Menu Bola

Pendaftaran MySalam Skim Perlindungan Nasional B40 Online Tahun 2019

23:01 GC.editor

Maklumat terkini telah dikemaskini pada 20 March 2019 jam 04:55 PM oleh GC.editor

Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 November 2018 lalu telah meluluskan beberapa program bantuan yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan B40. Pembentangan belanjawan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah meluluskan Skim Perlindungan Nasional B40 yang akan mula dilaksanakan bermula 1 Januari 2019.

Skim Perlindungan Nasional B40 yang merupakan perlindungan insurans dan takaful kesihatan secara percuma mensasarkan dapat membantu golongan berpendapatan rendah yang berkelayakan. Kerajaan menjangkakan skim ini akan memberi manfaat kepada 4.1 juta isi rumah B40 yang berumur dari 18 hingga 55 tahun.

Dana permulaan sebanyak RM2 billion akan dibelanjakan oleh syarikat insurans, Great Eastern Holdings melalui kerjasama dengan syariakat insurans itu untuk membantu golongan B40 bagi menghadapi kos mendapatkan rawatan di hospital dan penyakit kritikal yang boleh menjejaskan aliran pendapatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum, kos perubatan semakin meningkat. Oleh itu kerajaan berharap skim ini dapat meringankan beban rakyat. Melalui skim ini juga, mereka layak untuk mendapatkan perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal dan akan mendapat bayaran sehingga RM 8,000.

Peserta skim juga layak untuk mendapat bayaran pendapatan gantian pada kadar RM 50 sehari atau bersamaan dengan RM 700 setahun untuk tempoh 14 hari maksimum ketika mendapat rawatan. Skim ini merupakan yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia sejajar dengan manifesto Pakatan Harapan untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan, mengurangkan kos sara hidup dan usaha mensejahterakan rakyat.

PENDAFTARAN/ PERMOHONAN SKIM MySalam PERLINDUNGAN NASIONAL B40 SECARA ONLINE

Perlindungan di bawah skim Perlindungan Nasional B40 akan bermula pada 1 Januari 2019 namun pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan hanya beroperasi mulai 1 Mac 2019. Berikut dikongsikan panduan cara untuk membuat pendaftaran skim perlindungan nasional B40. Turut disertakan juga senarai penyakit kritikal yang dilindungi di bawah skim ini:

GC Icon
Cara Daftar Skim Perlindungan Nasional B40
TARIKH RASMI PENDAFTARAN MySALAM 2019
MULATAMAT
1 Mac 201931 Disember 2023
NotaMySalam skim perlindungan kesihatan akan tamat bergantung kepada keboleh mampuan polisi yang dimulakan dengan permulaan dana RM 2 billion yang dijangkakan mampu bertahan sekurang-kurangnya 5 tahun
CARA DAFTAR SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40 MySalam

DAFTAR SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40

Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan dan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) sahaja layak mendapat inisiatif ini dan akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS)
JENIS-JENIS BANTUAN MySALAM SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN
Kumpulan sasaran skim ini adalah untuk golongan B40 berumur 18 hingga 55 tahun
No 1Bayaran maksimum RM 8,000 dalam tempoh yang ditetapkan dan akan diumumkan kemudian
No 2Bayaran harian sebanyak RM 50 sehari untuk 14 hari maksimum atau bersamaan dengan RM 700 setahun
NotaTuntutan boleh dilakukan secara atas talian di laman sesawang rasmi MySalam
SENARAI PENYAKIT YANG DILINDUNGI SKIM PERLINDUNGAN NASIONAL B40
Berikut adalah senarai 36 penyakit seperti yang disenaraikan oleh Kementerian Kewangan:
Penyakit Alzheimer/Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak Boleh PulihAngioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain Untuk Penyakit Arteri Koronari Utama
Meningitis BakteriaTumor Otak Benigna
Buta/Hilang Penglihatan SepenuhnyaPembedahan Otak
KanserKardiomiopati Teruk
Anemia Aplasia KronikKoma
Pembedahan Pintasan bagi Penyakit Arteri KoronariKepekakan/Hilang Pendengaran Menyeluruh dan Tidak Boleh Pulih
Ensefalitis/encephalitisKegagalan Hati Tahap Akhir
Penyakit Paru-ParuAIDS Peringkat Teruk
Hepatitis Virus FulminanSerangan Jantung
Pembedahan Injap JantungHIV Akibat Transfusi Darah
Kegagalan Buah Pinggang – Dialisis atau pemindahan buah pinggangKehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
Hilang PertuturanTrauma Kepala Utama
Pemindahan Organ Utama/ SumPenyakit Neuron Motor
Sklerosis BerbilangDistrofi Otot
Kelumpuhan / ParaplegiaPenyakit Parkinson
Hipertensi Arteri Pulmonari PrimerPenyakit Arteri Koronari Lain Yang Serius
StrokPembedahan Aorta
Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis (SLE)Pelecuran Tahap Ketiga
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai MySalam skim perlindungan nasional:
Kementerian Kewangan Malaysia
No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 WP PUTRAJAYA
TickHubungi: 03-8000 8000
TickTalian Khidmat Pelanggan : 1-300-88-8938 (24 Jam)
TickFaks: 03-88823893 / 03-88823894
TickE-mel Rasmi: pro@treasury.gov.my
Klik LinkFAQ MySalam (Soalan Lazim)
Klik LinkLaman Sesawang Rasmi MySalam