Gambar Dan Harga Jersi Baharu Pasukan JDT 2024

Setiap tahun peminat bola sepak tempatan pasti akan menantikan rekaan terbaharu jersi pasukan kegemaran masing-masing. Kebiasaannya jersi baharu akan dilancarkan dalam satu majlis rasmi sebelum liga bermula. Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) setiap tahun antara yang paling mencuri tumpuan. Jersi JDT musim lepas telah direka oleh Syarikat Barangan Sukan gergasi iaitu Nike. Untuk musim 2024, jersi untuk pasukan JDT juga akan direka oleh Nike yang direka khas di ibu pejabat Nike di Amerika Syarikat.

Sudah semestinya jersi terbaharu JDT nanti akan mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan terutama sekali peminat tegar Johor Southern Tigers. JDT turut mengekalkan variasi seperti tahun lepas dimana hanya terdapat jersi Home dan Away. Menurut facebook Johor Southern Tigers pelancaran akan dilakukan pada tarikh yang akan dikemaskini

Pada hari pelancaran juga akan terdapat aktiviti lain bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut. Seperti semua sedia maklum, pada tahun ini selain daripada menyertai kejohanan dalam liga Malaysia, JDT juga akan bersaing dalam Liga Elit Juara-Juara Asia (ACL-AFC Elite Champions League) 2024. Oleh itu, kepada semua peminat JDT jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan jersi JDT terbaharu 2024 dan memakainya di kesemua kejohanan yang disertai JDT sepanjang musim 2024.

Jersi Baharu Pasukan JDT 2023 Gambar Dan Harga (Home Away)

Berikut adalah maklumat penting berkaitan tarikh pelancaran jersi JDT serta gambar dan harga. Jersi dan maklumat bagi tahun 2024 akan dikemaskini. Gambar dan harga jersi JDT 2022 akan dimaklumkan setelah diumumkan oleh pihak Johor Southern Tigers:

Tarikh Dan Tempat Pelancaran Jersi JDT 2023

Tarikh : 18 Februari 2023

Tempat Pelancaran : Stadium Sultan Ibrahim

Gambar Jersi JDT 2023

jersi jdt home away

jersi jdt home 2023

jersi jdt away 2023

Harga Dan Warna Jersi JDT 2023

HARGA DAN WARNA JERSI JDT 2023

KitWarnaHarga
HomeBiru belang Merah 299
AwayPutih Merah  299
JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ untuk musim 2022.

Gambar Jersi JDT 2022

jersi jdt home

jersi jdt away

Gambar Jersi JDT 2021

Gambar Jersi JDT 2021

HOME

Jersi tuan rumah adalah diinspirasikan daripada bendera Johor iaitu warna merah serta biru

AWAY

Jersi kedua adalah berwarna putih yang melambangkan stadium baharu iaitu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. Lilitan berwarna emas di bahagian lengan dan leher pula membawa simbolik kejayaan kelab JDT
Jersi baharu JDT akan digunakan oleh pasukan utama JDT pada saingan Liga Super, Johor Darul Ta’zim II yang beraksi di Piala MFL, Johor Darul Ta’zim III bagi saingan Piala Presiden dan Johor Darul Ta’zim IV yang beraksi dalam saingan Piala Belia.