Login SSDM Sistem Sahsiah Diri Murid

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan penambah baikkan daripada Sistem Salah Laku Disiplin Murid yang sebelum ini diguna pakai. Sistem sebelum ini hanya boleh merekod masalah disiplin murid sahaja. Hasil kajian dan maklum balas guru-guru, SSDM telah diwujudkan dengan mengambil kira amalan baik dilakukan pelajar juga akan direkodkan untuk dimasukkan ke dalam sistem. Dengan wujudnya SSDM kita dapat membentuk sahsiah diri pelajar dengan baik untuk melahirkan rakat yang tinggi budi pekerti di masa akan datang.

Kerja-kerja merekod SSDM dilakukan secara online sahaja. Ia merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan pihak sekolah merekod maklumat salahlaku disiplin pelajar. Pelaksanaan SSDM melalui online secara tidak langsung dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif di mana dapat membantu melicinkan urusan di semua peringkat dalam menangani masalah disiplin pelajar. Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat pelajar berkaitan dengan salah laku dan mereka perlu telus ketika mengisi maklumat murid-murid.

Tujuan penambah baikkan SSDM ini adalah untuk memastikan murid yang melakukan kesalahan bukan hanya mendapat hukuman sahaja malah boleh mendapat bantuan daripada guru bimbingan dan kaunseling. Selain itu, ia juga memudahkan guru untuk membuat rujukan untuk kegunaan akan datang. SSDM telah ditambah baik dengan memberi akses kepada guru, guru disiplin dan guru besar untuk tujuan laporan dan tindakan hukuman. Selain itu amalan sahsiah baik juga boleh direkodkan menerusi sistem ini.

LOG IN SSDM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID KPM UNTUK GURU SEKOLAH

Berikut dikongsikan cara untuk log in ke sistem SSDM. Turut dikongsikan beberapa info penting berkaitan SSDM sebagai panduan semua:

GC Icon
Login SSDM Sistem Sahsiah Diri Murid
CARA LOG IN SISTEM SSDM

Log In Sistem SSDM

Berikut merupakan cara-cara untuk log in sistem SSDM:
No 1Klik pada pautan seperti di atas
No 2Masukkan nombor kad pengenalan anda seperti yang telah didaftarkan dan tekan butang masuk
No 3Pilih menu dan kemas kini boleh dilakukan
SENARAI GURU YANG BOLEH LOG IN SSDM
No 1Guru Biasa
No 2Ketua Guru Disiplin
No 3Guru Bimbingan dan Kaunseling
No 4Penolong Kanan HEM
No 5Guru Besar atau Pengetua
CARA MEREKOD KES SALAH LAKU
No 1Kes salah laku pelajar akan dikemas kini oleh guru kr sistem SSDM KPM
No 2Siasatan dijalankan oleh guru penolong kanan HEM dan guru disiplin, jika benar terdapat kesalahan dilakukan hukuman akan dicadangkan
No 3Guru besar atau pengetua berhak untuk menukar hukuman dan mengesahkan hukuman pelajar
No 4Ketua guru disiplin atau guru penolong kanan HEM hanya boleh melaksanakan hukuman setelah mendapat pengesahan dari guru besar atau pengetua
No 5Ibu bapa pelajar akan dimaklumkan oleh pembantu pejabat
No 6Pelajar yang terlibat perlu menjalani sesi kaunseling bersama guru kaunseling
CARA MEREKOD AMALAN BAIK/SAHSIAH PELAJAR
No 1Guru mengemas kini ke dalam sistem SSDM
No 2Status sahsiah pelajar akan diproses oleh sistem SSDM dan markah diperoleh oleh pelajar
MANUAL PENGGUNA MENGIKUT KATEGORI
Berikut merupakan manual pengguna mengikut kategori pengguna:
BAHAN PANDUAN PENERANGAN
Manual Pengguna – Sekolah Cara penggunaan SSDM online kategori peringkat sekolah
Manual Pengguna – PPD Cara penggunaan SSDM online kategori PPD
Manual Pengguna – JPN Cara penggunaan SSDM online kategori JPN
Manual Pengguna – BPSH Cara penggunaan SSDM online oleh┬áBahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM
Slide Latihan Pengguna Sekolah Cara penggunaan SSDM online dalam format powerpoint
Close
Close