Perodua Aruz SUV harga dan spesifikasi terkini

Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) merupakan syarikat pengeluar kenderaan kedua kebanggaan Malaysia. Semenjak penubuhan syarikat ini ia telah menghasilkan beberapa model kenderaan nasional yang digunakan oleh rakyat Malaysia dan ada sebahagian diimport keluar negara. Perodua kini merupakan syarikat pengeluar kenderaan terbesar Malaysia. Baru-baru ini, pesaing mereka Proton telah mengeluarkan sebuah model SUV baharu iaitu Proton X70 yang mempunyai reka bentuk dan ciri-ciri yang menarik.

Bagi tidak ketinggalan dalam saingan ini, Perodua juga akan memperkenal sebuah model keluaran terbaharu yang pasti memikat hati pengguna. Sebuah model SUV yang diberi nama Perodua Aruz akan mula dilancarkan pada 3 Januari 2019. Perodua Aruz boleh memuatkan tujuh tempat duduk didatangkan dengan dua model utama iaitu Aruz 1.5 X dan juga Aruz 1.5 AV yang lebih premium. Kedua-dua model kenderaan ini dipacu dengan enjin EEV Dual VVT-i yang berkapasiti 1.5 liter dengan transmisi automatik empat kelajuan.

Perodua Aruz direka dengan susunan tempat duduk yang fleksibel diyakini mampu menarik minat pembeli. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan enam beg udara dan menepati standard keselamatan kenderaan. Bagi mereka yang berminat untuk memiliki Perodua Aruz, anda boleh membuat tempahan berjumlah RM 500 sahaja. Anda boleh dapatkan di wakil-wakil sah perodua atau pun anda boleh melayari laman sesawang rasmi Perodua untuk maklumat lanjut.

Harga Perodua Aruz SUV Dan Spesifikasi Terkini

Menurut sumber yang dipercayai, harga bagi Perodua Aruz SUV ini adalah amat berpatutan dan mampu milik. Berikut merupakan senarai harga untuk kedua-dua model Perodua Aruz SUV serta spesifikasinya:

Harga Rasmi Perodua Aruz SUV Mengikut Varian

Tempahan boleh dilakukan dengan deposit RM 500 sahaja di wakil-wakil sah perodua bermula 3 Januari 2019

Berikut merupakan harga rasmi atas jalan (OTR) tanpa insurans bagi penjualan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Langkawi:

Perodua Aruz 1.5 X

HARGA
Semenanjung 72,200.00
Sabah & Sarawak 74,500.00
Labuan 71,700.00
Langkawi 70,700.00

Perodua Aruz 1.5 AV

HARGA
Semenanjung 77,200.00
Sabah & Sarawak 79,500.00
Labuan 76,300.00
Langkawi 75,300.00

Pilihan Warna Perodua Aruz SUV

Berikut merupakan 5 variasi warna bagi model SUV Perodua Aruz

  1. Ivory White
  2. Glittering Silver
  3. Electric Blue
  4. Granite Grey
  5. Amazon Green

Spesifikasi Perodua Aruz SUV 1.5 X

  1. Lampu utama LED
  2. Fungsi Follow-me-Home
  3. Rim aloi 17 inci
  4.  Tempat duduk semi-bucket fabrik
  5. Corong pendingin hawa untuk baris belakang
  6. Alat pembaca tol terbina dalam
  7. Slot pengecasan USB
  8. Kamera undur

Spesifikasi Perodua Aruz 1.5 AV

Perodua Aruz AV mempunyai segala ciri-ciri pada varian 1.5X dan penambahan ciri-ciri berikut:

I) Tempat duduk semi-bucket kulit

II) Rel bumbung

III) Alat perakam pemanduan bersepadu (DVR)

Ciri-Ciri Keselamatan

  • Kedua-dua varian SUV Perodua Aruz dilengkapi dengan enam beg udara
  • Untuk Perodua Aruz AV dilengkapi dengan ciri Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0