Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

Maklumat terkini telah dikemaskini oleh myGC.editor

Kerajaan telah mengumumkan akan meneruskan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat. BSH yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kini diperkemas lagi pelaksanaannya dengan memberi fokus kepada golongan B40. Penerima BSH terbahagi kepada tiga kategori isi rumah yang berpendapatan RM 4,000 dan ke bawah sebulan. Penerima akan menerima bantuan sebanyak RM 500 hingga RM 1,000 bergantung kepada kategori masing-masing. Pengagihan BSH fasa 1 akan bermula 20 Januari 2020.

Berdasarkan laman rasmi BSH oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), semua penerima BSH mestilah membuat kemas kini maklumat waris sebelum 15 Mac 2020. Untuk pengetahuan semua, bantuan sebanyak RM 1,000 akan diberikan kepada waris yang didaftarkan sebagai waris penerima bantuan untuk kategori isi rumah dan warga emas yang telah meninggal dunia.

SKK merupakan satu skim untuk menggantikan Insurans Takaful Berkelompok (i-BR1M) yang sebelum ini diguna pakai dalam pemberian BR1M tahun 2014. Melalui SKK ini waris penerima BSH yang telah meninggal dunia akan mendapat bantuan sebanyak RM 1,000. Waris perlu membawa bersama dokumen-dokumen penting ketika membuat tuntutan di BSN bagi mengesahkan bahawa anda adalah waris yang sah dan didaftarkan.

TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN BSH 2020 (BANTUAN SARA HIDUP)

Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK). Turut disertakan beberapa info penting berkaitan tuntutan SKK:

Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

TARIKH PEMBAYARAN SKK 2020

PerkaraTarikh KematianTarikh Mula Tuntutan
Penerima pembayaran fasa pertama1 Jan-31 Jan 20201 Februari 2020
Penerima pembayaran fasa pertama dan lulus BSH 20201 Feb-31 Dis 2020Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020
Permohonan baharu yang lulus BSH 20201 Feb-31 Dis 2020Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020

CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BSH 2020

Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan dengan mengunjungi mana-mana cawangan BSN bermula  Februari 2020 (Hanya untuk penerima BSH 2020 Fasa 1 yang meninggal dunia dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Januari 2020)
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Sekiranya pemohon BSH 2020 meninggal dunia mulai 1 Februari 2020, tuntutan SKK 2020 hanya boleh dibuat selepas permohonan BSH 2020 selesai diproses
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Tempoh kemas kini waris BSH 2020 di LHDNM dan secara online adalah sehingga 15 Mac 2020
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Pembayaran SKK akan dilaksanakan oleh pihak BSN setelah mendapati maklumat yang diberikan sah dan tepat

DOKUMEN PENTING KETIKA MEMBUAT TUNTUTAN SKK 2020

Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Sijil kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Kad pengenalan waris
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Dokumen yang membuktikan waris mempunyai pertalian dengan penerima seperti:
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Ibu/bapa-Sijil lahir penerima
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Pasangan-Sijil nikah/Sijil perkahwinan/Sijil lahir anak
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Adik beradik-Sijil lahir penerima dan sijil lahir wakil
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Anak angkat-Sijil anak angkat daripada JPN/pengesahan daripada mahkamah/Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Anak-Sijil lahir wakil
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Anak tiri-Sijil lahir wakil (anak tiri) dan sijil perkahwinan ibu/bapa tiri
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Cucu-Sijil lahir wakil (Cucu) dan sijil kelahiran ibu atau bapa kepada wakil
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020INFO PENTING SKK
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Penerima merupakan penerima BSH dalam kategori isi rumah dan warga emas
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Hanya waris yang dinamakan dalam sistem BSH sahaja boleh membuat tuntutan SKK
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Waris bagi penerima BSH 2020 meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Januari 2020 layak menerima SKK
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Waris bagi penerima BSH 2020 baharu yang telah diluluskan yang meninggal dunia dalam tempoh 1 Februari 2020 hingga 31 Disember 2020 juga layak menerima SKK
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Waris mesti dari kalangan Pasangan/ Ibu/ Bapa/ Anak/ Adik beradik/ Cucu sahaja
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Waris akan menerima sebanyak RM 1,000
MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN
 Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup Rakyat 2020, sila lihat FAQ yang disediakan atau hubungi:
Sekretariat BSH,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Hotline BSH LHDNM: 1-800-88-2747 – BSHR (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020Hotline MOF: 03- 8882 4565 | 03- 8882 4566
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020E-mel Rasmi: bsh@treasury.gov.my
Cara buat tuntutan Skim Khairat Kematian BSH 2020FAQ Maklumat Waris Dan SKK BSH