Permohonan BMT bantuan musim tengkujuh 2023 RISDA

Malaysia amat mementingkan hal kebajikan para pekerja tanpa mengira sama ada mereka dari sektor awam mahupun swasta. Ianya termasuklah juga golongan pekebun kecil dan penoreh getah dengan wujudnya organisasi seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Perdana Menteri menerusi pembentangan Bajet 2019 telah mengumumkan pengenalan Skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dinaikkan kepada RM600 sebulan untuk diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah. Pemberian tahun 2023 adalah sebanyak RM800 untuk pekebun kecil penoreh getah yang layak dinaikkan pada belanjawan 2023

Bantuan Musim Tengkujuh ini adalah inisiatif kerajaan yang dikendalikan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai agensi pelaksana. Mereka membangunkan Sistem Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh yang bertujuan memberi kemudahan kepada golongan pekebun kecil untuk membuat permohonan menerima bantuan. Ianya turut mengambil kira kumpulan penoreh getah yang tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan sebelum ini. BMT juga lebih disasarkan kepada penerima pekebun kecil dan penoreh getah yang berada dalam kumpulan B40.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan dana sebanyak RM261 juta khas untuk membantu golongan pekebun kecil apabila tiba musim tengkujuh. Seramai 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah menerima BMT dengan jumlah RM200 seorang bermula November 2017 sehingga Januari 2018. Pada tahun itu, permohonan telah dibuka bermula 1 September 2017 dan ditutup pada 31 Januari 2018.

Pada tahun 2019 melalui Belanjawan 2020, Kerajaan berhasrat membantu golongan penoreh getah dengan memperuntukkan bajet sebanyak RM200 juta khas untuk pekebun kecil getah yang layak di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). Tambahan pula, sebanyak RM100 juta diperuntukkan untuk Insentif Pengeluaran Getah bermula tahun 2020 yang bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil yang terjejas akibat daripada kejatuhan harga getah.

Kerajaan memperuntukan RM164.78 juta untuk bantuan ini dalam Bajet 2021. Bayaran sebanyak RM600 akan terus diakaunkan ke pemilik secara ansuran iaitu RM300 dibayar bulan 12 tahun 2020 dan RM300 dibayar bulan Januari 2021 sehingga dana habis. Bantuan ini memanfaatkan 274,639 pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA, dimana meliputi 255,997 orang seluruh Negara untuk tanah tidak melebihi 2.5Ha ~ 6.17Ekar dan 18,642 penoreh bukan pemilik.

Borang Permohonan BMT Bantuan Musim Tengkujuh 2023 Manual Serta Syarat Kelayakan

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA termasuklah cara membuat permohonan BMT secara online/ atas talian beserta perincian syarat kelayakan memohon bantuan musim tengkujuh.

Tarikh Rasmi Kemaskini Maklumat & Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh 2023

Dibuka : 15 Jun 2023

Ditutup : 15 September 2023

Bagi permohonan yang gagal, rayuan akan dibuka bermula tarikh yang akan dikemaskini

Sebelum ini, bantuan diberikan sehingga dana yang diperuntukkan habis digunakan.

Syarat Dan Kriteria Bantuan Musim Tengkujuh

Untuk memohon, anda mestilah :-

Pekebun Kecil RISDA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan tanah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar secara agregat
  4. Merupakan pemilik tanah yang sah
  5. Satu lot hanya layak mendapatkan bantuan seorang penerima sahaja

Penoreh Bukan Pemilik:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  3. Keluasan tanah 0.1 hektar hingga 2.5 hektar
  4. Pengesahan pemilik tanah yang sah
  5. 1 Lot hanyalah bagi seorang pekebun kecil sahaja
  6. Seorang pekebun kecil hanya layak mendapatkan bantuan sekali sahaja
  7. Memiliki Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Semakan Bantuan Musim Tengkujuh

Semakan status permohonan Bantuan Musim Tengkujuh boleh dibuat melalui cara berikut:

SEMAKAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

SEMAKAN SISTEM E-BMT ONLINE

Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik butang semak. Ikuti langkah seterusnya seperti diarahkan. Sekiranya nama tiada dalam rekod, sila ikuti langkah permohonan baharu di bawah.

SEMAKAN GUNA APLIKASI TELEFON PINTAR

eBantuan (Android)

Masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan dan klik butang semak. Ikuti langkah seterusnya seperti diarahkan. Sekiranya nama tiada dalam rekod, sila ikuti langkah permohonan baharu di bawah.

Cara Membuat Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh

Untuk makluman, permohonan baharu adalah seperti berikut:

kaedah permohonan bantuan musim tengkujuh bmt online

Bawa sekali salinan dokumen berikut:

Pemilik Pengusaha

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan Pekebun SIC (Smallholder Identification Card) jika ada
  3. Geran asal tanah dan salinan
  4. Salinan buku akaun bank yang masih aktif

Penoreh Bukan Pemilik

  1. Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  2. Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  3. Salinan geran lot yang ditoreh
  4. Salinan Kad PAT-G
  5. Salinan buku akaun bank yang masih aktif

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi butiran berikut atau klik pautan di bawah:

aliran permohonan bmt
Talian : 03-4251 0171, 03-4251 2125, 03-4251 2135, 03-4251 2023

Related : cara mohon layak menerima bantuan menerima bantuan sekali sahaja bawah agensi, pengisian borang bmt dikira, maklumat pekebun kecil risda pemilik yang berdaftar bmt 2021 tersenarai di dalam sistem tarikh bayaran mempunyai kad pengenalan pekebun