Tarikh penting jadual pembayaran pencen 2024 pesara kerajaan

Surat pekeliling / edaran Jabatan Perkhidmatan Persaraan berhubung dengan tarikh dan peraturan pembayaran pencen bulanan tahun 2024 yang baharu telah dikeluarkan. Pembayaran pencen adalah melibatkan bekas kakitangan kerajaan yang sudah menamatkan perkhidmatan mereka awal atau telah mencapai umur untuk menamatkan perkhidmatan. Pembayaran kepada pesara kerajaan ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun mereka pada satu tarikh yang telah ditetapkan dengan sebarang perubahan dalam tarikh bayaran akan dimaklumkan terlebih dahulu. Bayaran pada kebiasaannya di buat pada hujung bulan iaitu sebelum pembayaran gaji bulanan penjawat awam.

Surat pekeliling tersebut adalah bertujuan untuk memaklumkan tarikh pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tahun 2024 dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi memastikan penyediaan pencen bulanan dapat diuruskan dengan sempurna dan pencen bulanan dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Tarikh pembayaran ini amat penting bagi pesara dalam membeli keperluan harian dan menyara keluarga mereka.

Untuk pengetahuan semua, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ada membangunkan satu aplikasi pintar yang membolehkan pesara untuk memperolehi maklumat seperti data peribadi, data perkhidmatan, hal ehwal persaraan dan maklumat bayaran pencen yang diterima setiap bulan. Aplikasi ini dinamakan mypesara, yang boleh di muat turun di Google Playstore atau Apple Appstore.

Jadual Pencen 2024 Tarikh Pembayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan

Jadual bayaran pencen bulanan ini penting berikutan ia memudahkan anggota berpencen atau tanggungan / waris pesara merancang dan menguruskan perbelanjaan isi rumah dengan lebih teratur selain membuat simpanan kewangan peribadi.

Berikut adalah perincian tarikh bayaran pencen bulanan dalam jadual pembayaran pencen bulanan pesara kerajaan bagi tahun 2024. Pembayaran Pencen Perkhidmatan anggota pencen perkhidmatan awam adalah dibayar sebulan sekali di mana tarikh pembayaran pencen adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa.

Maklumat tarikh pembayaran pencen untuk pesara kerajaan adalah seperti berikut :-

Jadual Pembayaran Pencen Bulanan Pesara Kerajaan Tahun 2024

Tahun Baru Cina 10 & 11 Februari
JANUARIFEBRUARIMAC
19.1.2024
(Jumaat)
21.02.2024
(Rabu)
21.03.2024
(Khamis)
Hari Raya Aidilfitri 10 & 11 April
Hari Pesta  Kaamatan 30 & 31 Mei
Hari Gawai 1 & 2 Jun

Hari Raya Aidiladha 17 & 18 Jun

APRILMEIJUN
19.4.2024
(Jumaat)
17.5.2024
(Jumaat)
12.06.2024
(Isnin)
JULAIOGOSSEPTEMBER
17.07.2024
(Rabu)
21.08.2024
(Rabu)
20.09.2024
(Jumaat)
Hari Deepavali 31 Oktober
OKTOBERNOVEMBERDISEMBER
22.10.2024
(Selasa)
21.11.2024
(Khamis)
18.12.2024
(Rabu)
Hari Krismas 25 Disember

Maklumat lanjut, pesara kerajaan boleh merujuk kepada maklumat jadual berikut :-

jadual pembayaran pencen penjawat awam