utama Bajet 2019

Berikut merupakan isu utama bajet 2019 Malaysia:

  1. Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019
  2. Bayaran Khas Kakitangan Kerajaan
    • Bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan ke bawah
    • Bagi pesara kerajaan, akan menerima bayaran khas sebanyak RM250 seorang.
    • Bayaran khas ini akan disalurkan kepada semua penerima sebelum hujung tahun 2018
  3. Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
    • Pemotongan pinjaman kepada pelajar yang terdiri daripada kategori isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.
    • Penghapusan baki hutang kepada peminjam yang berusia 60 tahun dan ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan.
    • Pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam (bergantung pada tahap pendapatan peminjam) dan hanya dilaksanakan terhadap peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan
    • Pembayaran balik melalui kaedah potongan gaji berjadual antara 2% hingga 15% daripada pendapatan bulanan peminjam (bergantung pada tahap pendapatan peminjam) dan hanya dilaksanakan terhadap peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan
  4. Perkhidmatan Atas Talian ImportP
    • Penyedia perkhidmatan atas talian yang diimport hendaklah berdaftar dengan kastam dan dikenakan cukai perkhidmatan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020
    • Contoh perkhidmatan yang dimaksudkan adalah termasuk perisian, muzik, video atau sebarang pengiklanan digital seperti Netflix, Spotify dan sebagainya
  5. Bantuan Pembiayaan Pembelian Rumah Mampu Milik (Rumah Pertama)
    • Peruntukan dana RM1 bilion untuk pembelian rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan RM2,3000 sebulan dan belum pernah memiliki rumah pertama
    • Kadar pembiayaan terkurang serendah 3.5% diberikan untuk mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan dan memudahkan peminjam mendapat pembiayaan
  6. Levi Pelepasan Udara (Ke Luar Negara)
    • Mulai 1 Jun 2019, pengenaan levi pelepasan untuk semua penumpang ke luar negara menggunakan laluan udara akan berkuatkuasa
    • Kadar caj dikenakan adalah RM20 bagi penumpang ke negara Asean dan RM40 bagi penumpang ke negara lain.

Ringkasan Intipati Bajet 2019 Mengikut Sektor

Berikut dikongsikan ringkasan intipati Bajet 2019 mengikut sektor:

I) Sektor Pengangkutan 2019

  • Projek pengangkutan awam MRT2 akan tetap dijalankan dengan mengurangkan kos keseluruhan sebanyak 22.4% iaitu RM8.8 bilion daripada jumlah asal RM39.3 bilion kepada RM30.5 bilion
  • Projek pengangkutan awam LRT3 juga akan diteruskan dengan penurunan kos keseluruhan daripada RM31.6 bilion kepada RM16.6 bilion sahaja menunjukkan pengurangan sebanyak 47%
  • Projek Landasan Berkembar Lembah Klang 2 akan dibuka untuk ditender semula dan dianggarkan bakal memberikan penjimatan kos yang besar

II) Pengangkutan Awam

  • Bagi menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, pas bulanan RM100 (rel dan bas RapidKL) dan RM50 (bas RapidKL sahaja) tanpa had perjalanan bermula 1 Januari 2019 akan diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM240 juta
  • Pertambahan perkhidmatan bas GoKL secara percuma selain daripada 4 laluan yang telah sedia ada akan dijalankan dengan peruntukan RM20 juta

III) Pemansuhan Tol

  • Pembekuan kenaikan bayaran tol di semua lebuhraya dalam bandar pada tahun 2019
  • Pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pertama dan Kedua di Pulau Pinang, serta Lebuhraya Laluan kedua di Johor mulai 1 Januari 2019

IV) Subsidi Minyak

  • Pemberian subsidi minyak secara bersasar kepada pemilik kereta persendirian dengan kuasa enjin 1,500cc dan ke bawah atau motosikal berkuasa enjin 125cc dan ke bawah
  • Subsidi yang diberikan adalah petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motosikal bermula suku kedua 2019.
  • Harga RON95 akan diapungkan semula berdasarkan Automatic Price Mechanism (APM)

