Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan

Untuk rujukan pelajar, berikut dikongsikan Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 yang bertajuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Bab ini berkisar tentang bagaimana Perlembagaan Persekutuan dibentuk yang boleh dijadikan panduan dalam membuat ulangkaji mata pelajaran Sejarah dan juga menjawab Kertas 3 Sejarah.

Antara lain bab ini membincangkan tentang Usaha Rundingan Kemerdekaan, Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Nota Sejarah Tingkatan Bab Perlembagaan Persekutuan

Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

Berikut dikongsikan nota sejarah Form 4 Chapter 9 yang bertajuk Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu buat panduan pelajar Tingkatan 4 dan juga Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM.

Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 9 (Form 4 Chapter 9)

Usaha Rundingan Kemerdekaan

Beberapa rundingan antara Raja-raja Melayu, pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan pihak British telah diadakan untuk merintis jalan ke arah kemerderkaan negara kita.

Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu serta wakil Parti Perikatan berlepas ke London untuk merundingkan kemerdekaan.

Pihak yang menyokong rundingan ini ialah E.E.C Thuraisingham iaitu wakil orang Ceylon, ketua Parti Rakyat iaitu Ahmad Boestamam, pemimpin Parti Negara, wakil Parti Buruh dan wakil kaum Serani.

Wakil-wakil Raja Melayu adalah seperti berikut:

  1. Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang iaitu Datuk Haji Wahab Abd Aziz
  2. Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid
  3. Menteri Besar Johor: Dato’ Mohamad Seth Mohammad Said
  4. Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood

Wakil Parti Perikatan:

  1. Tunku Abdul Rahman
  2. Dato’ Abdul Razak Hussein
  3. H. S. Lee
  4. Dr. Ismail Abdul Rahman

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London bermula dengan Tunku Abdul Rahman menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Singapura. Rombongan kemerdekaan lain menaiki kapal laut M. V. Asia pada 1 Januari 1956 berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura. Rombongan tersebut singgah di Karachi, Pakistan dan kemudian menaiki kapal terbang menuju ke London. Rombongan tiba di London pada 14 Januari 1956.

Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

British telah mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) atau Suruhanjaya Reid. Peranan PPTM adalah:

  • memeriksa aturan perlembagaan, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu
  • Memberi cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan 2 Dewan Perundangan
  • Wujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri yang mempunyai autonomi
  • Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan di negeri masing-masing
  • Mencadangkan 1 jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di Pertuan Besar kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong
  • Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi PTM
  • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain

Keanggotaan Suruhanjaya Reid adalah Lord Reid (Britain) – Pengerusi, Sir William Ivor Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), Hakim B. Malik (India), Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Gerak kerja Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu adalah:

  • Meminta cadangan daripada semua penduduk yang berminat secara bertulis atau lisan
  • Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan, menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri serta bermesyuarat dan melawat negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
  • Mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu, mengkaji serta membuat laporan dan cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara yang merdeka

Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

  • Suruhanjaya Perlembagaan mendapatkan memorandum dari seluruh Tanah Melayu sebanyak 131 memorandum bertulis.
  • Kemudian draf perlembagaan dikeluarkan dan menerima reaksi daripada pelbagai pihak.
  • Pada 9 Mei 1957, Tunku Abdul Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein, Ong Yoke Lin dan V.T Sambanthan pergi ke London untuk berbincang mengenai isu kewarganegaraan dan beberapa isu lain dengan kerajaan British.
  • Draf perlembagaan telah dibuat pindaan dan beberapa perubahan serta dipersembahkan dalam Majlis Raja-Raja
  • Draf perlembagaan terkini telah dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan pada 10 Julai 1957 hingga 11 Julai 1957 untuk dibentangkan dan dibahaskan.
  • Akhirnya, Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu diluluskan oleh Parlimen British di London dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Ogos 1957
  • Rang undang-undang diluluskan dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 berkuatkuasa secara rasminya pada 31 Ogos 1957

