Dividen ASB 2023: Tarikh Agihan Pendapatan, Kadar Bonus & Semakan

Amanah Saham Nasional Bhd ASNB akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta Amanah Saham Nasional (ASN) bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Unit yang dilaburkan semula daripada dividen dan bonus tersebut akan dikredit ke dalam akaun pemegang unit pada awal tahun berikutnya.

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan satu bentuk pelaburan terbaik bagi kaum bumiputera yang mahu mencari sebuah instrument simpanan yang lebih efisyen dan pelaburan jangka panjang dengan risiko paling rendah.

Kadar Jumlah Pengagihan Pendapatan (Dividen) Dan Bonus ASB & ASN Tahun 2023

Jumlah kadar pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta kadar pendapatan ASN bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir Disember 2023.

GCarian akan mengemaskini maklumat terkini yang berkaitan dalam ruangan di bawah.

Tarikh Pengumuman Dividen Dan Bonus ASB Tahun 2023

Tarikh :  21 Disember 2023

Waktu : 10.00 pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) seperti pengumuman dari Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Kadar Dividen Dan Bonus ASB (SEN | SEUNIT) Tahun 2023

TahunDividenBonusJumlah
20234.251.005.25

 Dividen ASBDividen ASB

Cara Pengiraan Pengagihan Pendapatan ASB

Dibawah adalah cara pengiraan pengagihan pendapatan Amanah Saham Berhad berdasarkan empat (4) senario yang berbeza bagi pengagihan pendapatan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023:

Senario 1 : Pelaburan Melalui Auto Labur

  • Pelabur membuat potongan bulanan Auto Labur di myASNB sebanyak RM100
  • Tiada pengeluaran unit dibuat sepanjang tahun 2023
  • Jumlah baki minimum bulanan : 606,600.00 unit

Pengagihan pendapatan :

[660,600 unit/12 bulan X 4.25 sen per unit] = RM2,148.38

Bonus :

[660,600 unit/12 bulan X 1.00 sen per unit] = RM505.50

Jumlah keseluruhan agihan : RM2,653.88

Senario 2 – Pelaburan Menerusi Pembiayaan ASB

  • Pelabur mempunyai pembiayaan ASB sebanyak 30,000 unit
  • Tiada pelaburan tambahan yang dibuat semasa tahun kewangan
  • Jumlah baki minimum bulanan : 360,000.00 unit

Pengagihan pendapatan :

[360,600 unit/12 bulan X 4.25 sen per unit] = RM1,275.00

Bonus :

[360,600 unit/12 bulan X 1.00 sen per unit] = RM300.00

Jumlah keseluruhan agihan : RM1,575.00

Senario 3 – Pelaburan Dengan Pengeluaran Setiap Bulan

  • Pelabur membuat jualan balik secara dalam talian sebanyak RM300 setiap bulan
  • Tiada pelaburan tambahan yang dibuat pada tahun semasa kewangan
  • Jumlah baki minimum bulanan : 244,200.00 unit

Pengagihan pendapatan :

[244,200 unit/12 bulan X 3.35 sen per unit] = RM864.88

Bonus :

[244,200 unit/12 bulan X 1.25 sen per unit] = RM203.50

Jumlah keseluruhan agihan : RM1,068.38

Senario 4 – Tiada Baki Dalam Akaun ASB

  • Pelabur telah mengosongkan akaun ASB dengan membuat jualan balik kesemua unit pada bulan Mei
  • Baki pelaburan ASB ialah 0 pada akhir tahun kewangan
  • Jumlah baki minimum bulanan : 50,000.00 unit

Pengagihan Pendapatan :

[50,000 unit/12 bulan X 4.25 sen per unit] = RM177.09

Bonus  & Bonus tambahan hanya untukakaun ASB yang berbaki minimum 1 unit sebelum tarikh pengumuman kadar. Maka jumlah keseluruhan agihan bagi senario ini adalah : RM 177.09

Rekod Kadar Dividen Dan Bonus ASB (SEN | SEUNIT) Tahun 2023 – 1990

TahunDividenBonus
20234.251.00
20224.600.50 (untuk 30,000 unit pertama)
20214.250.75
20203.500.75
+0.75 (Ehsan untuk 30,000 unit pertama)
20195.000.50
20186.500.50
20177.000.25
+1.00 (Bonus Khas Ulangtahun)
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.701.00
20107.501.25
20097.301.20
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50
+2.0 (2sen bonus istimewa)
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00
+2.0 (2sen bonus istimewa)
199510.03.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00

Juga dikongsikan kadar pengagihan pendapatan Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 November 2021 seperti berikut:

Kadar Pengagihan Pendapatan ASN (SEN | SEUNIT) Tahun 2021

TahunPendapatanJumlah
20212.742.74
20202.022.02
20192.752.75

pengagihan pendapatan asn imbang

Info Berkaitan

Related : permodalan nasional berhad, portal myasnb, pengumuman dividen asb, pengagihan pendapatan dan bonus asb, pengiraan pengagihan pendapatan, hujung tahun, aplikasi mudah alih myasnb, tabung unit amanah asnb, perbankan internet,