Semakan keputusan SBP Tingkatan 1 & 4 2024 dan e-Rayuan

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan salah sebuah sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pada awalnya adalah sebuah sekolah berasrama Inggeris yang terbuka khusus kepada golongan raja dan golongan kenamaan. Kemudian ia dibuka kepada pelajar bumiputera luar bandar untuk mendapat pendidikan yang terbaik daripada kerajaan. Namun kini, semua warganegara Malaysia layak memasuki SBP kecuali SBP Premier, SBP Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP).

Secara kasarnya, komposisi murid di SBP terdiri daripada 90% murid bumiputera manakala baki 10% ialah murid bukan bumiputera. Pengambilan pelajar baru SBP adalah untuk masuk ke peringkat tingkatan 1 dan tingkatan 4. Bermula 2016, murid tahun 6 yang ingin memasuki tingkatan 1 di SBP layak untuk memohon ke semua SBP yang terdapat di Malaysia kecuali Kolej Islam Sultan Ahmad Shah (KISAS).

Untuk menjadi sebahagian daripada warga SBP, pelajar bukan sahaja perlu cemerlang dalam pelajaran namun harus aktif dalam aktiviti sukan, kelab dan persatuan. Apa yang membezakan SBP dan sekolah harian biasa adalah murid wajib tinggal di asrama yang disediakan. Pelajar juga wajib mematuhi peraturan dan jadual yang telah ditetapkan oleh KPM setiap hari.

Pengambilan murid ke tingkatan 1 SBP mempunyai dua ambilan. Pemohon hendaklah melepasi ujian saringan UKSBP terlebih dahulu yang baru saja diperkenalkan bermula 2017. Beberapa aspek yang telah dinyatakan di perenggan di atas akan dinilai bagi menentukan application calon. Buat pemohon yang gagal pada application pertama, anda diberikan peluang untuk melakukan rayuan. Rayuan akan dinilai bergantung kepada baki kekosongan tempat setelah ambilan pertama.

Semakan Keputusan Tawaran Dan Penempatan Calon SBP Tingkatan 1 2024 Online dan E-Rayuan

Semakan keputusan ke SBP tahun 2024 untuk tingkatan 1 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan seperti di bawah. Pelajar yang telah membuat application boleh membuat semakan keputusan anda sebaik sahaja semakan keputusan dibuka. Berikut dikongsikan cara membuat semakan serta lain-lain info yang berkaitan:

Tarikh Semakan Ambilan Pertama Dan E-Rayuan Ke SBP Tingkatan 1

Dibuka : 1 Mac 2024

Ditutup :

  • Sistem e-Rayuan mula dibuka mengikut tarikh pengumuman keputusan tawaran ambilan pertama sehingga tarikh yang akan dikemaskini
  • Pendaftaran Murid Tingkatan 1 tahun 2024 ambilan pertama adalah pada tarikh yang akan dikemaskini

Cara Membuat Semakan Tawaran Ke SBP

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KE SBP TINGKATAN 1

  1. Layari pautan di atas.
  2. Masukkan No Mykad/Mykid dan klik butang Semakan
    • Pastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat

Arahan Kepada Calon Yang Berjaya

  • Kepada calon yang berjaya mendapat tawaran, anda dikehendaki membuat cetakan surat tawaran dan lain-lain lampiran yang diberikan
  • Sila bawa semua lampiran yang telah dicetak dan lengkapkan dengan tepat segala butiran yang diperlukan dan bawa ketika hari pendaftaran
  • Pihak sekolah mempunyai kuasa untuk menolak tawaran yang tidak lengkap atau tidak benar
  • Tawaran yang diberikan adalah muktamad dan permintaan untuk bertukar ke sekolah lain dan aliran yang berbeza tidak akan dilayan

Arahan Kepada Calon Yang Gagal

  •  Calon yang gagal dalam application pertama dan telah menduduki UKSBP, anda boleh melakukan e-Rayuan
  • Sistem aplikasi e-Rayuan akan dibuka bermula pada tarikh hebahan keputusan SBP ambilan pertama sehingga tarikh yang akan dikemaskini

