Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) merupakan penambah baikkan daripada Sistem Salah Laku Disiplin Murid yang sebelum ini diguna pakai. Sistem sebelum ini hanya boleh merekod masalah disiplin murid sahaja. Hasil kajian dan maklum balas guru-guru, SSDM telah diwujudkan dengan mengambil kira amalan baik dilakukan pelajar juga akan direkodkan untuk dimasukkan ke dalam sistem. Dengan wujudnya SSDM kita dapat membentuk sahsiah diri pelajar dengan baik untuk melahirkan rakat yang tinggi budi pekerti di masa akan datang.
Kerja-kerja merekod SSDM dilakukan secara online sahaja. Ia merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan pihak sekolah merekod maklumat salahlaku disiplin pelajar. Pelaksanaan SSDM melalui online secara tidak langsung dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif di mana dapat membantu melicinkan urusan di semua peringkat dalam menangani masalah disiplin pelajar. Pihak sekolah dikehendaki mengemas kini maklumat pelajar berkaitan dengan salah laku dan mereka perlu telus ketika mengisi maklumat murid-murid.
Tujuan penambah baikkan SSDM ini adalah untuk memastikan murid yang melakukan kesalahan bukan hanya mendapat hukuman sahaja malah boleh mendapat bantuan daripada guru bimbingan dan kaunseling. Selain itu, ia juga memudahkan guru untuk membuat rujukan untuk kegunaan akan datang. SSDM telah ditambah baik dengan memberi akses kepada guru, guru disiplin dan guru besar untuk tujuan laporan dan tindakan hukuman. Selain itu amalan sahsiah baik juga boleh direkodkan menerusi sistem ini.
LOG IN SSDM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID KPM UNTUK GURU SEKOLAH
Berikut dikongsikan cara untuk log in ke sistem SSDM. Turut dikongsikan beberapa info penting berkaitan SSDM sebagai panduan semua:
CARA LOG IN SISTEM SSDM |
| Berikut merupakan cara-cara untuk log in sistem SSDM: |
SENARAI GURU YANG BOLEH LOG IN SSDM |
CARA MEREKOD KES SALAH LAKU |
CARA MEREKOD AMALAN BAIK/SAHSIAH PELAJAR |
MANUAL PENGGUNA MENGIKUT KATEGORI | ||||||||||||
| Berikut merupakan manual pengguna mengikut kategori pengguna: | ||||||||||||
|