Tarikh keputusan keseluruhan STPM 2023 keluar 2024

Calon sekolah dan calon persendirian individu yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2022 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan STPM 2022 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan Julai 2023. Manakala bagi STPM tahun 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Setiap tahun, keputusan STPM akan diumumkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan Februari, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza.

Bagaimanapun, Gcarian dimaklumkan bahawa bagi keputusan keseluruhan STPM tahun 2023 ianya akan diumumkan keluar pada bulan Julai 2023. Maklumat bagi keputusan STPM 2022 adalah seperti berikut.

Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2022 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan keseluruhan STPM iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan keseluruhan peperiksaan STPM 2022 boleh diperoleh melalui online manakala bagi calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM dahulu.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta bagi mengetahui dan mendapatkan keputusan keseluruhan STPM tahun 2022 masing-masing.

Tarikh Keputusan STPM 2022 Diumumkan

Tarikh : 13 Julai 2023 (Khamis)

Waktu : 11.30 pagi

Tarikh adalah RASMI seperti pengumuman daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Cara Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2022 Secara Online

Semakan keputusan keseluruhan STPM 2022 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Majlis Peperiksaan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.

Semakan Keputusan Keseluruhan Peperiksaan SPM 2022 – MPM

Sebagai makluman, Sistem aplikasi MPM bagi semakan keputusan keseluruhan STPM 2022 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi nanti.

Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.

Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Cara Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2022 Secara SMS

Semakan keputusan keseluruhan STPM 2022 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

Taip: STPM (jarak) No Kad Pengenalan  (jarak) Angka Giliran Hantar Ke 15888

Contoh : STPM RESULT 970224132165A129191 Dan SMS Ke 15888

Cara Semakan Keputusan Keseluruhan STPM 2020 Secara Emel

Pihak MPM akan terus menghantar keputusan calon ke emel yang telah diberikan kepada MPM pada 1 Julai 2021 mulai jam 11 pagi

Calon Tiada Akses Internet

Bagi calon Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan / Swasta / Persendirian Individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan Daerah / Sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing

Pernyataan Penuh Keputusan Keseluruhan STPM 2022

Calon SekolahCalon Persendirian
Calon sekolah adalah melalui sekolah masing-masing bermula jam 11.30 pagi pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.Calon persendirian individu akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), tempat mendaftar STPM.