Maklumat terkini telah dikemaskini oleh
Dapat meraikan bulan Ramadhan sekali lagi merupakan antara nikmat yang sering kita terlepas pandang. Ia menunjukkan bahawa kita masih dipanjangkan umur serta diberi peluang untuk beribadah dan bertaubat kepada Allah. Ramadhan merupakan bulan terbaik untuk kita memohon ampun dan menyucikan diri daripada dosa-dosa silam.
Sudah menjadi kewajipan bagi kita umat Islam untuk menjalankan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan. Pada zahirnya, menahan diri daripada lapar dan dahaga dari terbit fajar sehingga terbenam matahari bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Namun, nikmat yang Allah kurniakan secara tersirat lebih daripada apa yang kita dapat bayangkan sebagai manusia biasa. Antara nikmat yang dinyatakan merupakan nikmat berbuka puasa.
Pada tahun ini, 1 Ramadhan 1441 Hijrah akan jatuh pada 23 April 2020 (Khamis). Buat yang sudah merancang untuk berbuka dengan menghidang masakan sendiri, barangkali anda tidak akan mengalami sebarang masalah. Namun, seperti yang kita selalu lihat, mengunjungi bazar Ramadhan dan membeli aneka jenis juadah sebagai persediaan untuk berbuka telah menjadi budaya yang sebati bagi rakyat Malaysia.
Terdapat banyak bazar Ramadan yang dibuka bagi setiap negeri termasuklah di negeri Melaka. Bazar-bazar Ramadhan di Bandaraya Bersejarah ini yang dapat menjadi tempat para pengunjung membeli juadah berbuka termasuklah di Jalan Hang Tuah, Alor Gajah, MITC, dan sebagainya.
SENARAI LOKASI BAZAR RAMADHAN MELAKA TAHUN 2021 (JUADAH BERBUKA PUASA)
Untuk berkunjung ke bazar-bazar tersebut, kami cadangkan supaya anda merancang perjalanan terlebih dahulu. Ini dapat membantu anda mengelakkan kesesakan dan membeli juadah berbuka dengan lebih tenang. Antara cara untuk memudahkan urusan anda adalah dengan merujuk pada perkongsian Senarai Bazar Ramadhan di serata Negeri Melaka beserta lokasi-lokasi bazar tumpuan bagi tahun 2020 ini:
![]() |
![]() |
SENARAI BAZAR RAMADHAN MELAKA | ||||
![]() | ||||
NO | LOKASI | |||
1 | Dataran Pahlawan, Jalan Hang Tuah – * ![]() | |||
2 | Pantai Klebang – * ![]() | |||
3 | Melaka Mall | |||
4 | Uptown MITC | |||
5 | Bukit Baru | |||
6 | Taman Cempaka | |||
7 | Peringgit | |||
8 | Bukit Beruang | |||
9 | Bukit Katil (Kampung Tun Razak) | |||
10 | Alor Gajah | |||
11 | Masjid Tanah | |||
12 | Duyong (Taman Sri Duyong) | |||
13 | Bemban | |||
14 | Jasin | |||
15 | Merlimau | |||
16 | Jasin Bestari | |||
17 | Telok Mas | |||
18 | Bazar Muzaffar Shah & Ayer Keroh Height | |||
19 | Melaka Baru (Taman Batu Berendam Putra) | |||
20 | Taman Tasik Utama (Berhampiran SK Tun Syed Shahabuddin) |
TAKWIM BUKA PUASA DAN IMSAK SERTA PROMOSI BUFFET RAMADHAN |
![]() |
![]() |