Takwim Cuti Perayaan 2022 KPM

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Ini bermaksud Malaysia akan meraikan pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak seperti Hari Gawai dan Pesta Kaamatan. Hari Perayaan di Malaysia adalah cuti umum bagi kawasan yang terlibat.

Sesi persekolahan juga akan mendapat cuti bagi hari perayaan seperti yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Makluman Cuti Perayaan telah dikeluarkan oleh KPM melalui Laman Utama/ Takwim di Portal Rasmi KPM yang menjelaskan lebih lanjut mengenai Takwim Penggal Persekolaham serta Cuti Persekolahan tahun 2022.

Di dalam takwim berkenaan, sekolah-sekolah telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kumpulan A yang merupakan sekolah yang terletak di negeri-negeri yang bercuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu (Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor) dan Kumpulan B iaitu sekolah yang terletak di negeri-negeri yang bercuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad (Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Sarawak dan Sabah).

Takwim Cuti Perayaan KPM 2023 (Cuti Sekolah Sempena Perayaan Utama)

Berikut dikongsikan jadual cuti perayaan yang telah dikeluarkan oleh KPM bagi tahun 2023. Paparan jadual termasuklah bagi sekolah-sekolah di Kumpulan A dan Kumpulan B.

Cuti Perayaan 2023

CUTI PERAYAANKUMPULAN AKUMPULAN B
HARI RAYA AIDIL FITRI
22 April 2023 (Sabtu) dan
23 April 2023 (Ahad)
24 April 2023 (Khamis)20 April 2023 (Khamis)Satu hari cuti tambahan KPM untuk Kump. A dan Dua hari cuti tambahan KPM untuk Kump. B
 21 April 2023 (Jumaat)
HARI RAYA AIDILADHA
29 Jun 2023 (Khamis)
28 Jun 2023 (Rabu)28 Jun 2023 (Rabu)Satu hari cuti tambahan KPM untuk Kump. A dan Dua hari cuti tambahan KPM untuk Kump. B
30 Jun 2023 (Jumaat)
HARI DEEPAVALI
12 November 2023 (Ahad)
13 November 2023 (Isnin)13 November 2023 (Isnin) * (Negeri Sarawak Sahaja)Satu hari cuti tambahan KPM untuk Kump. A dan Kump. B
14 November 2023 (Selasa)
TAHUN BARU CINA
10 Februari 2024 (Sabtu) dan 11 Februari 2024 (Ahad)
9 Februari 2024 (Jumaat)Satu hari cuti tambahan KPM bagi kump. B
 –
CATATAN
HARI RAYA AIDIL FITRI22 & 23 April 2023
HARI KAAMATAN30 & 31 Mei 2023
HARI GAWAI DAYAK1 & 2 Jun 2023
HARI RAYA AIDIL ADHA29 & 30 Jun 2023
PERAYAAN HARI KRISMAS25 Disember 2023
TAHUN BARU CINA10 & 11 Februari 2024

Makluman Senarai Cuti Perayaan

Portal Rasmi KPM : Laman Utama/Takwim

Sila klik pada pautan di atas untuk melihat Rumusan Cuti Perayaan 2021 Terkini yang memaparkan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM

Cuti Perayaan 2022

CUTI PERAYAANKUMPULAN AKUMPULAN B
TAHUN BARU CINA
1 Februari 2022 (Selasa) dan 2 Februari 2022 (Rabu)
30 Januari 2022 (Ahad)31 Januari 2022 (Isnin)Dua hari cuti tambahan KPM
31 Januari 2022 (Isnin) 3 Februari 2022 (Khamis)
HARI RAYA AIDIL FITRI
3 Mei 2022 (Selasa) dan
4 Mei 2022 (Rabu)
2 Mei 2022 (Isnin)5 Mei 2022 (Khamis)Dua hari cuti tambahan KPM
5 Mei 2022 (Khamis) 6 Mei 2022 (Jumaat)
HARI GAWAI DAYAK
1 Jun 2022 (Rabu) dan
2 Jun 2022 (Khamis)
3 Jun 2022 (Jumaat)Sarawak sahaja
HARI DEEPAVALI
24 Oktober 2022 (Isnin)
23 Oktober 2022 (Ahad)25 Oktober 2022 (Selasa)Semua Negeri Kumpulan B
kecuali (Sarawak-24 Oktober 2021 (Isnin))
25 Oktober 2022 (Selasa)26 Oktober 2022 (Rabu)
TAHUN BARU CINA
22 Januari 2023 (Ahad) dan 23 Januari 2023 (Rabu)
24 Januari 2023 (Selasa)20 Januari 2023 (Jumaat)Satu hari cuti tambahan KPM
 –
CATATAN
HARI RAYA AIDIL FITRI 3 & 4 Mei 2022
HARI KAAMATAN 30 & 31 Mei 2022
HARI GAWAI DAYAK 1 & 2 Jun 2022
HARI RAYA AIDIL ADHA 10 & 11 Julai 2022
PERAYAAN HARI KRISMAS25 Disember 2022

Makluman Senarai Cuti Perayaan

Portal Rasmi KPM : Laman Utama/Takwim

Sila klik pada pautan di atas untuk melihat Rumusan Cuti Perayaan 2021 Terkini yang memaparkan cuti perayaan yang diperuntukkan oleh KPM

Senarai Cuti Perayaan KPM

Berikut adalah senarai cuti perayaan yang diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia:

  1. Hari Raya Aidilfitri
  2. Tahun Baru Cina
  3. Hari Gawai Dayak
  4. Hari Keamatan
  5. Hari Raya Aidiladha
  6. Hari Krismas
  7. Deepavali

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Cuti Perayaan KPM, sila layari laman sesawang rasmi KPM ataupun pada butiran berikut:

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

Tel: 03-8884 9302 Faksimile: 03-8888 6680 Portal MOE: www.moe.gov.my E-mel: kpkkpm@moe.gov.my