Harga Gas Memasak Terkini Di Pasaran Malaysia

Gas Petroleum Cecair atau Liquefied Petroleum Gas (LPG) yang lebih dikenali sebagai gas memasak digunakan secara meluas untuk memasak di rumah mahupun di premis perniagaan. Gas memasak ini boleh dibeli di kedai dan ada juga dijual dengan menggunakan kenderaan seperti lori dan motor untuk dihantar terus ke rumah dengan caj penghantaran yang berlainan.

Antara syarikat utama yang menjual gas memasak di Malaysia termasuklah Petronas, Petron dan BHP. Memandangkan gas memasak ini digunakan dengan kadar yang kerap oleh hampir semua rakyat di Malaysia, ianya dikategorikan sebagai salah satu keperluan asas selain minyak masak, beras, tepung dan gula.

Oleh yang demikian, gas memasak telah diklasifikasikan dalam barangan harga terkawal oleh kerajaan. Subsidi hanya diberikan kepada pengguna domestik seperti di rumah dan harga berlainan bagi penggunaan secara komersial. Ini dilihat sebagai satu langkah yang bijak untuk membantu meringankan beban rakyat yang semakin tertekan akibat kos sara hidup yang kian meningkat.

Pemantauan harga bagi barangan terkawal termasuklah gas memasak dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Sebarang ketidakpatuhan penjualan harga barangan tidak terkawal boleh dilaporkan atau dibuat aduan kepada KPDNHEP dan individu atau syarikat berkenaan boleh dikenakan denda kerana melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Harga Gas Memasak Terkini

Berikut adalah harga semasa bagi gas memasak (LPG) bagi pengguna domestik berkuatkuasa mulai 1 Julai 2015 sehingga kini. Pihak GCarian juga turut berkongsi harga maksimum gas memasak bagi pengeluar, pemborong dan peruncit serta harga terkini bagi servis penghantaran gas Petronas ke rumah.

Jadual 1 | Harga Gas Makanan / LPG Mengikut Saiz Tong Silinder

 19.00 22.80 26.60
10 12 14 

Harga yang dinyatakan adalah harga runcit untuk pengambilan sendiri di kedai / premis jualan

Jadual 2 | Harga Maksimum Penjualan Gas Memasak Bagi Pengeluar, Pemborong Dan Peruncit

Berikut dikongsikan juga jadual harga maksimum bagi pengeluar, pemborong, dan peruncit untuk gas memasak

Jadual 3 | Harga Gas Memasak Petronas Bagi Penghantaran Ke Rumah (GPHD)

Petronas Dagangan Berhad (PDB) turut menyediakan perkhidmatan penghantaran gas terus ke rumah melalui Gas Petronas Home Delivery atau GPHD

Pesanan boleh dibuat melalui panggilan ke Mesralink Hotline di 1300 888 427  dan gas akan dihantar terus ke rumah

Harga terkini bagi penghantaran gas ke rumah oleh Petronas (GPHD) adalah seperti yang tertera di bawah:

Harga Bagi Wilayah Tengah
 25.80 29.80
12 14 
Harga Bagi Wilayah Selatan, Timur dan Utara
 25.20 29.00
12 14 

Harga ini telah dikemaskini semula berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat melalui Facebook PETRONAS Brands setelah hebahan surat pekeliling Perkhidmatan Penghantaran PETRONAS Ke Rumah (GPHD) mengenai kenaikan harga menjadi tular sebelum ini seperti di bawah:

Setelah mengambil kira respon daripada orang ramai mengenai kenaikan caj harga servis penghantaran Gas Petronas ke rumah, Petronas Dagangan Berhad menarik semula keputusan untuk menaikkan harga caj berkenaan dan mengekalkan harga seperti sebelum ini menerusi kenyaatan rasminya seperti di bawah: