Semakan Status Caruman KWSP Suri Rumah Secara Online

Pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) yang lalu, salah satu janji Pakatan Harapan adalah untuk melaksanakan KWSP untuk suri rumah. Pasca PRU14 kini menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan akan melaksanakan janji tersebut melalui program yang dikenali sebagai Program Sukarela Insentif (SURI).

Melalui sebuah kenyataan daripada Dr Wan Azizah merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan seramai 359,065 wanita yang berdaftar dengan sistem e-Kasih akan menerima insentif menerusi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah bermula 15 Ogos 2018 untuk fasa yang pertama.

Menurut Dr Wan Azizah lagi, program SURI akan dilaksanakan dalam tiga fasa menyasarkan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR), ibu tunggal, balu dan wanita bujang yang berdaftar dengan sistem e-Kasih. Sejumlah Ringgit Malaysia 20 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menjayakan usaha ini pada fasa pertama.

Insentif ini adalah sebahagian daripada 10 Janji Pakatan Harapan dan untuk sampai ke fasa ketiga ianya akan mengambil masa kerana perlunya pindaan dilaksanakan terhadap Akta KWSP 1991.

Semakan Status Caruman KWSP Suri Rumah Melalui Sistem E-Kasih

Bagi memudahkan kaum wanita membuat semakan status pendaftaran e-Kasih dimana mereka yang berdaftar adalah layak menerima insentif caruman KWSP, berikut dikongsikan cara membuat semakan status pendaftaran e-Kasih. Sila lihat jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

Cara Membuat Semakan Status Pendaftaran E-Kasih

Semakan Status Pendaftaran e-KASIH

  • Sila layari pautan di atas dan masukkan no kad pengenalan anda untuk membuat semakan

Pelaksanaan Program Sukarela Insentif (Suri)

Program SURI akan dilaksanakan secara berperingkat secara tiga fasa yang akan bermula pada 15 Ogos 2018.Perinciannya adalah seperti berikut:

  1. Fasa pertama: Fasa pertama akan bermula pada 15 Ogos 2018 dengan kerajaan akan menyumbang RM40 sebulan bagi setiap caruman sukarela dengan jumlah minimum RM5 ke akaun KWSP. Mereka yang mendaftar dengan e-Kasih secara automatik layak menerima insentif ini, namun mereka perlu membuka akaun KWSP terlebih dahulu dengan hanya mencarum minimum RM5.
  2. Fasa kedua: Kerajaan akan menambah nilai sumbangan kepada RM50 sebulan. Kemudian RM10 daripadanya akan disalurkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Dijangkakan fasa ini akan bermula pada tahun 2019.
  3. Fasa 3: Kerajaan akan mewajibkan 2% sumbangan KWSP suami dimasukkan ke akaun isteri. Fasa ini akan dilancarkan pada awal 2020 kerana terdapat beberapa akta yang perlu dipinda terlebih dahulu sebelum ianya dijalankan.

Maklumat Lanjut