Permohonan SBP 2024 tingkatan 1 dan 4 Sekolah Berasrama Penuh KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) mempelawa calon-calon berpontesi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi pengambilan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun 2024 secara online.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti serta murid yang berjaya.

Bagi pelajar-pelajar yang terpilih memasuki sekolah asrama penuh lebih terdedah kepada sifat berdikari kerana kebanyakan perkara sama ada dalam pembelajaran dan juga kemahiran sosial akan dipelajari sendiri sambil dibantu oleh guru-guru, rakan-rakan sebaya serta senior.

Penumpuan terhadap pelajaran juga akan lebih baik kerana tiada gangguan dari gajet dan televisyen yang sering berlaku sekiranya pelajar-pelajar berada di rumah. Hasilnya, kebanyakan pelajar-pelajar berasrama penuh akan menjadi pelajar cemerlang disebabkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

Selain itu, pelajar turut terdedah kepada kepelbagaian budaya dan agama memandangkan ada dalam kalangan pelajar-pelajar berasrama penuh terdiri daripada pelbagai etnik serta kaum.

Menerusi Kenyataan Media di Portal Rasmi, KPM memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu untuk tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus ambilan tahun 2021 dan tahun-tahun berikutnya

Sekolah khusus tersebut termasuklah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV), dan Maktab Tentera Diraja (MTD) kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Sistem permohonan ke tingkatan 1 dan 4 2024 secara single entry point ini melibatkan permohonan secara berpusat dan kaedah pentaksiran standard secara berpusat menggantikan UKSBP

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) KPM Tahun 2024 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4

Permohonan Adalah Terbuka Kepada Murid | Pelajar Cemerlang

  • Murid Tahun Enam 2023 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • Pelajar Tingkatan Tiga 2023 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan dan didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
  • SBP menawarkan kemasukan pelajar hanya untuk Tingkatan 1 dan 4 sahaja untuk membuat permohonan

Kaedah yang disediakan bagi permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) adalah menggunakan sistem dalam talian (online) sepenuhnya, dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta  tarikh penting berkenaan Sekolah Berasrama penuh (SBP) melalui portal rasmi.

Tarikh Permohonan Kemasukan SBP Tahun 2024 Tingkatan 1

Dibuka :  1 Ogos 2023

Ditutup : 17 September 2023

Tarikh yang tepat permohonan dibuka telah dimaklumkan melalui portal rasmi KPM di pautan www.moe.gov.my

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2024

Murid Tahun Enam 2023 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (KPM) bagi tingkatan 1 tahun 2024 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan / pemilihan seperti di bawah

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah Tahun 6, Murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan (SK) serta berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada Tahun 2023
  3. Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  4. Calon Sihat Tubuh Badan
  5. Calon Aktif Dalam Penglibatan Kokurikulum
  6. Mencapai aras toleransi PKSK

Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan SBP Tingkatan 1 Tahun 2024

Pemohon boleh memohon SBP Tingkatan 1 (2024) walaupun peperiksaan UPSR dibatalkan dan tiada result UPSR. Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut.

  • https://spskt1.moe.gov.my
    • Sistem permohonan SBP untuk kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2024 hanya akan dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Panduan Dan Maklumat Berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 1

Tarikh Permohonan Kemasukan SBP Tahun 2024 Tingkatan 4

Dibuka : 1 Ogos 2023

Ditutup : 17 September 2023

Tarikh yang tepat permohonan dibuka telah dimaklumkan melalui portal rasmi KPM di pautan www.moe.gov.my

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 4 Tahun 2024

Pelajar Tingkatan Tiga 2023 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang mahu membuat permohonan kemasukan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (KPM) bagi tingkatan 4 tahun 2024 hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan / pemilihan seperti di bawah

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah Tingkatan 3 di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan serta berdaftar dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM pada Tahun 2023
  3. Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  4. Calon sihat tubuh badan
  5. Calon aktif dalam penglibatan kokurikulum
  6. Calon mencapai aras toleransi PKSK

Cara Membuat Permohonan Online Kemasukan SBP Tingkatan 4 Tahun 2024

Pemohon boleh memohon walaupun peperiksan PT3 dibatalkan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web sistem permohonan dalam talian ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh KPM di pautan berikut:

  • https://spskt4.moe.gov.my
    • Sistem permohonan SBP untuk kemasukan ke Tingkatan 4 tahun 2023 hanya akan dibuka pada tarikh yang dinyatakan di atas.

Panduan Dan Maklumat Berkaitan Permohonan SBP Tingkatan 4