Permohonan rayuan Matrikulasi 2024-2025 online dan contoh surat rayuan rasmi

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk melanjutkan ke martikulasi digalakkan untuk membuat permohonan dengan kadar segera. Martikulasi adalah program persediaan di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan pelajar untuk kemasukan ke universiti awam untuk program ijazah. Program martikulasi terbahagi kepada dua iaitu program satu tahun dan program dua tahun. Ia bergantung pada bergantung kepada latar belakang pendidikan pemohon ketika SPM.

Setiap tahun pelajar boleh membuat permohonan jika layak dan menepati syarat-syarat yang digariskan. Jika gagal pada permohonan kali yang pertama pemohon boleh membuat rayuan untuk kemasukan. Rayuan boleh dikemukakan sebaik sahaja diumumkan oleh pihak KPM. Rayuan pula boleh dilakukan dengan dua cara iaitu permohonan secara atas talian (online) atau menulis surat rasmi berserta dokumen sokongan kepada Bahagian Martikulasi. Namun perlu diingatkan kemasukan adalah bergantung kepada kekosongan yang ada.

Kolej-kolej martikulasi ini telah diperbanyakkan dari tahun ke tahun. Sistem pengajian dan pembelajaran serta silibus yang ada telah dinaik taraf bagi memastikan pelajar lepasan martikulasi mengikut piawaian yang ditetapkan. Permintaan kemasukan ke martikulasi juga semakin bertambah kerana suasana pembelajaran di kolej-kolej martikulasi amat menyeronokkan dan memudahkan pelajar untuk mengulang kaji pelajaran.

Permohonan Rayuan Matrikulasi Online Dan Surat Rasmi

Maklumat permohonan rayuan matrikulasi akan dikemaskini. Bagi memudahkan pemohon membuat rayuan, kami kongsikan cara-cara membuat permohonan secara online dan juga contoh surat rasmi untuk membuat rayuan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Cara Buat Rayuan Ke Matrikulasi Online

Cara membuat rayuan adalah dengan melayari laman sesawang rasmi KPM seperti pautan berikut dari tarikh 26 Jun hingga 7 Julai 2023 untuk sesi ambilan 2023. Ambilan sesi 2024 akan dikemaskini:

Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi

Permohonan rayuan hanya dibuka secara online sahaja.

Contoh Rayuan Melalui Surat Rasmi

Menurut soalan lazim FAQ, Rayuan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui pautan https://matrikulasi.moe.gov.my selepas keputusan calon jaya diumumkan secara rasmi.

Oleh itu, rayuan secara manual adalah tidak terpakai

Melalui pengambilan tahun sebelumnya, pemohon boleh membuat rayuan dengan menulis surat rasmi dan hantar ke bahagian martikulasi. Pemohon juga perlu menyediakan salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. Contoh surat rasmi sila lihat seperti di bawah. Contoh surat rasmi adalah untuk rujukan sahaja:

Contoh Surat Permohonan Rayuan Matrikulasi

Nama Pemohon
Alamat Surat Menyurat
——————————————————————-
BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya                                                                                                                                               20 APRIL 2019

Tuan,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2019/2020

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan saya (nama pemohon), (No. KP) ingin membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2019/2020 untuk jurusan Sains.

2. Saya merupakan lepasan SPM dan telah memperolehi (keputusan spm), dengan mendapat keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Kimia dan Fizik. Selain itu, saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.

3. Kecemerlangan saya bukan sahaja pada akademik malah saya juga aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Antara aktiviti yang saya pernah sertai adalah…………. Saya juga pernah menyertai ………….. (Disertakan peringkat). Pada tahun 2018, saya mencapai kejayaan dalam …………. (Disertakan peringkat).

4. Pada tahun 2018, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam ………….. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam ……………… . Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam ………….. .

5. Bersama-sama surat rayuan ini, saya kepilkan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan sebagai rujukan Tuan.

6. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan rayuan saya ini. Saya berharap dapat saya melanjutkan pengajian saya di mana-mana kolej martikulasi pihak tuan. Segala jasa baik pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima kasih

Yang benar,

……………………………
(NAMA PEMOHON)

Surat rayuan dan dokumen sokongan boleh dihantar ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
No Telefon: 03-8884 4083
No Faks: 03-8884 4028
E-mel: info.matrikulasi@moe.gov.my