Dividen KWSP EPF 2023-2024 kadar peratus agihan pendapatan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan agihan pendapatan (dividen) berkadaran peratus untuk dua skim simpanan iaitu Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi setiap tahun kewangan berakhir 31 Disember.

Skim Simpanan Syariah mula diperkenalkan pada 8 Ogos 2016. Simpanan Syariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagiannya daripada aset syariah manakala pendapatan Simpanan Konvensional terbahagi kepada dua, iaitu aset syariah dan bukan syariah.

Sememangnya akan wujud perbezaan pulangan Simpanan Syariah berbanding Simpanan Konvensional dalam jangka pendek, namun prestasi kedua-dua skim ini dijangka akan hampir sama dalam jangka panjang sama kerana mempunyai objektif serta strategi pelaburan sama.

Kadar Jumlah Pengagihan Peratus Dividen KWSP Tahun 2023

Jumlah kadar pengagihan pendapatan (Dividen) Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya pada minggu ke-3 Februari 2024. GCarian akan mengemaskini maklumat terkini yang berkaitan dalam ruangan di bawah.

Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2023

Tarikh : 3 Mac 2024

Waktu : 10 pagi

Tarikh yang tepat (rasmi) selepas pengumuman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kadar Peratus Dividen Simpanan KWSP Tahun 2023

TahunKonvensionalShariah
20235.50%5.40%

Rekod Kadar Peratus Dividen KWSP Tahun 2022 – 1952

TahunKonvensionalShariah
20225.35%4.75%
20216.10%5.65%
20205.20%4.90%
20195.45%5.0%
20186.15%5.90%
20176.90%6.4%
20165.70%
20156.40%
20146.75%
20136.35%
20126.15%
20116.00%
20105.80%
20095.65%
20084.50%
20075.80%
20065.15%
20055.00%
20044.75%
20034.50%
20024.25%
20015.00%
20006.00%
19996.84%
19986.70%
19976.70%
19967.70%
19957.50%
1994 – 19888.00%
1987 – 19838.50%
1982 – 19808.00%
19797.25%
1978 – 19767.00%
1975 – 19746.60%
1973 – 19725.85%
19715.80%
1970 – 19685.75%
1967 – 19655.50%
19645.25%
19635.00%
1962 – 19604.00%
1959 – 19522.50%

Soalan Lazim

Berikut adalah soalan dan jawapan atas FAQ pembayaran dividen KWSP buat rujukan ahli/ pencarum :-

  • Jumlah Kadar Dividen
    • Kadar Dividen 2023 untuk Simpanan Konvensional (SK) adalah 5.50% dan Simpanan Shariah (SS) adalah 5.45%.
  • Jumlah Pembayaran Dividen 2023
    • Jumlah pembayaran dividen untuk 2023 adalah RM50.33 bilion, di mana RM7.48 bilion adalah untuk SS. Jumlah pembayaran yang diperlukan untuk 1% kadar dividen adalah RM7.65 bilion untuk SK dan RM828 juta untuk SS.
  • Bagaimana KWSP membayar dividen kepada ahli
    • KWSP mengisytiharkan pembayaran dividen tahunannya berdasarkan jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.
  • Perbezaan Antara Dividen SK dan SS
    • Kedua-dua kadar dividen yang diisytiharkan mencerminkan prestasi sebenar pelaburan bagi kedua-dua simpanan tersebut.  Walaupun SS dan SK menerima pendapatan Syariah mengikut bahagian masing-masing, SK turut menikmati pendapatan daripada pelaburan dalam aset bukan Syariah.
  • Peratusan Daripada Dividen SK Yang Perlu Disucikan
    • Dividen SK yang diperolehi daripada pelaburan tidak patuh syariah tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan ahli yang beragama Islam serta perlu dibersihkan berdasarkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23-25 Jun 2009 yang telah memutuskan:Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
      • 1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya; atau
      • 2. Diserah kepada golongan fakir miskin.
    • Kadar penyucian dividen SK bagi tahun 2021 adalah 69% daripada jumlah dividen yang dikreditkan ke akaun ahli.
  • Cara Semak Pengkreditan Dividen KWSP
    • Pengkreditan Dividen 2023 akan dilakukan pada Ahad, 3 Mac 2023 dan ahli boleh menyemak penyata KWSP masing-masing melalui i-Akaun, Kios KWSP atau di mana-mana kaunter KWSP seluruh negara. Aplikasi mudah alih ‘EPF i-Akaun’ juga boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apple App Store.
  • Rujuk Soalan Lazim berkenaan Dividen KWSP 2022 di pautan berikut:

Info Berkaitan