Senarai bazaar Ramadan tumpuan dan menarik Sarawak 2024

Bersyukur kita kerana dapat bertemu dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Antara nikmat yang sering kita terlepas pandang adalah dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk beribadah dan memohon ampun atas segala dosa yang kita lakukan selama ini. Selain itu Allah juga menjanjikan nikmat pada orang yang berpuasa iaitu pada waktu berbuka puasa.

Kewajipan untuk menjalankan ibadah puasa sudah jelas disebut dalam rukun Islam yang mana setiap muslim perlu mematuhinya. Menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bukanlah sesuatu yang menyeronokkan jika dilihat secara tersurat. Namun apa yang tersirat adalah pelbagai bentuk nikmat yang menanti setiap umat yang sabar dan taat menjalani ibadah ini.

Barangkali semua sudah sedia maklum bahawa bulan puasa tahun ini bermula pada 12 Mac 2024 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah iaitu hari Selasa. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri pasti memilih untuk berbuka puasa di luar atau membeli makanan di bazar ramadan berdekatan. Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke bazar Ramadhan dan membeli pelbagai jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka.

Terdapat banyak bazar ramadan yang dibuka bagi setiap negeri termasuklah di negeri Sarawak. Berikutan itu, beraneka jenis juadah yang boleh dinikmati ketika waktu berbuka bagi semua rakyat Malaysia terutamanya yang berpuasa. Sekiranya anda mengidamkan apa-apa jenis makanan usahlah berlengah dan kunjungi bazar Ramadhan berdekatan.

Senarai Dan Lokasi Bazar Ramadhan Sarawak 2024 (Lokasi Beli Juadah Berbuka Puasa)

Sebelum berbelanja di bazar Ramadhan, adalah dinasihatkan untuk anda merancang perjalanan terlebih dahulu kerana waktu petang sebelum berbuka adalah antara waktu yang paling sibuk. Berikut dikongsikan Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Sarawak beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2024:

Senarai Bazar Ramadhan Sarawak 2024

  1. Demak Laut (CCK Demak Laut)
  2. Mydin Petra Jaya
  3. Perpaduan Plaza Merdeka
  4. Meditel Hospital Umum Sarawak
  5. Satok (CCK Satok)
  6. KPG Muda Hasyim Satok
  7. Stutong (Stutong Wet Market)
  8. Medan Niaga Satok
  9. SUKMA (eMart Express SUKMA)
  10. Semarak, Gita
  11. eMart Matang
  12. Uptown Belia Metrocity
  13. Matang Mall
  14. Masjid Al-Abyad, Matang Jaya
  15. Matang Jaya (Depan KFC Matang)
  16. Uni Central, Kota Samarahan
  17. eMart Batu Kawah
  18. Bandar Baru Semariang
  19. Mydin Bandar Baru Semariang
  20. Batu 7 (H&L Supermarket 7th Mile)
  21. Prince Commercial Centre, Kota Sentosa
  22. Batu 8 (Kem Tentera)
  23. Farley Kota Samarahan
  24. Summer Mall, Kota Samarahan
  25. Desa Ilmu, Kota Samarahan
  26. Taman Malihah (H&L Supermarket Malihah)
  27. JPJ Batu 12, Kuching
  28. Taman Sri Permai, Landeh

Sumber : Wow Sarawak

Senarai Bazar Ramadhan Sarawak 2020

 Simbol digunakan bagi bazar yang menjadi tumpuan ramai.

Bazar Ramadhan Sarawak
NOLOKASI
1Bazar Bandar Baru Semariang*
2Bazar Sukma Ria*
3Tapak Pasar Tani Demak Laut
4Bazar Plaza Astana
5Bazar Semarak*
6Medan Niaga Satok*
7Matang Mall
8Bazar Stutong*
9Menara SEDC (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak)
10Isthmus Jalan Bako
11Persatuan Penjaja Petra Jaya, Metro City
12Tempat Letak Kereta MYDIN Petra Jaya
7Bazar Kota Sentosa
8KK Mart
9E-Mart Matang
10E-Mart Batu Kawa
11Taman Allamanda
12Kota Padawan

Takwim Buka Puasa Dan Imsak Serta Promosi Buffet Ramadhan