Semakan Status Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma Online

Pada 2 November 2018 yang lalu, kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2019 telah meluluskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 yang akan bermula pada 1 Januari 2019. Kementerian yang bertanggungjawab ke atas program tersebut adalah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mensasarkan bantuan khusus untuk golongan B40 iaitu keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan telah disahkan dalam sistem eKasih. Melalui program ini juga kerajaan akan memperuntukan RM80 juta serta memanfaatkan 185,000 akaun pengguna yang benar-benar memerlukan bantuan.

Program ini adalah penambahbaikkan daripada program yang terdahulu di mana rebat bil elektrik adalah pada kadar RM20 sahaja. Namun pendekatannya lebih kurang sama di mana untuk setiap akaun yang berjumlah bawah daripada RM40 mereka tidak perlu membayar bil tersebut. Jika bil elektrik mereka melebihi daripada RM40, mereka hanya perlu membayar jumlah lebihan setelah ditolak RM40 sahaja. Kementerian berharap usaha ini dapat mensejahterakan kehidupan rakyat terutama golongan miskin tegar dan miskin di Malaysia.

Untuk pengetahuan, pendaftaran program ini boleh dibuat melalui sistem eKasih atau Ketua Isi Rumah (KIR) boleh membuat pendaftaran di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing. Menurut MESTECC, pengguna yang berdaftar di sistem eKasih dan layak tetapi tidak berdaftar dengan TNB/SESB/SEB boleh membuat permohonan bagi mengisytiharkan akaun pihak ketiga dengan mengisi borang berserta kad pengenalan dan dokumen sokongan dan di hantar ke mana-mana kedai TNB, Pejabat SESB dan Pejabat SEB terdekat.

Semakan Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma Secara Online

Berikut dikongsikan cara semakan status kelayakan menerima bantuan dan kelayakan untuk memohon program rebat bil elektrik RM40. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh hubungi pihak yang berwajib seperti di bawah:

Cara Membuat Semakan Kelayakan Program Rebat Bil Elektrik RM 40 2024 Online

Sila layari pautan di bawah untuk membuat semakan status layak untuk menerima bantuan program ini

SEMAKAN PROGRAM REBAT BIL ELEKTRIK RM40 PERCUMA

  1. Sila isikan no kad pengenalan pemohon tanpa simbol (-)
  2. Tekan butang cari dan keputusan akan dipaparkan

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon:

  1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember 2024
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga maksimum RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih
  5. Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja
  6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar)
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik
  8. Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2024, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023 sahaja)
  9. Rebat RM40 tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR layak terkeluar dari senarai layak menerima rebat dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya (sekiranya KIR masuk semula di dalam senarai layak menerima rebat).
  10. Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun; dan
  11. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.

Info Lanjut

Sebarang pertanyaan tentang Program Rebat Bil Elektrik RM 40 sila hubungi nombor berikut: