Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Liga Malaysia musim 2021 sudah semakin hampir. Setelah beberapa bulan liga Malaysia berehat kini peminat bola sepak tempatan akan kembali ke stadium bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing. Bersempena liga yang semakin tiba, Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan kalendar pertandingan liga Malaysia untuk tahun 2021. Menurut MFL ini merupakan kali ketiga selepas tahun lepas MFL mengeluarkan kalendar liga Malaysia untuk tempoh tiga tahun.
Setelah mengambil kira maklum balas daripada penyokong, MFL bersetuju untuk mengambil langkah ini bagi memudahkan para penyokong merancang perjalanan mereka untuk memberi sokongan kepada pasukan. Langkah ini juga bertujuan untuk memudahkan pasukan-pasukan yang bertanding membuat persediaan untuk tempoh jangka masa panjang.
Pihak pengurusan pasukan juga boleh membuat persediaan dalam menyediakan dokumen pendaftaran, perancangan penggunaan stadium, aktiviti komersial, persediaan jendela perpindahan pemain dan promosi sukan. Selain itu, untuk musim 2021 ini kebanyakkan perlawanan diadakan pada hujung minggu. Ini bagi memudahkan penyokong datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan penyokong bagi memastikan kehadiran ke stadium memuaskan.
Menurut MFL susunan jadual liga Malaysia amat mencabar kerana terikat dengan pengesahan pendaftaran pasukan dan pengesahan tempat untuk setiap pasukan yang bertanding. Untuk tahun-tahun berikut jadual perlawanan akan dikeluarkan sebulan sebelum sepak mula liga Malaysia. Di masa akan datang MFL akan memperbaiki sistem jadual liga dengan mengeluarkan jadual lebih awal bagi memudahkan pasukan membuat perancangan.
KALENDAR TARIKH PENTING LIGA MALAYSIA MUSIM 2021 DAN MAKLUMAT JENDELA PERPINDAHAN PEMAIN
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh liga dan kejohanan bolasepak Liga Malaysia dan juga tarikh-tarikh penting perpindahan pemain yang telah disusun oleh pihak MFL bagi tahun 2021 sebagai rujukan. Ianya termasuk Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Piala Malaysia serta Challenge Cup.
KALENDAR LIGA MALAYSIA 2021 | ||
26 Februari 2021 | Piala Sultan Haji Ahmad Shah | |
27 Februari - 21 Ogos 2021 | Liga Super 2021 | |
27 Februari - 21 Ogos 2021 | Liga Premier 2021 | |
21 November 2020 - 14 Februari 2021 | Jendela Perpindahan Pertama | |
2 Mac - 11 September 2021 | Piala FA 2021 | |
12 Julai - 8 Ogos 2021 | Tempoh Jendela Perpindahan kedua | |
17 September - 27 November 2021 | Piala Malaysia 2021 | |
3 September - 14 November 2021 | Challenge Cup 2021 | |
MAKLUMAT LANJUT |
| Sila layari pautan di bawah untuk muat turun kalendar pertandingan liga Malaysia: |