Antara sumber pendapatan sesebuah kerajaan di seluruh dunia adalah dengan mengutip cukai daripada individu atau syarikat kepada pemerintah atau kerajaan. Cukai yang dikutip akan digunakan untuk menjalankan pentadbiran sesebuah negara, juga boleh digunakan untuk pembangunan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Setiap negara mengamalkan sistem cukai yang berbeza yang akan ditentukan oleh pemerintah mengikut kesesuaian negara tersebut. Kebiasaannya akan ada lebih dari satu jenis cukai akan dikenakan ke atas individu atau syarikat. Contoh cukai di Malaysia adalah cukai jalan, cukai jualan dan perkhidmatan, cukai pendapatan dan banyak lagi.
Kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat bertanggungjawab untuk menguruskan hasil kutipan cukai dengan telus dan amanah untuk pembangunan negara. Antara cukai yang yang dikutip oleh kerajaan adalah cukai pendapatan. Cukai pendapatan adalah cukai tahunan ke atas upah, gaji, komisyen dan pendapatan bukan gaji. Badan kerajaan yang terlibat dalam mengutip cukai adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Menurut LHDNM terdapat dua jenis cukai pendapatan iaitu cukai pendapatan individu dan cukai perbadanan.
LHDNM telah mengeluarkan 27 senarai pelepasan cukai 2024 untuk e-filing 2025. Sekiranya pendapatan anda melebihi RM 34,000 setahun maka anda wajib untuk mendaftar fail cukai pendapatan. Anda boleh membuat pendaftaran di mana-mana cawangan LHDNM di seluruh Malaysia dan pastikan bawa segala dokumen yang diperlukan. Pelepasan cukai ini boleh digunakan untuk mengurangkan pembayaran cukai pendapatan.
Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN 2024 Untuk e-Filing 2025
Berikut dikongsikan 27 senarai pelepasan cukai individu pemastautin yang dikeluarkan oleh LHDNM untuk pelepasan cukai 2024 untuk e-filing 2025. Untuk senarai pelepasan cukai taksiran 2024 untuk e-filing 2025 akan dikemaskini jika terdapat perubahan atau penambahan. Menurut LHDNM, daripada jumlah pendapatan yang telah anda failkan anda akan dapat mengurangkan pendapatan bercukai anda hasil tolak nilai pelepasan cukai anda. Senarai pelepasan cukai adalah seperti di bawah:
Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin 2024
Berikut merupakan senarai 27 pelepasan cukai individu pemastautin untuk e-filing 2025 berdasarkan sumber dari LHDNM:
JENIS POTONGAN INDIVIDU | JUMLAH (RM) |
Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
Perbelanjaan pembelian peralatan sokongan asas (sama ada digunakan untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibu bapa kurang upaya) | 6,000 (Terhad) |
Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (keadaan kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan) | 8,000 (Terhad) |
Yuran pengajian (Sendiri):![]() ![]() ![]() | 7,000 (Terhad) |
Individu kurang upaya | 6,000 |
Pemeriksaan perubatan penuh (Sama ada untuk diri sendiri, suami atau isteri atau anak)-(Terhad 1,000) | 10,000 (Terhad) |
Perbelanjaan untuk perubatan penyakit serius sama ada untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak-anak | 10,000 (Terhad) |
Pemeriksaan perubatan bagi rawatan kesuburan (Sama ada untuk diri sendiri, suami atau isteri) | 10,000 (Terhad) |
Perbelanjaan suntikan vaksin bagi diri sendiri, pasangan atau anak. Jenis vaksin yang layak dibenarkan potongan adalah seperti berikut: (Terhad 1,000)![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | 10,000 (Terhad) |
Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri untuk anak berumur 2 tahun dan ke bawah (Pemotongan hanya sekali dalam setiap dua tahun taksiran) | 1,000 (Terhad) |
Gaya hidup-Perbelanjaan untuk diri sendiri atau suami atau isteri atau anak bagi perkara berikut:![]() ![]() ![]() ![]() | 2,500 (Terhad) |
Gaya hidup khusus – Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk kegunaan/ manfaat diri sendiri, suami/isteri atau anak dan bukan untuk kegunaan perniagaan Pelepasan ini adalah tambahan kepada pelepasan yang diberikan di bawah item 10 | 2,500 (Terhad) |
Yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak (TASKA)/Tadika yang berdaftar | 3,000 (Terhad) |
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahunan 2024 Tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2024) | 8,000 (Terhad) |
Suami atau isteri atau bayaran alimoni kepada bekas isteri | 4,000 (Terhad) |
Suami/isteri kurang upaya | 5,000 |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada beberapa syarat berikut:![]() ![]() ![]() | 8,000 |
Anak yang belum berkahwin dan umur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (Peringkat A-level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah) | 2,000 |
Anak kurang upaya![]() | 6,000 + 8,000 |
Skim persaraan swasta dan anuiti tertunda (Deferred annuity)-Mula berkuat kuasa pada tahun taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2025 | 3,000 (Terhad) |
Insuran nyawa dan Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) termasuk tidak melalui potongan gaji i. Kategori Penjawat Awam Berpencen ![]() ii. Kategori Selain Penjawat Awam Berpencen ![]() ![]() | 7,000 (Terhad) |
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) | 250 (Terhad) |
Insurans pendidikan dan perubatan termasuk tidak melalui potongan gaji | 3,000 (Terhad) |
Perbelanjaan bayaran penginapan di premis penginapan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Pelancongan dan bayaran masuk ke tempat tarikan pelancong![]() ![]() | 1,000 (Terhad) |
Pelepasan cukai tambahan gaya hidup khusus berkaitan dengan aktiviti sukan yang dibelanjakan oleh individu bagi:![]() ![]() ![]() | 1,000 (Terhad) |
Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun | 2,000 |
Perbelanjaan bayaran pemasangan sewaan pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau langganan bagi penggunaan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik bagi kenderaan sendiri (Bukan untuk kegunaan perniagaan) | 2,500 (Terhad) |
Maklumat Lanjut
Sila layari pautan di bawah untuk mendapatkan senarai lengkap pelepasan cukai pendapatan individu LHDN terkini :-
Related : yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak kanak tadika yang berdaftar, potongan dibenarkan sekali setiap dua 2 tahun taksiran, berkhidmat di bawah akta pembangunan sukan 1997, buku jurnal majalah surat khabar, tabungan bersih dalam skim simpanan pendidikan nasional sspn, gaya hidup perbelanjaan perubatan keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan
pemeriksaan perubatan keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan
diluluskan dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan