Cuti sekolah 2023 jadual penggal persekolahan KPM

Musim cuti persekolahan bagi tahun 2023 akan kembali tidak lama lagi dan pastinya ibu bapa serta anak-anak mempunyai cabaran masing-masing sepanjang musim tersebut.

Berkemungkinan ada yang gembira tetapi tidak kurang juga yang gelisah terutamanya dalam kalangan ibu bapa. Antara cabarannya adalah cara bagaimana untuk memastikan masa lapang anak-anak diisi dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat.

Umum sedia maklum, perubahan daripada mood persekolahan kepada percutian sedikit sebanyak menukar rutin harian anak-anak namun cabaran itu boleh diatasi sekiranya ibu bapa membuat persediaan awal dan merancang perkara dan aktiviti untuk menghadapi cuti penggal sekolah, cuti pertengahan tahun dan cuti akhir tahun.

Sebagai peringatan kepada ibu bapa, rancanglah sesuatu agar cuti sekolah anak-anak kali ini dapat direncanakan dengan sebaik-baiknya. Jangan sesekali membiar anak-anak bersendirian menguruskan masa cuti tanpa pengetahuan, pemantauan dan panduan daripada anda.

Takwim Penggal Persekolahan Dan Cuti Penggal, Pertengahan Dan Cuti Akhir Tahun Sekolah 2023

Sebagai makluman kepada ibu bapa, Bahagian pengurusan sekolah harian dan maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerbitkan perincian takwim jadual rasmi penggal persekolahan bagi tahun 2023 menerusi portal rasmi KPM, www.moe.gov.my dan kebiasaannya dikeluarkan pada penghujung bulan Oktober setiap tahun.

Kalendar akademik bagi Sesi Persekolahan 2023/ 2024 akan bermula 19  atau 20 Mac 2023 hingga 8 atau 9 Mac 2024, menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan pada Isnin, 10 Disember 2022 memaklumkan bagi negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sesi persekolahan akan berlangsung hingga 9 Mac 2024.

“Kumpulan B pula iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 10 Mac 2024”.

Sesi Persekolahan Penggal 3, 2023/2024 akan bermula pada 2 Januari 20244 hingga 10 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A dan 2 Januari hingga 10 Mac 2024 bagi Kumpulan B.

Jadual Sesi Persekolahan Penggal 3, 2023/2024 dan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim

 

Takwim persekolahan dan cuti penggal, cuti pertengahan serta cuti akhir tahun dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B mengikut sekolah-sekolah di seluruh negeri di Malaysia. GCarian akan sertakan lampiran takwim persekolahan tersebut apabila ianya dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2022

2022 : SEKOLAH KUMPULAN A | KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 13 Jun hingga 11 Jun 2022
Pertengahan Penggal 22 September hingga 10 September 2022
Pertengahan Penggal 39 Disember hingga 31 Disember 2022
Akhir tahun17 Februari 2023 hingga 11 Mac 2023
LAMPIRAN
2022 : SEKOLAH KUMPULAN B | PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 14 Jun hingga 12 Jun 2022
Pertengahan Penggal 23 September hingga 11 September 2022
Pertengahan Penggal 310 Disember hingga 31 Disember 2022
Akhir tahun18 Februari 2023 hingga 12 Mac 2023
LAMPIRAN

TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN 2023

2023 : SEKOLAH KUMPULAN A | KEDAH, JOHOR, KELANTAN DAN TERENGGANU
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 121 April hingga 29 April 2023
Penggal 126 Mei hingga 3 Jun 2023
Penggal 225 Ogos hingga 2 September 2023
Penggal 315 Disember hingga 1 Januari 2024
Akhir Persekolahan9 Februari hingga 9 Mac 2024
LAMPIRAN
Kalendar Akademik Sesi

2023 : SEKOLAH KUMPULAN B | PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, N. SEMBILAN, MELAKA, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WP KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA
CutiTarikh
Pertengahan Penggal 122 April hingga 30 April 2023
Penggal 127 Mei hingga 4 Jun 2023
Penggal 226 Ogos hingga 3 September 2023
Penggal 316 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024
Akhir Persekolahan10 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024
LAMPIRAN
Kalendar Akademik Sesi

rELATED : kalendar cuti umum, negeri sembilan, 3 januari 2022, hari kelepasan am persekutuan, cuti umum 2022, 2 januari 2022, negeri kumpulan b, negeri kumpulan a, 2022 malaysia, 2022 akan bermula senarai cuti tarikh cuti sekolah, tahun baru cina, tahun 2021, laman web,