Maksud B40 M40 Dan T20 Golongan Isi Rumah Ikut Pendapatan

Pada 2 November 2018 yang lalu, Kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan telah membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat Malaysia. Pembentangan bersejarah itu telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng dihadapan ahli-ahli parlimen dari pihak kerajaan dan juga pembangkang serta disaksikan secara langsung oleh rakyat melalui saluran Radio Televesyen Malaysia (RTM). Beliau juga mengumumkan tema belanjawan kali ini iaitu Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera dengan peruntukan sebanyak RM 314.5 bilion.

Berdasarkan pembentangan tersebut, golongan yang paling banyak mendapat manfaat adalah golongan B40. M40 merupakan kumpulan kedua yang menerima manfaat daripada belanjawan 2019 dan diikuti T20 seperti yang diumumkan.

Klasifikasi jumlah pendapatan isi rumah di Malaysia telah dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics. Berdasarkan kajian yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, satu laporan mengenai julat pendapatan rakyat Malaysia boleh diperolehi. Dengan itu, ia dapat membantu kerajaan merancang jenis bantuan yang diperlukan terus kepada golongan yang memerlukan.

Melalui dapatan itu, kerajaan telah membahagikan jumlah pendapatan isi rumah kepada tiga kumpulan. Ianya terdiri daripada holongan B40, M40 dan T20. Kerajaan percaya melalui cara ini ia dapat membantu meringankan beban keluarga yang berpendapatan isi rumah yang rendah. Melalui kajian yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2.7 juta rakyat adalah tergolong dalam golongan B40 dan ianya merupakan golongan sasar yang wajib dibantu.

Apa Itu Maksud Kumpulan Pendapatan B40, M40 Dan T20? Takrif Isi Rumah Mengikut Jumlah Pendapatan Di Malaysia

Berikut kami kongsikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan B40, M40 dan T20 serta beberapa rancangan khusus untuk kumpulan B40 yang diberikan oleh pihak kerajaan dalam Bajet 2020:


Maksud B40, M40 Dan T20

Jumlah pendapatan isi rumah RM 950 sebulan merupakan indikator kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang juga tergolong dalam B40

Klasifikasi dikira berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah dan bukan individu

Berikut merupakan maksud pecahan jumlah pendapatan isi rumah:

B40M40T20
Nama lain adalah bottom 40 yang merujuk kepada jumlah pendapatan yang terendahNama lain adalah Middle 40 yang merupakan kumpulan isi rumah pertengahanNama lain adalah Top 20 yang merupakan golongan yang paling banyak memperolehi jumlah pendapatan isi rumah
40% rakyat Malaysia daripada golongan ini40% daripada rakyat Malaysia terdiri daripada golongan ini20% daripada rakyat Malaysia merupakan terdiri daripada golongan ini
Pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM 4,850Pendapatan isi rumah adalah di antara RM 4,851 hingga RM 10,970Mempunyai pendapatan isi rumah tertinggi bermula daripada RM 10,971 dan ke atas

Pengelasan Baharu Isi Rumah


Rancangan Khsusus B40 Melalui Belanjawan 2020

Berikut merupakan beberapa rancangan yang dikhususkan bagi membantu kumpulan B40 melalui belanjawan 2020:

  • Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) diteruskan kepada empat jenis penerima yang berpendapatan jumlah isi rumah di bawah RM 4,000 sebulan
  • Gaji minima dinaikkan kepada RM1200 mengikut bandar-bandar utama
  • Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar diperkenalkan. Sejumlah RM 30 sebulan untuk pemilik kereta, RM 12 untuk pemilik motorsikal tetapi tertakluk kepada syarat dan kelayakan
  • Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) akan diperluaskan kepada individu berumur 40 tahun ke atas
  • Sebanyak RM150 juta peruntukkan disediakkan untuk menaikkan elaun sara hidup nelayan sebanyak RM250 sebulan berbanding RM200 sebelum ini.
  • Lain-lain bantuan dari pelbagai sektor seperti pendidikan, perubatan dan perumahan

Ringkasan intipati Bajet 2020 belanjawan Malaysia semua sektor