Semakan Bil Astro Online Dan SMS & Aplikasi

Siapa yang tidak kenal ASTRO. Hampir semua rumah di bandar ada melanggan pakej Astro yang pelbagai harga. Pasti ramai pelanggan Astro yang ingin membuat semakan Bil bulanan ASTRO untuk mengetahui status pembayaran atau tunggakan akaun mereka. Berikut dikongsikan cara membuat Semakan Bil Astro secara online Dan SMS buat panduan semua. Perkhidmatan yang disediakan ini sekaligus memudahkan para pelanggan Astro tanpa perlu datang ke kaunter untuk membuat semakan. Ianya lebih pantas dan mudah.

Dengan kepesatan teknologi, penerimaan kertas bil ASTRO secara manual yang dihantar ke rumah/ pejabat dan sebagainya telah digantikan secara beransur-ansur ke penerimaan bil secara emel. Kini ianya semakin mudah dengan ebilling Astro yang antara lain dapat mengelakkan penerimaan lewat bil melalui emel. Kepada mereka yang masih menggunakan penerimaan bil cara lama, semakan secara online dan SMS adalah pilihan dalam mendapatkan jumlah bil semasa mereka.

Cara Semak Bil Astro Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara-cara untuk menyemak Bil Astro iaitu semakan secara atas talian/ online, khidmat SMS dan lain-lain seperti berikut:

semakan bil astro terkini

Cara Semak Bil ASTRO

  1. Portal layan diri Astro: Pelanggan diwajibkan log masuk ke portal atau daftar di selfservice.astro.com.my
  2. SMS: Pelanggan diwajibkan mendaftar nombor telefon bimbit yang sah
  3. E-bil: Pelanggan diwajibkan untuk mendaftar alamat emel yang sah
  4. Interactive Voice Response (IVR): Pelanggan diwajibkan mendail nombor akan Astro (10 Digit)
  5. Saluran 200: Pelanggan perlu mempunyai Set-Top-Box yang disambungkan ke Internet
  6. Aplikasi MyAstro APP: Pelanggan perlu memuat turun aplikasi MyAstro melalui Google Play Store atau Apple App Store

a) Semakan Bil Astro Melalui Portal Layan Diri Astro Secara Online

Cara Semakan melalui atas talian/ online memerlukan pengguna melayari Portal Layan Diri Astro. Ia adalah sebuah portal (all-in-one) yang memberikan pelanggan kemudahan untuk mengurus akaun anda serta mengakses perkhidmatan lain seperti urusan akaun, bil dan langganan.

Sebelum mengakses Portal Layan Diri Astro, anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Turuti langkah-langkah mendaftar akaun secara mudah seperti berikut:

A. Pendaftaran Akaun Portal Layan Diri Astro

Sila akses Laman Web Rasmi Astro pada pautan berikut: astro.com.my

  1. Klik butang My Account untuk ke paparan log masuk Portal Layan Diri Astro Semakan Bil Astro Online
  2. Jika anda sudah mempunyai Astro ID, log masuk menggunakan Astro ID anda. Anda juga boleh menyelaraskan akaun Astro anda dengan Akaun Facebook atau Google untuk memudahkan urusan.Semakan Bil Astro Online
  3. Sekiranya anda belum memiliki Astro ID, sila klik Create Now
  4. Isikan maklumat yang diperlukan iaitu nama anda, emel atau nombor telefon serta kata laluan sebelum menandakan butang setuju pada ruangan polisi dan terma penggunaan akaun yang didaftar. Kemudian klik butang Create Astro IDSemakan Bil Astro Online
  5. Selepas mendaftar akaun, sila log masuk semula untuk melihat bil anda.
    • Klik Bill and Payments atau View Bill pada paparan muka utama akaun.

b) Semakan Melalui SMS

Terdapat 2 kaedah semakan yang dsediakan iaitu seperti berikut :-

1. Semakan SMS menggunakan No akaun Astro

  • ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>AC NO dan Hantarkan ke 33310

Contoh

  • ASTRO BAL AC 0908043222
  • Hantar ke 33310

2. Semak Melalui SMS menggunakan No IC pemilik akaun Astro

  • ASTRO<jarak>BAL<jarak>AC<jarak>IC NO dan Hantarkan ke 33310

Contoh :

  • ASTRO BAL AC 800101016261
  • Hantar ke 33310

c) e-Biling Astro

Bermula pada Jun 2018, Astro telah memperkenalkan e-biling dan akan mengenakan cas sebanyak RM 3.00 kepada bil yang dicetak menggunakan kertas. Usaha ini adalah inisiatif daripada Astro dalam menggalakkan pelanggannya mengurangkan penggunaan kertas.

  • Pelanggan perlu memilih sama ada ingin menggunakan e-Biling atau Bil kertas.
  • e-Biling: tiada caj bulanan dan dapat diakses secara mudah serta senang untuk diuruskan melalui portal layan diri Astro.
  • Bil kertas: Pelanggan akan dikenakan caj sebanyak RM3.00 sebulan.
  • Soalan Lazim e-Biling

d) Aplikasi MyAstro

Pelanggan Astro juga boleh memuat turun aplikasi telefon mudah alih MyAstro. Ia memudahkan urusan anda untuk membuat semakan bil dan perkhidmatan lain yang disediakan. Sila rujuk langkah di bawah:-

  1. Download/ muat turun aplikasi MyAstro di Google Play atau AppStore
  2. Log masuk menggunakan Astro ID anda untuk menyemak bil dan menikmati perkhidmatan lain yang disediakan.

Selamat membuat Semakan secara Online Dan SMS. Moga perkhidmatan semakan yang disediakan akan terus ditambah baik sejajar dengan kepesatan teknologi di Malaysia sekarang.

Related : my astro, pihak astro, nombor akaun astro, bayaran bil, portal astro, bayar bil astro secara, bil astro jarak bal jarak ac no, semak bil astro secara, sila ikuti langkah, pihak astro menyediakan, membuat pendaftaran baru, cara untuk, sila ikuti langkah beriikut, untuk menyemak baki semasa, pihak astro jarak bal jarak ac no, penerima masukkan no 33310, layari portal self service astro di pautan https pay.astro.com.my, bahagian biller code masukkan, pembayaran menggunakan fungsi jompay, pin jarak jumlah bayaran,