Pantun dan ucapan selamat berpuasa bulan Ramadhan 2024 Malaysia

Ramadan tiba lagi. Umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini. Ramadan amat sinonim dengan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Namun sedar ataupun tidak, adakah kita juga merasa teruja untuk beribadat pada malam-malam Ramadan ini? Berapa ramai yang membuat per­siapan bagi menemui bulan istimewa ini? Atau mungkin ramai yang lebih te­ruja membuat persiapan hari raya?

Kaum Muslimin diajak berazam memenuhi Ramadan ini dengan pelbagai aktiviti ibadah bagi meraih ganjaran takwa yang hanya datang setahun sekali. Semua ini dapat dilakukan dengan mula memasang niat untuk berpuasa bersungguh-sungguh selain mempertingkatkan ibadah dan amalan kebajikan lain.

Malah niat yang ikhlas kerana Allah SWT juga berupaya menjadi motivasi untuk para Muslimin berjihad menahan lapar dan dahaga di siang hari serta qiamullail di waktu malam.

Masyarakat Islam seterusnya diajak berazam untuk memper­tingkatkan kualiti puasa. Ber­puasa dalam erti kata yang sebenar bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum serta tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa. Lebih daripada itu, bagi meraih ganjaran puasa tertinggi.

Berazamlah untuk memenuhi Ramadan dengan meningkatkan kualiti ibadah wajib seperti solat supaya beroleh ganjaran 70 kali ganda lebih daripada bulan-bulan lain. Apalah erti seseorang berpuasa jika hanya mengelak daripada makan dan minum tetapi tidak solat dan tidak menutup aurat.

Perbanyakkan juga me­lakukan ibadah sunat yang dilipat-gandakan pahalanya seperti melakukan ibadah wajib. Antaranya dengan solat berjemaah setiap waktu, beriktikaf di masjid memperbanyak bersedekah dan membantu golongan memerlukan.

Berazamlah untuk bersolat tarawih setiap malam mudah-mudahan terpilih mendapat nikmat beribadah di malam al-Qadar yang dirahsiakan daripada pengetahuan manusia.

Persiapan mental dan keimanan yang tinggi juga penting untuk mengharungi Ramadan. Hanya individu yang kukuh iman dan benar-benar ikhlas berpuasa kerana Allah SWT mampu berjihad bersungguh-sungguh melawan keinginan hawa nafsu.

Koleksi Pantun dan Ucapan Selamat Berpuasa Bulan Ramadhan 2024 Bagi Malaysia

Berikut dikongsikan koleksi ucapan selamat puasa Ramadhan tahun 2024 untuk umat Islam yang bakal menyambut bulan puasa Ramadhan/ Marhaban Yaa Ramadhan tahun ini.

Ucapan Selamat Berpuasa Ramadhan

Setitis Embun Di Pagi Hari,
Jatuh Di Atas Bunga Melati,
Inilah Waktunya Untuk Perbaiki Diri,
Di Bulan Ramadan Yang Suci Ini,
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Lebih Baik Baca Al-Qur’an,
Daripada Gosip Orang,
Selamat Menyambut Bulan Suci Ramadhan,
Untuk Engkau Yang Kusayang.

Kalau Siang Ada Matahari,
Kalau Malam Ada Bintang Dan Bulan,
Mari Kita Mensucikan Hati,
Untuk Menyambut Bulan Suci Ramadhan.

Manis-Manis Sibuah Kurma,
Sangat Enak Buat Nerbuka,
Bulan Ramadhan Segera Tiba,
Sayang, Maafkan Salah Saya ya..

Matahari Berzikir,
Angin Bertasbih Dan Pepohonan Memuji keagunganNYA.
Semua Menyambut Datangnya Malam Seribu Bulan.
Selamat Datang Ramadhan, Selamat Beribadah Puasa.
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Bulan Ramadhan Adalah Bulan Yang Suci,
Seperti Embun Pagi Yang Membasahi Dedaunan Di Kala Pagi,
Embun Sejuk Yang Akan Membasuh Dan Membersihkan Jiwa Kita Dari Segala Dosa,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1445H.

Apabila Dalam Kata Dan Perbuatan Terukir Salah Dan Khilaf,
Yakni Dengan Segala Kerendahan Hati Kecil Ini Ingin Terucap Mohon Maaf Setulus-Tulusnya.
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1445H.

Ya Allah, Muliakan Dan Sayangilah Saudaraku Ini,
Bahagiakan Keluarganya Limpahkan Rezekinya,
Kuatkan Imannya,
Berikanlah Kenikmatan Ibadahnya,
Jauhkan Dari Segala Fitnah,
Amin, “AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN”.

Marhaban Ya Ramadhan,
Pucuk Selasih Bertunas Menjulang,
Dahannya Patah Tolong Betulkan,
Puasa Ramadhan Kembali Menjelang,
Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan,
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan 1445H.

Mengharap Padi Dalam Lesung,
Yang Ada Cuma Rumpun Jerami,
Harapan Hati Bertatap Langsung,
Cuma Terlayang Ucapan ini.
Sebelum Cahaya Padam,
Sebelum Hidup Berakhir,
Sebelum Pintu Taubat Tertutup,
Sebelum Ramadhan Datang,
Saya Mohon Maaf Zahir & Batin.

Jika Semua HARTA Adalah RACUN Maka ZAKAT lah Penawarnya,
Jika Seluruh UMUR Adalah DOSA Maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya,
Jika Seluruh BULAN Adalah NODA maka RAMADHAN lah Pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Manusia Tak Pernah Lari Dari Salah dan Khilaf,
Kerana Manusia Bukan Makhluk Yang Sempurna,
Di Bulan Yang Suci Ini Mari Kita Bermaafan,
Agar Tiada Dendam dan Hasad Dengki,
Marhaban ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir Batin.

Perkataan Yang Indah Adalah ALLAH,
Lagu Yang Merdu Adalah AZAN,
Media Yang Terbaik Adalah AL-QURAN
Senam Yang Sihat Adalah SOLAT,
Diet Yang Sempurna Adalah PUASA,
Kebersihan Yang Menyegarkan Adalah WUDHU,
Perjalanan Yang Indah Adalah HAJI,
Khayalan Yang Baik Adalah Ingat akan DOSA dan TAUBAT,
Mudah-Mudahan Di Bulan Ramadhan Yang Suci Ini Hadir Membawa Iman Dan Takwa. AMIN

Dahulunya Ingin Sekali Ku Memohon Maaf Padamu,
Oleh Kerana Diriku Terlalu Malu Ku Pendamkan Hasrat Itu,
Hari Ini Ku Beranikan Diri Pinta Sesuatu Darimu,
Menjelang Puasa Ramadhan Ini, Ku Harap Kau Berikan Maafmu.

Setitik Tinta Jadi Noda,
Setitik Salah Jadi Dosa,
Bulan Penuh Berkat Segera Tiba,
Mari Tekun Ibadah Di Bulan Puasa,
Marhaban ya Ramadan, Sambutlah Dengan Senyuman.

CINTA Datang dan Pergi Tanpa di Duga,
KASIH SAYANG Datangnya Tanpa Terasa,
HATI Berkata Tanpa Dusta,
Datangnya Bulan RAMADHAN adalah RAHMAT,
Marilah Kita Menyambut BULAN ini dengan CINTA dan KASIH SAYANG.

Indah Malam Kerana Bintang,
Indah Taman Kerana Bunga,
Indah Cinta Kerana Kasih Sayang,
Indah Hidup Kerana Silaturahim,
Oleh Itu Mari Indahkan Bulan Ramadhan Dengan Ibadah.