Tarikh akhir penghantaran borang cukai pendapatan e-Filing 2024

Cukai merupakan satu bentuk bayaran yang dikenakan ke atas individu atau syarikat kepada kerajaan. Ia telah diamalkan di mana-mana negara sebagai salah satu sumber untuk menguruskan negara. Kerajaan yang dipilih akan menentukan jeinis cukai yang akan dikenakan ke atas rakyat mengikut kesesuaian negara tersebut. Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan lain-lain mengenakan cukai ke atas rakyat dan dapatan daripada hasil cukai akan dipulangkan kepada rakyat dengan membina dan memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) merupakan badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk mengutip dan menguruskan cukai yang telah dikutip (income tax). Pada tahun lepas, LHDNM melalui laman sesawang rasminya menyeru semua pembayar cukai untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) untuk taksiran 2023 melalui e-filling untuk borang seperti borang E, BE, B, BT, P, MT dan TF bermula dari 1 Mac 2024.

Untuk penghantaran borang secara manual tahun taksiran 2023 pula tarikh akhir adalah sebelum 30 April 2024 untuk pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan (Individu) manakala untuk pembayar cukai yang menjalankan perniagaan (Syarikat) pula tarikh akhir adalah sebelum 30 Jun 2024. Ini bermakna, tambahan masa diberikan untuk pembayar cukai yang menggunakan e-Filing dan penghantaran melalui pos tetapi tidak untuk serahan borang nyata secara serahan tangan.

Untuk memudahkan pembayar cukai menjalankan tanggungjawab, LHDNM menyediakan aplikasi Mobile Filing (m-filing) yang boleh digunakan melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar. Lebih menarik lagi, aplikasi ini adalah percuma. Untuk menggunakannya anda hanya perlu muat turun aplikasi tersebut. Kemudian sila dapatkan nombor pin e-filing di mana-mana kaunter khidmat pelanggan LHDNM. Usaha ini diharapkan dapat mendorong pembayar cukai untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia kerana cukai sangat penting demi memajukan negara kita.

Tarikh Akhir Penghantaran Borang Cukai Pendapatan Secara Manual Dan E-Filing 2024 Untuk Taksiran Tahun 2023

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh akhir penghantaran borang cukai e-filing yang diperlukan ke atas individu atau syarikat untuk taksiran 2023. Turut dikongsikan adalah beberapa nota penting berkaitan penghantaran borang cukai pendapatan LHDN termasuk tambahan masa yang diberikan untuk setiap kategori borang:

Cara Log Masuk Aplikasi E-Filing LHDNM

Sila layari pautan di bawah untuk log masuk aplikasi percuma e-filing LHDNM:

LOG MASUK APLIKASI E-FILING LHDNM

I) Masukkan no kad pengenalan dan tekan butang hantar

II) Pastikan frasa keselamatan anda adalah betul. Jika betul masukkan kata laluan yang didaftarkan dan tekan butang teruskan

III) Aplikasi boleh dicapai melalui laman sesawang ezHasil atau portal rasmi LHDNM

Jadual Pengemukaan Borang Nyata 2023

Berikut merupakan tarikh akhir untuk penghantaran borang nyata 2023:

Jenis BorangKategoriTarikh Akhir Pengemukaan 
E 2023MajikanDilanjutkan hingga 31 Mei 2024 (Tambahan masa 1 bulan untuk eFiling)
BE 2023Individu Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
B 2023Individu Pemastautin yang menjalankan perniagaan30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
P 2023Perkongsian30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
BT 2023Individu Pemastautin (Pekerja berpengetahuan/Berkepakaran)Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
MT 2023Individu Bukan Pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)Tidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
M 2023Individu Bukan PemastautinTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan)
TF 2023PertubuhanTidak Menjalankan perniagaan : 20 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
TP 2023Harta PusakaTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
Menjalankan perniagaan : 30 Jun 2024 (Tambahan masa 15 hari untuk eFiling)
TJ 2023Keluarga Sekutu HinduTidak Menjalankan perniagaan : 30 April 2024
30 Jun 2024 (Menjalankan perniagaan) *Tiada e-Filing
C 2024Syarikat (Pembayar cukai dan majikan yang terdiri daripada syarikat diwajibkan mengemukakan borang C dan borang E secara e-filing)7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
C1 2024Koperasi7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
PT 2024Perkongsian libiliti terhad7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TC 2024Unit amanah/amanah harta tanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TA 2024Badan amanah7 bulan daripada tarikh penutupan akaun (1 Bulan)
TR 2024Amanah pelaburan harta tanah/tabung amanah harta7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tiada eFiling
TN 2024Amanah perniagaan7 bulan daripada tarikh penutupan akaun *Tidaa eFiling

I) ALAMAT PENGHANTARAN BORANG NYATA C1/PT/TA/TC/TR/TN

Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 221
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia

II) ALAMAT PENGHANTARAN BORANG NYATA E * / BE / B / BT / M / MT / P / TP / TF / TJ

Pusat Pemprosesan Maklumat
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9
Karung Berkunci 222
43659 Bandar Baru Bangi
Selangor, Malaysia

Nota Penting Tambahan Masa

  • Borang Nyata (BN) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos selepas tarikh akhir pengemukaan BN berkenaan dianggap sebagai telah diterima dalam tempoh yang ditetapkan jika ia diterima dalam tempoh tambahan masa selepas tarikh akhir pengemukaan BN tersebut
  • Tambahan masa ini juga terpakai untuk bayaran baki cukai di bawah subseksyen 103(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) / subseksyen 48(1) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [APCP 1967] bagi BN (kecuali Borang E, Borang P dan Borang CPE) yang dikemukakan melalui e-Filing / pos
    • Contoh I:
      Tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2023 adalah 30 April 2024.  Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2024 bagi e-Filing Borang BE  (Borang e-BE) tahun taksiran 2023. Jika pembayar cukai mengemukakan Borang e-BE Tahun Taksiran 2023 pada 1 Mei 2024, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Mac 2024 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967
    • Contoh II:
      Tempoh perakaunan amanah pelaburan harta tanah (REIT) berakhir pada 31 Mei 2024. Tarikh akhir pengemukaan BN bagi REIT (Borang TR) Tahun Taksiran 2023 adalah 31 Disember 2024. Tambahan masa diberikan sehingga 5 Januari 2025. Sekiranya Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerima BN tersebut melalui pos pada 6 Januari 2025, BN tersebut akan dianggap sebagai lewat diterima mulai 1 Januari 2025 dan boleh dikenakan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut mengenai penghantaran borang cukai pendapatan sila rujuk di bawah: