Senarai Aliran Dan Mata Pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3

Keputusan pt3 baru sahaja diumumkan baru-baru ini. Pt3 merupakan satu penilaian dalam bentuk ujian bertujuan untuk menguji pelajar Sekolah Menengah Rendah iaitu pelajar tingkatan 3. Pelbagai reaksi daripada ibu bapa dan para pelajar setelah keputusan diumumkan. Ada yang cemerlang ada yang kurang menyerlah. Namun apa yang pasti perjalanan mereka masih jauh. Selepas pt3 mereka akan menduduki peperiksaan penting di peringkat sekolah iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pelajar harus tahu apa yang mereka inginkan dan apa yang diimpikan di masa akan datang. Oleh itu pemilihan aliran sekolah menengah lepasan pt3 amat penting.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan pelbagai aliran bertujuan memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk menentukan masa depan mereka. Pelajar lepasan pt3 kini boleh memilih laluan mereka sendiri iaitu kemasukan ke Tingkatan 4 berdasarkan kepada minat masing-masing. Bermula tahun 2020, KPM telah memutuskan tiada lagi aliran sains dan aliran sastera. Berdasarkan sistem yang baharu ini, pelajar diberi kebebasan untuk memilih pakej mata pelajaran yang mereka inginkan. Akan tetapi, ia bergantung kepada kemudahan dan tenaga pengajar yang dimiliki di sekolah tersebut. Namun Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) masih lagi beroperasi seperti biasa dengan sistemnya. Pelajar juga boleh memasuki sekolah-sekolah vokasional dan menduduki sijil vokasional selama dua tahun dan jika pelajar berminat pelajar boleh meneruskan pengajian dengan menduduki diploma vokasional juga selama dua tahun. Selain itu, pelajar boleh menyertai mana-mana Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) selama satu hingga dua tahun.

Dalam hal pemilihan aliran tingkatan 4 seperti Sains, Sastera, Teknikal dan sebagainya, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan penting dalam membimbing pelajar untuk menentukan masa depan mereka. Sedikit kajian tentang kerjaya yang diimpikan boleh membantu pelajar membuat keputusan. Nasihat dari ibu bapa dan juga bimbingan dari guru-guru boleh membuka mata dan minda pelajar tentang laluan yang mereka inginkan seterusnya dapat menentukan masa depan mereka kelak.

Senarai Aliran Sekolah Menengah Kemasukan Ke Tingakatan 4 Berserta Mata Pelajaran

Berikut merupakan senarai aliran sekolah menengah lepasan pt3 untuk rujukan ibu bapa dan pelajar. Disertakan juga contoh senarai mata pelajaran yang disediakan mengikut aliran yang dipilih:

Senarai Mata Pelajaran KSSM Menengah Atas

MATA PELAJARAN TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam / moral
Sains
MATA PELAJARAN WAJIB
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
MATA PELAJARAN ELEKTIF
Pelajar boleh memilih maksimum LIMA mata pelajaran elektif (Rujuk jadual Subjek Elektif Bahasa, Sastera dan Pengajian Islam serta Subjek Elektif STEM)

Pelajar yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) tidak menggunakan sistem ini

Subjek Elektif Bahasa, Sastera Dan Pengajian Islam

ELEKTIF BAHASA
Bahasa Arab
Bahasa Tamil
Bahasa Perancis
Bahasa Kadazandusun
Bahasa Jerman
**Bahasa Cina Komunikasi
**Bahasa Korea
Bahasa Jepun
Bahasa Semai
Bahasa Iban
*Bahasa Cina

Pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Korea dan Bahasa Cina komunikasi adalah menggunakan guru di luar norma

*Pelaksanaan Bahasa Cina Sekolah Conforming tertakluk kepada surat KP(BS)8502/15/006 (22) bertarikh 16 November 2000

**Pelaksanaan di Tingkatan 4 bermula pada Tahun 2021

ELEKTIF KEMANUSIAAN DAN SASTERA IKHTISAS
Prinsip Perakaunan
Ekonomi
Perniagaan
***Pengajian Keusahawanan
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Muzik
Geografi
Kesusasteraan Melayu Komunikatif
****Kesusasteraan Inggeris
Kesusasteraan Tamil
Kesusasteraan Cina

Pelaksanaan Kesusasteraan Melayu Komunikatif, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Cina dan Kesusasteraan Tamil perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019

***Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik

****Masa Minimum Jam Setahun adalah 64 jam di Tingkatan 4 dan 32 jam di Tingkatan 5 (rujuk Surat Siaran Bil. 9 Tahun 2019)

ELEKTIF PENGAJIAN ISLAM
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tasawwur Islam
Pendidikan Syariah Islamiah
Mata Pelajaran KBD
Usul Al-Din
Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
Al-Manahij Al-Ulum Al-Islami
Al-Syariah
Al-Adab wa Al-Balaghah
Mata Pelajaran KBT
Hifz Al-Quran
Turath Dirasat Al-Islamiah
Turath Al-Quran wa Al-Sunnah
Pengaturcaraan Komputer
Maharat Al-Quran
Turath Bahasa Arab

