Menu Bola

Jumlah penduduk di Malaysia tahun 2019 perbandingan kaum,umur dan jantina

04:14 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 24 January 2019 jam 08:23 PM oleh GC.editor

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di asia tenggara. Secara umumnya Malaysia terdiri daripada tanah semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Dari sudut pentadbiran politik Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan sejak dari zaman kemerdekaannya pada tahun 1957. Antara salah satu sebab yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik adalah rakyatnya yang terdiri daripada berbilang bangsa dapat hidup secara aman dan damai. Sikap toleransi yang diamalkan sejak dari zaman kemerdekaan lagi masih menjadi kunci utama keharmonian antara kaum ini.

Malaysia merupakan salah satu negara tarikan pelancong jika berkunjung ke asia tenggara kerana kestabilan politiknya yang diyakini saban tahun memberi keyakinan kepada pelancong untuk berkunjung ke sini. Kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah garisan khatulistiwa membuatkan Malaysia unik dengan keadaan cuacanya. Selain daripada itu, Malaysia juga menyimpan pelbagai khazanah berharga alam seperti hutan simpannya yang dihuni oleh jutaan spesis flora dan fauna yang jarang dijumpai di negara lain.

Sebelum tertubuhnya Malaysia, pada mulanya tanah semenanjung dinamakan tanah melayu dan pernah dijajah beberapa kuasa asing seperti Portugis, Belanda, Jepun dan British. Ketika zaman penjajahan British mereka telah membawa masuk orang cina dari tanah besar China dan orang India dari tanah India. Ia bertujuan untuk memajukan industri yang dikuasai oleh penjajah British. Bermula dari detik itu bermulalah kehidupan rakyat tanah melayu hidup bersama dengan bangsa lain.

JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA TERKINI

Setiap tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengeluarkan statistik jumlah penduduk Malaysia. Untuk tahun 2018 penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 32.4 juta penduduk. Kadar pertumbuhan penduduk pula dianggarkan bertambah sebanyak 1.1%. Berikut dikongsikan perincian tentang jumlah penduduk di Malaysia mengikut beberapa faktor untuk tahun 2019:

GC Icon
jumlah penduduk malaysia

JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA 2019

Dalam Proses

JUMLAH PENDUDUK MALAYSIA 2018

 32,400,000
PERBANDINGAN WARGANEGARA DAN BUKAN WARGANEGARA
Warganegara
20192018
Dalam Proses29.06 juta
Bukan Warganegara
20192018
Dalam Proses3.32 juta
PERBANDINGAN JUMLAH JANTINA
Lelaki
20192018
Dalam Proses16.72 juta
Perempuan
20192018
Dalam Proses15.66 juta
PERBANDINGAN MENGIKUT KUMPULAN UMUR
Bawah 14 Tahun
20192018
Dalam Proses7.71 juta
15 Tahun-64 Tahun
20192018
Dalam Proses7.71 juta
65 Tahun Ke Atas
20192018
Dalam Proses2.10 juta
PERBANDINGAN MENGIKUT KUMPULAN ETNIK
Penduduk Bumiputra
20192018
Dalam Proses20.07 juta
Penduduk Bangsa Cina
20192018
Dalam Proses6.69 juta
Penduduk Bangsa India
20192018
Dalam Proses2.01 juta
Lain-Lain Penduduk
20192018
Dalam Proses0.29 juta
statistik jumlah penduduk Malaysia
RUJUKAN
Sebarang rujukan sila layari pautan berikut:
Klik LinkJabatan Perangkaan Malaysia
Klik LinkLaman Facebook Rasmi Department of Statistics, Malaysia