Semakan IPG UKCG temuduga dan keputusan tawaran PISMP 2024

Berikut adalah maklumat alternatif kepada calon-calon (pemohon) lepasan SPM yang telah membuat permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2024 di Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibuka pada tarikh yang akan diumumkan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon yang berjaya dalam permohonan dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuh masa.

Pemohon yang lulus PPISMP tersebut akan diberikan Sijil Tamat PPISMP seterusnya ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuh sepenuh masa.

Semakan Keputusan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP Di IPG 2024

Di bawah merupakan maklumat peringkat semakan bagi pemohon yang terbabit dengan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan 2024.

Perkara-perkara yang berkenaan telah dinyatakan melalui kalendar aktiviti permohonan PISMP di Portal Rasmi Permohonan PISMP.

Justeru, GCarian akan serta maklumat berkaitan berdasarkan perkara yang terkandung dalam kalendar aktiviti tersebut.

Tindakan Pemohon Selepas Permohonan PISMP 2024 Ditutup

Tarikh: 15 April 2024Tarikh: 13 Jun 2024
Semakan nama calon berjaya untuk menduduki e-UKCG Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian (pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sesawang KPM
Tarikh: 1 – 5 & 8 – 12 Julai 2024Tarikh:  24 Julai 2024
Temu Duga
(Sila bawa bersama Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri yang telah dilengkapkan dan Sijil Akademik/Kokurikulum) Temu Duga secara atas talian
 Semakan tawaran calon berjaya
Calon dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sesawang KPM
Surat Tawaran Rasmi boleh didapati selepas melapor diri
Tarikh: Ogos 2024
Pendaftaran calon di Institut Pendidikan Guru
(Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran)

Tarikh dan perkara yang dinyatakan seperti di atas adalah sebagai panduan calon dan ianya masih tertakluk kepada perubahan. Calon disarankan supaya menyemak status permohonan dari semasa ke semasa dalam laman Portal Rasmi PISMP,  https://pismp.moe.gov.my atau melayari Portal Rasmi KPM www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Portal Rasmi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PISMP 2024 – https://pismp.moe.gov.my

Peringkat-Peringkat Semakan PISMP 2024

Tarikh Dan Semakan UKCG | Ujian Kelayakan Calon Guru

DIBUKA : 13 Jun 2024

DITUTUP : –

Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Satu tarikh yang tepat akan dimaklumkan kepada calon pada ruangan Info Semasa di Portal Rasmi PISMP.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi PISMP. Calon perlu log masuk sistem dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan semasa membuat permohonan bagi mengetahui sama ada terpilih untuk menduduki UKCG. Maklumat UKCG boleh didapati dalam portal rasmi PISMP.

Tarikh Dan Semakan Panggilan Temuduga

DIBUKA : 13 Jun 2024

DITUTUP : —

Satu tarikh yang tepat akan dimaklumkan kepada calon pada ruangan Info Semasa di Portal Rasmi PISMP.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi PISMP. Calon perlu log masuk sistem dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan semasa membuat permohonan bagi mengetahui sama ada terpilih untuk ditemuduga. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri di laman sistem tersebut. Butiran tarikh dan tempat temuduga akan dinyatakan dalam Surat Panggilan Temu Duga berkenaan.

Tarikh Dan Semakan Tawaran Berjaya | PISMP

DIBUKA : 24 Julai 2024

DITUTUP : –

Tarikh semakan Semakan tawaran calon berjaya dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diumumkan. Satu tarikh yang tepat akan dimaklumkan kepada calon pada ruangan Info Semasa di Portal Rasmi PISMP.

Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi PISMP. Calon perlu log masuk sistem dengan menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan semasa membuat permohonan bagi mengetahui sama ada berjaya atau tidak. Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara melalui laman sistem berkenaan. Surat Tawaran Rasmi pula boleh didapati selepas calon melapor diri di IPG yang ditetapkan

Pendaftaran Calon Berjaya Dalam Permohonan PISMP

Tarikh : Ogos 2024

Pendaftaran calon berjaya di Institut Pendidikan Guru (Calon yang melapor diri boleh mendapatkan Surat Tawaran Mengikuti Pengajian di IPG yang ditetapkan selepas pendaftaran).

Related : ujian kelayakan calon guru ukcg permohonan ipg semakan keputusan ipg 2021 berikut dikongsikan, peringkat tapisan layak untuk maktab perguruan secara atas talian online

Related : ujian kelayakan calon guru ukcg permohonan ipg semakan keputusan ipg 2021 berikut dikongsikan, peringkat tapisan layak untuk maktab perguruan secara atas talian online