Subjek Elektif Stem

ELEKTIF STEM (SAINS TULEN DAN MATEMATIK TAMBAHAN)
Fizik
Biologi
Kimia
Matematik Tambahan
ELEKTIF STEM (SAINS GUNAAN DAN TEKNOLOGI)
*Sains Tambahan
Asas Kelestarian
Sains Rumah Tangga
Sains Komputer
**Pengajian Kejuruteraan Awam
**Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
**Lukisan Kejuruteraan
**Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
Sains Sukan
Reka Cipta
Pertanian
Grafik Komunikasi Teknikal

*Murid tidak boleh mengambil mata pelajaran sains tulen bersama dengan sains tambahan tetapi digalakkan mengambil mata pelajaran matematik tambahan

**Pelaksanaan perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 10 Tahun 2019 dan hanya ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik

ELEKTIF STEM (MATA PELAJARAN VOKASIONAL)
Pembinaan Domestik
Produksi Reka Tanda
Rekaan dan Jahitan Pakaian
Landskap dan Nurseri
Reka Bentuk Grafik Digital
Pemprosesan Makanan
Pendawaian Domestik
Gerontologi Asas dan Geriatik
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kerja Paip Domestik
Menservis Motosikal
Servis Peralatan Penyejukan & Penyamanan Udara
Kimpalan Arka dan Gas
Hiasan Dalaman
Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
Menservis Automobil
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Produksi Multimedia
Tanaman Makanan
Katering dan Penyajian
Servis Peralatan Elektronik Domestik
Pembuatan Perabot

Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) perlu merujuk kepada Surat Siaran Bil. 11 Tahun 2019

Pakej Stem 1

Khusus untuk pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk melanjutkan pengajian di peringkat asasi sains, matrikulasi dan pengajian tingkatan enam. Contoh bidang yang boleh diceburi adalah perubatan, kejuruteraan, bioteknologi dan banyak lagi. Berikut adalah contoh mata pelajaran yang boleh diambil:

CONTOH 1
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Fizik
Biologi
Kimia
Matematik Tambahan
CONTOH 2
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Fizik
Biologi
Kimia
Matematik Tambahan Bahasa Arab
Pend. Al-Quran dan As-Sunnah
Pend. Syariah Islamiah
CONTOH 3
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Fizik
Biologi
Kimia
Matematik Tambahan Bahasa Arab
Pendidikan Seni Visual

Pakej Stem 2

Khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari dan berminat dengan kerjaya dalam bidang seperti kejuruteraan, sains komputer, teknologi pembuatan dan lain-lain. Contoh kombinasi mana-mana mata pelajaran sains tulen dan matematik tambahan dan sekurang-kurangnya satu pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mata pelajaran daripada elektif bukan STEM adalah seperti berikut:

CONTOH 1
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Fizik
Biologi
Kimia
Grafik Komunikasi Teknikal
CONTOH 2
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Fizik
Pengajian Kejuruteraan Awam
Kimia
Matematik Tambahan
Lukisan Kejuruteraan
CONTOH 3
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Fizik
Biologi
Matematik Tambahan
Sains Sukan

Pakej Stem 3

Khusus untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sijil dan diploma di mana-mana universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi kemahiran yang melibatkan kerjaya dalam bidang seperti pernoagaan, reka bentuk fesyen, hospitaliti dan lain-lain. Contoh kombinasi sekurang-kurangnya dua mata pelajaran elektif STEM sains gunaan dan teknologi atau mengambil mana-mana satu MPV mata pelajaran adalah seperti:

CONTOH 1
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Sains Komputer
Pendidikan Seni Visual
Reka Cipta
CONTOH 2
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Sains Tambahan
Matematik Tambahan
Grafik Komunikasi Teknikal
CONTOH 3
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam/pendidikan moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Produksi Reka Tanda

Pakej Sastera & Kemanusiaan

Untuk pakej sastera dan kemanusiaan pula memberi laluan dan peluang kepada pelajar yang ingin menceburi bidang sastera. Gabungan mata pelajaran adalah terdiri daripada kumpulan elektif bahasa, pengajian islam serta kemanusiaan dan ikhtisas. Contoh gabungan mata pelajaran adalah seperti berikut:

CONTOH 1
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Bahasa Arab
Pendidikan Syariah Islamiah
Al-Quran dan As-Sunnah
CONTOH 2
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Kesusasteraan Melayu Komukatif
Pendidikan Seni Visual
Geografi
CONTOH 3
TERAS
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Sejarah
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
WAJIB
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
ELEKTIF
Ekonomi
Prinsip Perakaunan
Perniagaan
Matematik Tambahan

Pengecualian Subjek Teras

Mata pelajaran subjek teras adalah wajib akan tetapi untuk mata pelajaran sains dan pendidikan islam diberikan mengikut gabungan mata pelajaran elektif sains tulen dan elektif pengajian islam

Maklumat Penting Pengecualian Mata Pelajaran Teras Sains atau Pendidikan Islam:

Pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tulen (fizik/kimia/biologi) dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras sains

Pelajar yang mengambil kombinasi mata pelajaran berikut dikecualikan daripada mengambil mata pelajaran teras pendidikan islam:

  1. Pendidikan AL-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah
  2. Usul Al-Din dan Al-Syariah
  3. Turath Dirasat Al-Islamiah dan Turath Al-Quran wa Al-Sunnah