Cara Mengisi Borang E-Rayuan

APLIKASI E-RAYUAN SBP TINGKATAN 1

  1. Klik pada pautan di atas.
  2. Masukkan angka giliran Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
  3. Isikan maklumat yang diperlukan seperti dinyatakan dalam ruangan catatan:
    • Maklumat Diri
    • Maklumat Kepimpinan / Kokurikulum
    • Maklumat Ibu Bapa
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat
  4. Pilih e-Rayuan
  5. Klik hantar application

Tarikh Semakan Ambilan Kedua Ke SBP Tingkatan 1

Dibuka :

Ditutup :

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 2023 ambilan kedua (e-rayuan) adalah pada tarikh 13/ 29 April 2023 secara online. Bagi tahun 2024 akan dimaklumkan.

Cara Membuat Semakan Tawaran Ke SBP Ambilan Kedua

APLIKASI SEMAKAN TAWARAN KE SBP TINGKATAN 1 AMBILAN KEDUA

Maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai masalah dan sebarang pertanyaan lanjut, sila ajukan kepada:

Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Talian Hotline: 03-8321 7400

Semakan Keputusan Tawaran Dan Penempatan Calon SBP 2023 Tingkatan 4 Dan E-Rayuan

Kepada pelajar yang telah membuat application, berikut kami kongsikan cara membuat semakan keputusan tawaran SBP untuk tingkatan 4. Dikongsikan juga, beberapa info penting berkaitan tawaran ke SBP bagi tujuan rujukan semua:

Tarikh Semakan Tawaran Ke SBP Ambilan Pertama Dan E-Rayuan Tingkatan 4

Dibuka : 1 Mac 2024

Ditutup :

Sekiranya terdapat perubahan tarikh, akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa

Cara Membuat Semakan Ke SBP

Talian hanya akan dibuka dan boleh dilayari untuk semakan pada tarikh yang ditetapkan sahaja

  1. Pergi ke laman sesawang di atas.
  2. Masukkan No MyKad dan klik pada butang Semakan
    • Pastikan maklumat dimasukkan adalah tepat

Arahan Kepada Calon Berjaya

  • Jika anda berjaya, sila cetak surat tawaran berserta lampiran yang disediakan
  • Bawa bersama ke SBP yang telah ditetapkan pada tarikh yang ditetapkan
  • Pihak sekolah berhak menolak application jika maklumat yang diberikan tidak benarT
  • awaran yang diberikan adalah muktamad dan application untuk menukar sekolah dan aliran tidak akan dilayan

Arahan Kepada Calon Gagal (E-Rayuan)

  • Kepada yang gagal anda masih lagi berpeluang untuk membuat rayuan. Sistem aplikasi e-rayuan akan dibuka bermula pada tarikh hebahan keputusan SBP ambilan pertama dan e-rayuan dibuka pada hari sama dengan menggunakan aplikasi yang sama
  • Bagi mereka yang terlepas untuk membuat application ketika sesi yang sebelum ini boleh membuat application melalui aplikasi e-rayuan

Cara Mengisi E-Rayuan

  1. Masuk ke laman sesawang di atas.
  2. Klik pada sistem semakan tawaran ke SBP bagi tingkatan 4
  3. Masukkan angka giliran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
  4. Isikan maklumat yang diperlukan seperti dinyatakan dalam ruangan catatan:
    • Maklumat Diri
    • Maklumat Kepimpinan / Kokurikulum
    • Maklumat Ibu Bapa
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat
  5. Klik pada e-rayuan
  6. Akhir sekali, klik hantar

Tarikh Semakan Tawaran Ke SBP Ambilan Kedua

Dibuka :

Ditutup :

Di atas merupakan tarikh rasmi yang diumumkan oleh KPM melalui aplikasi semakan SBP . Sebarang maklumat baru akan dikemas kini

Cara Membuat Semakan Ke SBP Ambilan Kedua

  • Sistem aplikasi ini hanya akan dibuka pada waktu yang telah ditetapkan sahaja. Sila klik pada pautan di bawah dan ikut arahan seperti yang ditetapkan

Related : keputusan sbp tingkatan 4, rasmi kementerian pendidikan malaysia, https spskt4.moe.gov.my, keputusan sekolah berasrama penuh, portal rasmi kementerian pendidikan, bersetuju dengan tawaran,