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Pengamalan Raja Berpelembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen

  • Yang di-Pertuan Agong dilantik dalam kalangan Raja Melayu setiap 5 tahun sekali

Kewarganegaraan

  • Lahir dalam Persekutuan/ selepas hari merdeka akan menjadi warganegara

Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan kepentingan Sah Kaum Lain

  • Semua rakyat mempunyai hak dan kewajiban yang sama
  • Rakyat Melayu diberikan beberapa keutamaan dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal Tanah Melayu

Kedudukan Agama Islam

  • Islam agama Persekutuan dan agama lain boleh dianuti

Kedudukan Bahasa Melayu

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan/ penghantar

Soalan-Soalan Latihan

Di bawah adalah contoh-contoh soalan beserta jawapan sebagai latihan yang berkaitan dengan Bab 9 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

1. Jelaskan latar belakang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos
  • Perjanjian ini ditandatangani antara Raja-raja Melayu dan Sir Donald
  • Sebagai satu asas pembentukan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu
  • Mengandungi beberapa perkara seperti Kewargenegaraan, Kedudukan idtimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum serta kedudukan agama Islam

2. Siapakah yang turut menyokong usaha dalam rundungan kemerdekaan?

  • Semua kaum tanpa mengira ideologi parti politik
  • Sontohnya, E.E.C Thuraisingham, wakil orang Ceylon, Ahmad Boestamam (Ketua Parti Rakyat), Pemimpin Parti Negara, wakil parti buruh dan wakil kaum serani

3. Jelaskan intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dari aspek Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain

  • Perjanjian Persekutuan memelihara kedudukan istimew orang Melayu
  • Semua rakyat mempunyai hak
  • Rakyat Melayu diberikan beberapa keutamaan dengan mengambil kira status mereka sebagai rakyat asal tanah
  • Hak untuk masyarakat lain tetap dipelihara dan
  • terkandung di dalam Perkara 153 (1)

4. Nyatakan perubahan di dalam dan luar negara yang menjadi faktor kepada usaha kemerdekaan negara kita?

  • Perubahan yang berlaku dalam negara adalah Kerajaan British memberi jaminan membantu Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan Pilihan Raya Umum telah dilaksanakan pada tahun 1955
  • Perubahan yang berlaku di luar negara adalah melihat keadaan rakyat di Mesir, India dan Filipina yang teruk selepas Perang Dunia kedua

5. Jelaskan perkara yang dirunsing dan disepakati di London bagi pihak perwakilan Tanah Melayu

  • Jawatan Setiausaha Kewangan dihapuskan dan digantikan dengan Menteri Kewangan
  • Menuntut Menteri Hal Ehwal Ekonomi dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu
  • Menteri Pertahanan dilantik dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu
  • Menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957
  • Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan

6. Apakah kepentingan yang boleh dibuat berkaitan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • Perjanjian PTM 1957 mencerminkan permuafakatan/ tolak ansur pelbagai kaum
  • Kita pada hari ini harus menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan supaya negara kekal aman dan damai
  • Permuafakatan antara wakil Raja-raja Melayu dengan pemimpin negara untuk memerdekakan negara
  • Kembali sahaja rombongan ke London pulang ke tanah air, mereka disambut dan diraikan di padang Hilir Melaka untuk pengumuman tarikh
  • Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk dan Perjanjian PTM ditandatangani dan menjadi asas Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang merdeka

Moga perkongsian contoh soalan dan Skema Jawapan Perlembagaan Persekutuan bermanfaat buat semua pelajar. Semoga peraturan pemarkahan ini boleh dijadikan panduan dalam menjawab soalan Sejarah Kertas 3 berkaitan tajuk atau bab yang sama.

Rel : bahasa kebangsaan, peranan suruhanjaya perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957, cina ingin menjadikan bahasa mandarin, draf perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957,