Tarikh keputusan UPSR 2019 keluar pada November 2019

Semua murid-murid yang telah menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2019 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR 2019 masing-masing dijangka pada satu tarikh dalam bulan November 2019.

Setiap tahun, keputusan UPSR akan diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bulan November, cuma tarikh keputusan dikeluarkan adalah berbeza. Apapun, yang pasti keputusan UPSR akan diumumkan keluar pada bulan November.

Untuk tahun 2019, semua murid Tahun 6 boleh mengambil Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) mereka di sekolah masing-masing.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna. Pelaporan PPSR merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) buat murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara Online Dan SMS Pada Tarikh Rasmi

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan dua mekanisme atau kaedah bagi tujuan semakan keputusan UPSR iaitu secara dalam talian (online) dan SMS. Bagaimanapun ia hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja.

Pernyataan penuh keputusan peperiksaan UPSR 2019 boleh diperoleh melalui sekolah masing-masing.

Berikut adalah maklumat dan kaedah untuk membuat semakan serta mendapatkan keputusan UPSR 2019.

Tarikh Keputusan UPSR 2019 Diumumkan

TARIKH : 21 November 2019

WAKTU : 10 pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan keputusan UPSR 2019 secara dalam talian (online) adalah melalui sistem aplikasi semakan keputusan peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia, sila klik pada judul pautan di bawah.

Semakan keputusan Peperiksaan UPSR 2019 – Online

Sistem aplikasi bagi semakan keputusan UPSR 2019 hanya akan dibuka bermula pada tarikh keputusan rasmi diumumkan nanti.

Calon-calon hanya perlu memasukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda () dan Nombor Angka Giliran tanpa selang dalam ruangan yang diminta.

Sepertimana yang telah diberitahu, semakan secara online atau SMS hanya memaparkan ringkasan keputusan sahaja. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN.

Cara Semakan Keputusan UPSR 2019 Secara SMS

Semakan keputusan UPSR 2019 melalui perkhidmatan mySMS 15888 adalah dengan menggunakan format penghantaran teks mesej seperti berikut.

Taip: UPSR (jarak) ANGKA GILIRAN seterusnya SMS ke 15888

Contoh: UPSR AZ1211221 sms ke 15888

Perkhidmatan SMS diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan

Pernyataan Penuh Keputusan UPSR 2019

Info

Melalui sekolah masing-masing pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan PPSR sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri

Kenyataan Media KPM – Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah 2019