Semakan tahun 1 keputusan penempatan murid ambilan 2024/2025 & rayuan

Perhatian kepada ibu bapa yang sudah membuat permohonan untuk kemasukan anak mereka untuk ke darjah 1 sekolah rendah kerajaan, anda boleh membuat semakan permohonan anda di laman idme KPM. Ibu bapa atau penjaga boleh membuat semakan pada tarikh yang akan dihebahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Untuk kemasukan pelajar tahun 1 ambilan 2024, pelajar mestilah lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018. Sebagai rekod, pada tahun lalu terdapat dua tarikh berbeza mengikut negeri untuk ibu bapa penjaga membuat semakan. Ibu bapa penjaga yang tidak berpuas hati dan ingin menukar penempatan anak mereka boleh mengemukekan permohonan rayuan rasmi secara online sejurus mendapat keputusan permohonan

KPM telah mewujudkan sistem atas talian untuk membuat permohonan dan semakan anak-anak tahun 1 kerana sedar akan kekangan masa ibu bapa penjaga. Secara tidak langsung ia memudahkan ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka ke sekolah bila-bila masa dan di mana sahaja. Untuk pengetahuan ibu bapa, tarikh semakan permohonan akan dimaklumkan oleh KPM kelak.

Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 Ambilan 2024/2025

Berikut merupakan info tentang tarikh keputusan permohonan pelajar tahun 1 ambilan 2024/2025. Tarikh tepat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Dikongsikan juga lain-lain info yang berguna untuk semua. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibubapa dan penjaga:

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Lain-Lain Negeri

1 Oktober 2023

Ibu bapa/ Penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan mulai 1 hingga 31 Oktober 2023 secara dalam talian

Permohonan rayuan penempatan Murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah di Malaysia sesi kemasukan 2024 boleh dilakukan bermula dari tarikh 1 hingga 30 Oktober 2023

Tarikh keputusan rayuan bagi negeri-negeri lain sesi kemasukan 2024 akan diumumkan pada tarikh yang akan dikemaskini

Nota

Perakuan Penempatan

  1. Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
  2. Surat Penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secara fizikal ke sekolah
  3. Namun Salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan
  4. Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut

Rayuan Penempatan

  1. Application rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
  2. Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga dilaksanakan
  3. Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
  4. Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa registration ke sekolah bila diperlukan

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan Putrajaya

TARIKH BUKA : –

TARIKH TUTUP : –

Permohonan rayuan penempatan bagi sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat secara atas talian bermula dari tarikh yang akan dikemaskini. Sebarang maklumat, sila hubungi JPWP Putrajaya di talian 03-8889 0000

Semakan Secara Online

Ibubapa perlu daftar masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan sama seperti ketika membuat permohonan. Berikut adalah pautan untuk membuat semakan:

Semakan Tahun 1

Maklumat Lanjut

Sebarang persoalan boleh didapati melalui laman Modul Pengurusan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia (idme KPM).

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (untuk pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja), sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT. E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Related : layari laman web https idme.moe.gov.my, penting semakan keputusan rayuan perakuan online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu bapa penjaga dilaksanakan, application rayuan perakuan online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu bapa penjaga dilaksanakan, status permohonan rayuan perakuan online perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu bapa penjaga dilaksanakan, kad pengenalan penempatan dan perlu dibuat kerana butang rayuan hanya akan aktif selepas proses perakuan ibu bapa penjaga dilaksanakan, log masuk tahun 1 semak,