Tarikh hari raya Aidilfitri 2024 1 Syawal 1445H di Malaysia

1 Syawal, seringkali dinantikan dengan pelbagai persepsi. Di Malaysia, keghairahan menyambutnya telah bermula pada hari pertama Ramadan lagi.

Malah dari hari ke sehari, umat Islam seolah-oleh tidak sabar-sabar menunggu kehadiran Hari Raya Aidilfitri, lebih-lebih lagi di hujung-hujung bulan Ramadan.

Namun, apa yang menjadi persoalannya adakah kegembiraan meraikan hari kemenangan itu disambut sebagaimana yang dituntut oleh syariat Islam. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Oleh kerana itu, Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Tarikh Hari Raya Puasa 2024 (Aidilfitri) 1 Syawal 1445 Hijrah Di Malaysia

Berdasarkan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445  – 1446H Bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyatakan 1 Syawal 1445H adalah bersamaan 10 April 2024 (Hari Rabu).

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Bagi Malaysia

Berikut merupakan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2024 / 1445-1446H Bagi Malaysia yang dikeluarkan oleh Panel Pakar Falak (PPF), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Senarai Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2023 / 1445-1446H Malaysia

Tarikh Hijri (1445)Tarikh Miladi (2024)Hari Perayaan / Kebesaran Islam
27 Rejab8 FebruariIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*12 MacAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan28 MacNuzul Al-Quran
 1 Syawal*
 10 April
 Hari Raya AidilFitri
1 Zulhijjah8 JunAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*17 JunHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 14467 JulaiAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiuawal 144616 SeptemberMaulidur Rasul

Tarikh bertanda (*) akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini 2024M-1445H

Akan dikemaskini, di bawah adalah pengisytiharan bagi tahun lepas:

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 22 April 2023″Pengyisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad pada malam 20 April 2023 (Khamis)