Semakan keputusan UPKK 2023 secara online & sms

Semua calon-calon (murid) yang telah menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2023 boleh mendapatkan pernyataan keputusan penuh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2023 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Disember tahun yang sama.

Sebagai makluman, bermula tahun 2018 pengumuman keputusan UPKK akan dibuat dalam tahun semasa serta semakan maklumat calon yang berdaftar juga boleh dibuat ibu bapa atau penjaga secara dalam talian (online).

Pelaksanaan peperiksaan UPKK diadakan kepada murid yang terbabit adalah untuk menilai tahap kemahiran dan kebolehan murid dalam bidang bacaan, selain hafazan Al-Quran, tahap pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Amali Solat serta Penghayatan Cara Hidup Islam.

Murid-murid juga dinilai tahap pengetahuan dan kefahaman dalam Ilmu Fardu Ain dan Pengetahuan Islam serta kemahiran membaca dan menulis Jawi.

Mengenai peperiksaan UPKK, ianya merangkumi ujian dalam lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam, al-Quran, Ulum Syariah (Akidah/Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiah), Jawi dan Khat serta Lughah Al-Quran.

Semakan Keputusan UPKK 2023 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan UPKK iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

UPKK sebelum ini buat julung kali menggunakan modul penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menggantikan peperiksaan bertulis meliputi lapan subjek dengan tempoh dipanjangkan dari 15 November hingga 30 November lalu ekoran isu kebimbangan penularan kes wabak Covid-19.

Keputusan UPKK diterima bagi kemasukan tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan.

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat tarikh rasmi dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan UPKK 2023.

Tarikh Keputusan UPKK 2023 Diumumkan

Dibuka : 18 April 2024 (11 pagi) 

Ditutup : akan dikemaskini

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pencapaian calon-calon dilaporkan dalam bentuk gred berdasarkan pertimbangan terhadap ketekalan (konsisten), ketepatan dan keadilan, yang ditafsirkan mengikut gred A (Cemerlang), B (Baik), C (Memuaskan) dan D (Lulus Tidak Mencapai Tahap Minimum).

Cara Semakan Keputusan UPKK 2023 Secara Online

Semakan keputusan UPKK secara dalam talian (online) adalah melalui Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM, sila klik pada judul pautan di bawah.

  • Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Sesi Akademik 2023
  • Semakan keputusan UPKK 2023 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan.
  • Calon-calon hanya perlu memasukkan No MYKAD atau No Pengenalan Khas dalam ruangan yang diminta.
  • Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah masing-masing

Cara Semakan Keputusan UPKK 2023 Secara SMS

Semakan keputusan UPKK 2023 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

  • Taip: UPKK (jarak) No MYKAD dan hantar SMS ke 15888
  • Taip: UPKK (jarak) No PengenalanKhas dan hantar SMS ke 15888

Semakan Keputusan UPKK

Apa Itu modul penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Tahun 2021?

mpkafa

Related : murid tahun lima 5, sekolah agama rakyat sar, tarikh rasmi keputusan, kad pengenalan, upkk 2019,