Jumlah penduduk Malaysia tahun 2023 perbandingan kaum, umur dan jantina

Malaysia merupakan sebuah negara yang terletak di asia tenggara. Secara umumnya Malaysia terdiri daripada tanah semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak. Dari sudut pentadbiran politik Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan sejak dari zaman kemerdekaannya pada tahun 1957. Antara salah satu sebab yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik adalah rakyatnya yang terdiri daripada berbilang bangsa dapat hidup secara aman dan damai. Sikap toleransi yang diamalkan sejak dari zaman kemerdekaan lagi masih menjadi kunci utama keharmonian antara kaum ini.

Malaysia merupakan salah satu negara tarikan pelancong jika berkunjung ke asia tenggara kerana kestabilan politiknya yang diyakini saban tahun memberi keyakinan kepada pelancong untuk berkunjung ke sini. Kedudukan Malaysia yang terletak di tengah-tengah garisan khatulistiwa membuatkan Malaysia unik dengan keadaan cuacanya. Selain daripada itu, Malaysia juga menyimpan pelbagai khazanah berharga alam seperti hutan simpannya yang dihuni oleh jutaan spesis flora dan fauna yang jarang dijumpai di negara lain.

Sebelum tertubuhnya Malaysia, pada mulanya tanah semenanjung dinamakan tanah melayu dan pernah dijajah beberapa kuasa asing seperti Portugis, Belanda, Jepun dan British. Ketika zaman penjajahan British mereka telah membawa masuk orang cina dari tanah besar China dan orang India dari tanah India. Ia bertujuan untuk memajukan industri yang dikuasai oleh penjajah British. Bermula dari detik itu bermulalah kehidupan rakyat tanah melayu hidup bersama dengan bangsa lain.

Statistik Jumlah Penduduk Malaysia Terkini

Setiap tahun, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengeluarkan statistik berkaitan penduduk Malaysia. Untuk tahun 2023 penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.4 juta penduduk. Kadar pertumbuhan penduduk pula dianggarkan menaik sebanyak 2.1%. Berikut dikongsikan perincian tentang jumlah penduduk di Malaysia mengikut beberapa faktor untuk tahun 2023 dan 2022:

JUMLAH 2023

33,400,000

JUMLAH 2022

32,700,000

Perbandingan Warganegara Dan Bukan Warganegara

1) Warganegara

2023 : 30.4 juta

2022 : 30.2 juta

2) Bukan Warganegara

2023 : 3.0 juta

2022 : 2.4 juta

Perbandingan Jumlah Jantina

1) Lelaki

2023 : 17.5 juta

2022 : 17.0 juta


2) Perempuan

2023 : 15.9 juta

2022 : 15.7 juta

Perbandingan Mengikut Kumpulan Umur

1) Bawah 14 Tahun

2022 : 7.7 juta

2022 : 7.6 juta

2) 15 Tahun-64 Tahun

2023 : 23.4 juta

2022 : 22.8 juta

3) 65 Tahun Ke Atas

2023 : 2.5 juta

2022 : 2.4 juta

Perbandingan Mengikut Kumpulan Etnik

1) Penduduk Bumiputra

2023 : 70.1%

2022 : 69.9%

2) Penduduk Bangsa Cina

2023 : 22.6% 

2022 : 22.8%

3) Penduduk Bangsa India

2023 : 6.6% 

2022 : 6.6%

4) Lain-Lain Penduduk

2023 : 0.7%

2022 : 0.7%

Anggaran Penduduk Semasa Terkini Malaysia 2023

anggaran penduduk semasa Malaysia

Anggaran Penduduk Semasa Terkini Malaysia 2022

anggaran penduduk semasa Malaysia

Anggaran Penduduk Semasa Terkini Malaysia 2021

ANGGARAN PENDUDUK SEMASA TERKINI MALAYSIA 2020

ANGGARAN PENDUDUK MALAYSIA 2019

Rujukan

Sebarang rujukan sila layari pautan berikut:

Jabatan Perangkaan Malaysia

Laman Facebook Rasmi Department of Statistics, Malaysia

Related : menurut laporan, juta bagi tempoh, 2020 menurun, tahun lepas, beliau berkata penduduk lelaki, peratus berbanding, juta orang, peratus penduduk berusia, penduduk berumur 65 tahun, penduduk berusia 0, 0 hingga 14 tahun, umur tua meningkat, putrajaya penduduk malaysia, berkata penduduk lelaki melebihi, 14 tahun umur muda, berusia 0 hingga 14, penduduk berusia 0 hingga 14 tahun umur muda, peratus warganegara, penuaan penduduk, mohd uzir berkata, juta pada suku, ketua perangkawan laporan perangkaan 0.4 peratus datuk seri dr mohd uzir mahidin