Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2021 Senarai Pemenang

Maharaja Lawak Mega (MLM 2021) kini telah masuk ke peringkat akhir setelah 9 minggu para pelawak berusaha semampunya untuk membuat penonton bergelak ketawa. MLM 2021 mula ditayangkan pada 15 Oktober 2021 menyaksikan 11 kumpulan terdiri daripada pelawak Malaysia. Daripada 32 peserta kini hanya tinggal 15 sahaja peserta bagi merebut gelaran juara MLM 2021. Para pemenang akan membawa pulang wang dan juga trofi sumbangan astro. Untuk pusingan akhir ini para finalis perlu membuat dua persembahan dengan tema muzikal komedi dan tema bebas.

Rancangan MLM 2021 telah disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (saluran 107), Ria ( Saluran 104). Penonton juga boleh menonton secara digital melalui aplikasi Astro Go dan ‘on demand’. Format pemarkahan MLM 2021 adalah 30% akan disumbangkan oleh penonton dimana undian boleh dilakukan menerusi perkhidmatan SMS dan baki 70% markah adalah daripada barisan para juri. Juri-juri untuk MLM 2021 adalah Dato’ Rosyam Noor, Diana Danielle, Noh Salleh, Uqasha Senrose. Rancangan ini juga dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Dato’ AC Mizal yang juga sudah mengacarakan rancangan ini sejak 2011 lagi.

Melalui rancangan ini, Maharaja Lawak Mega telah melahirkan ramai artis-artis komedi popular seperti Jozan, Sepahtu dan ramai lagi. Namun penyertaan MLM 2021 membariskan pelawak-pelawak baharu dan lama. Program yang dinanti-nantikan oleh seluruh peminat komedi tempatan ini bakal melabuhkan tirainya pada 17 Disember 2021, Jumaat jam 900 malam. Persembahan pentas akhir ini pastinya akan gamat dengan gelak tawa daripada penonton.

Keputusan Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2021 MLM

Berikut dikongsikan senarai pemenang dari tempat pertama hingga tempat kelima berserta jumlah wang yang akan dibawa balik. Turut dikongsikan adalah tarikh dan tema pusingan akhir MLM 2021:

maharajalawak mega final

Tarikh Dan Tema MLM 2021

Tarikh/ Masa
17 Disember 2021 (Jumaat) / Jam 900 Malam
Tempat Persembahan
Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya
Saluran
Astro Warna (107) dan Ria (104)
Tema
Muzikal dan Bebas

Senarai Finalis MLM 2021

  1. Kumpulan Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic)
  2. Kumpulan Puteh (Mamak, Vicha, Ali)
  3. Kumpulan Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro)
  4. Kumpulan Boro (Achey, Atu, Fad)
  5. Kumpulan Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini)

Keputusan Pemenang Dan Juara Maharaja Lawak Mega 2021

KEDUDUKANPEMENANGHADIAH
JuaraTiro500,000 + trofi sumbangan Astro
Naib JuaraPuteh250,000 + trofi sumbangan Astro
KetigaBoro150,000 + trofi sumbangan Astro
KeempatBahye50,000 + trofi sumbangan Astro
KelimaTobat15,000 + trofi sumbangan Astro

Tahniah kepada senarai pemenang