Sektor Kesihatan 2019

Insurans dan Takaful Pekerja

Pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sepenuhnya mulai 1 Januari 2019

Pengenalan Dana Pelindungan Kesihatan Nasional B40 bermula 1 Januari 2019 yang memberikan perlindungan percuma ke atas 4 penyakit kritikal utama sehingga RM8,000 dan maksimum 14 hari pendapatan gantian semasa rawatan hospital dengan kadar RM50 sehari bersamaan RM700 setahun

Perkhidmatan Kesihatan

Peruntukan hampir RM29 bilion diberikan menunjukkan peningkatan sebanyak 7.8% berbanding tahun lepas

RM10.8 bilion bagi kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan

Pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan untuk golongan B40 berumur 50 tahun ke atas melibatkan 800,000 orang.

Peruntukan RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut di kalangan kanak-kanak, saringan dan peluasan rawatan haemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC).

Pengenalan duti eksais mulai 1 April 2019 kadar 40 sen per liter ke atas minuman bergula dalam dua kategori yang ditentukan

Sasaran ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok pada tahun 2045, kementerian memperluas kawasan larangan merokok meliputi semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan mulai 1 Januari 2019

Sektor Pelancongan 2019

Geran sepadan sebanyak RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta untuk mengadakan program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing

Pengecualian Cukai / Bebas Cukai

Kemudahan bebas cukai diberikan kepada kedai bebas cukai di Pelabuhan Swettenham, Pulau Pinang bagi menggalakkan penyinggahan kapal persiaran.

Pulau Pangkor bakal dijadikan pulau bebas cukai di samping memperkembangkan lagi taraf Pulau langkawi sebagai pulau bebas cukai.

Pelancongan Kesihatan

Peruntukan RM20 juta kepada Malaysia Healthcare Tourism Council (MHTC) diberikan bagi menjalin usahasama dengan hospital swasta terkemuka untuk menjenamakan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan terkenal

Sektor Keselamatan 2019

Peruntukan sebanyak RM5.9 bilion diberikan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri untuk mempertingkat keselamatan dalam negeri dan pertahanan negara.

Sektor Sukan 2019

Peruntukan sebanyak RM100 juta diberikan untuk persediaan atlet ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo dengan matlamat untuk mendapatkan pingat emas pertama negara

Peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bagi menggalakkan dan membangunkan E-Sports.

Sektor Pekerjaan 2019

Peruntukan RM20 juta berbentuk geran sepadan diberikan untuk program peningkatan kebolehpasaran graduan dan mempertingkat peluang pekerjaan dengan jangkaan dapat membantu seramai 4,000 orang belia

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan Umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan juga kepada penjawat awam beragama lain bagi tujuan keagamaan juga

Kenaikan gaji minimum bagi sektor kerajaan dan swasta kepada RM1,100 di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019

Sektor Pendidikan 2019

Merupakan penerima peruntukan yang terbesar berjumlah RM60.2 bilion iaitu 19.1% daripada keseluruhan bajet 2019

Peruntukan bantuan pendidikan berjumlah RM2.9 bilion bagi membantu golongan miskin dengan bantuan tunai, buku teks dan bekalan makanan

Peruntukan sebanyak RM652 juta bagi menaiktaraf dan menyelenggara semua sekolah

Peruntukan sebanyak RM100 juta untuk pembinaan semula sekolah daif di seluruh negara

Peruntukan sebanyak RM206 juta untuk pembangunan dan penyediaan program latihan di Politeknik dan Kolej Komuniti

Peruntukan sebanyak RM50 juta untuk memperkasakan program Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)

Peruntukan sebanyak RM3.8 bilion untuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran daripada agensi seperti MARA, JPA dan Kementerian kesihatan

Bagi syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019, pelepasan cukai akan diberikan

Info Lanjut

Teks Ucapan Penuh Pembentangan Bajet 2021