Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur Kelantan Terengganu Pahang

Bersempena dengan musim perayaan ini, sudah semestinya jalan raya akan menjadi sibuk. Hal ini kerana kebanyakkan warga kota akan pulang ke kampung halaman untuk bercuti bersama keluarga. Ribuan warga kota akan berpusu pusu pulang bercuti terutama di hari hari terakhir sebelum hari perayaan bermula.

Selain daripada jumlah kenderaan yang banyak di jalan raya antara punca kesesakan jalan raya adalah kemalangan dan juga cuaca buruk. Oleh itu pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Pastikan kereta diservis sebelum memulakan perjalanan dan pemandu hendaklah mendapatkan rehat yang secukupnya.

Bagi menangani puluhan ribu kenderaan di atas jalan raya pengguna juga boleh melihat jika ada jalan alternatif yang lain. Ini mampu mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya yang sama pada satu satu masa. Mengikut statistik jalan raya paling sibuk menjelang musim perayaan adalah laluan ke pantai timur. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu bijak merancang perjalanan dari awal agar selamat sampai ke destinasi

Laluan Alternatif Balik Raya Ke Pantai Timur

Bagi memudahkan semua pengguna jalan raya, berikut dikongsikan laluan alternatif untuk rujukan semua. Untuk pengetahuan semua, laluan ini telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Berikut adalah laluan alternatif ke pantai timur:

I) Laluan Alternatif Dari Chukai Melalui Kampung Ibok Ke Kuala Terengganu

Ini adalah laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke Kuala Terengganu dari Chukai. Laluan ini akan melalui Kampung Ibok. Laluan ini boleh mengurangkan kesesakan di Bandar Chukai Terengganu.

II) Laluan Alternatif Dari Bentong Melalui Raub Ke Kota Bharu

Untuk pengguna dari Bentong ke Kota Bharu. Pengguna akan dapat mengurangkan kesesakan di Pekan Raub, Pahang.

III) Laluan Alternatif Dari Seremban Melalui Jelebu Ke Karak

Laluan untuk ke Karak bagi pengguna dari Seremban dan Jelebu

IV) Laluan Alternatif Dari Jempol/Kuala Pilah Ke Karak, Temerloh Dan Muadzam

Laluan alternatif ini adalah untuk mengurangkan kesesakan di Kuala Pilah dan Bahau

V) Laluan Alternatif Dari Gua Musang Melalui Kuala Krai Ke Kota Bharu

Laluan dari Kuala Lumpur/Gua Musang ke Kota bharu. Bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Kuala Krai
VI) Laluan Alternatif Dari Bentong Melalui Kuala Lipis Ke Kota Bharu

Merupakan laluan alternatif dari Kuala Lumpur untuk ke Kota Bharu dengan melalui Kuala Lipis. Laluan ini mampu mengurangkan kesesakan di Bandar Bentong Pahang
VII) Laluan Alternatif Dari Besut Ke Kota Bharu/ Tok Bali

Laluan alternatif untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Bandar Jerteh.