Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
AJL34 atau Anugerah Juara Lagu edisi yang ke-34 kini berada di peringkat akhir (final) dengan menyaksikan finalis terdiri daripada 12 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2019 akan berentap di pentas akhir AJL bagi merebut gelaran Juara Lagu Ke-34.
Pada Anugerah Juara Lagu Ke-34, AJL34 bakal mengetengahkan tema “Warna Warna Suara” pada malam kemuncak acara muzik berprestij yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 9 Februari 2020 bermula jam 9:00 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Meskipun sudah memasuki edisi ke-34, namun AJL masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha pemuzik merangkumi komposer, penulis lirik dan penyanyi melalui penjurian profesional.
Kehangatan AJL34 bakal dihangatkan dengan gandingan hos mantap daripada Sherry Al hadad, Awal Ashaari dan Haziq Hussni. Persembahan malam tersebut turut dihiasi dengan kehadiran M. Nasir. Hattan, Ameng Spring, Jacyln Victor, Misha Omar, Lah Ahmad, Hazami dan ramai lagi.
LIVE STREAMING FINAL AJL35 DAN KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU 2021
Anugerah Juara Lagu Ke-34 mempertandingkan 12 lagu ciptaan komposer tanah air. Berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini, tiket AJL34 akan dijual secara atas talian bermula pada tarikh suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Maklumat lanjut boleh didapati di bawah:
![]() |
![]() |
JUALAN TIKET KONSERT AKHIR AJL34 ANUGERAH JUARA LAGU 9 FEBRUARI 2020 |
Tiket Konsert akhir AJL34 (Anugerah Juara Lagu) dijual pada harga RM60 (arena), RM40 (aras 3) dan RM30 (aras 4). Tiket boleh didapati daripada laman sesawang seperti pautan di bawah: |
![]() |
SENARAI 12 LAGU TERBAIK | FINALIS AJL 34 | ||
Bil | Penyanyi / Kumpulan | Judul Lagu |
![]() | Drama Band | Drama |
![]() | Aina Abdul | Sumpah |
![]() | Hafiz Suip | Kisah Cinta Kita |
![]() | Naim Daniel | Sumpah |
![]() | Ernie Zakri | Ku Bersuara |
![]() | Bob Yusof | Anta Permata |
![]() | Fairuz Misran | Ragamanmu |
![]() | Aman RA | Bangun |
![]() | Haqiem Rusli | Lembah Kesepian |
![]() | Akim & The Majistret | Rampas |
![]() | Masdo | Dinda |
![]() | Hazama The Penglipurlara | Peneman |
SIARAN LANGSUNG FINAL KONSERT AKHIR AJL34 ANUGERAH JUARA LAGU 9 FEBRUARI 2020 |
Malam kemuncak persaingan akhir AJL34 (Anugerah Juara Lagu) turut disiarkan secara langsung oleh TV3 selain turut boleh di tonton di seluruh dunia melalui laman web rasmi global live streaming Anugerah Juara Lagu iaitu di laman YouTube dan Facebook TV3Malaysia bermula jam 8:30 malam bermula dengan acara karpet merah |
KEPUTUSAN PEMENANG DAN JUARA AJL34 | |||
Kedudukan | Kategori | Pemenang | Lagu | Hadiah |
Juara AJL34 | Naim Daniel | Sumpah | RM50,000 |
Naib Juara | Aman RA | Bangun | RM35,000 |
Ketiga | Bob Yusof | Anta Permata | RM20,000 |
Vokal Terbaik | Hafiz Suip | Kisah Cinta Kita | RM12,000 |
Persembahan Terbaik | Hafiz Suip | Kisah Cinta Kita | RM12,000 |